Tuesday, July 13, 2010

Hujan tersangat lebat di LUS

Hujan lebat di Lebuh Raya Utara-Selatan

Minggu lepas aku bersama isteri dan 2 orang anak berada di Seri Iskandar Perak. Saja je aku ke sana untuk melihat tempat anak belajar. Dalam perjalanan balik, kami keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Tol Gopeng. Kami menuju ke Kuala Lumpur dalam keadaan cuaca sangat gelap. Aku yakin sekejap nanti pasti hujan akan turun membasahi bumi.

Memang mudah membuat jangkaan bahawa hujan akan turun dengan keadaan cuaca yang sebegitu rupa. Dalam perjalanan antara Tanjung Malim ke Kuala Lumpur, kami bertembung dengan empat kemalangan jalaraya yang masih 'fresh'. Ada yang bomba sedang bertungkus lumus memanjat kenderaan yang kemek remuk, ada yang kelihatan orang ramai sedang basah kuyup berusaha menarik mangsa keluar dari kereta, ada lori tercabut tayar...tercabut tayar !!

Rasanya kemalangan-kemalangan tersebut berlaku kerana pertama memandu dengan kelajuan yang tidak sesuai dalam keadaan hujan yang begitu lebat. Kedua mungkin kerana mengikut kereta dihadapan terlalu rapat. Bila kereta depan brek, kereta di belakang pasti menggelongsor menghentak kereta dihadapan. Maka dua tiga buah kereta terbabit.

Aku tidak berani memandu laju....takut...hanya 40-50 km sejam. Lopak air juga banyak dan jalan memang terasa licin. Dalam keadaan begitu, masih ada kereta dipandu laju di lorong sebelah kanan...fuh !! Kemalangan bila-bila masa boleh berlaku...hujan terlalu lebat !

2 comments:

Aida Ali said...

Pandu cermat jiwa selamat...

sazili said...

Memang betul puan. Bukan sahaja selamat nyawa puan malah selamat wang jugK. Dah ramai kawan-kawan yang tidak bOleh bayar insuran dan cukai jalan kerana ada saman ekor...huahuhu..!! Saya tak tahulah nanti...