Wednesday, December 16, 2009

Guru Sarjana dan Phd perlu diberi insentif

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Sumber berita:harakahdaily


8 comments:

Puterizz said...

Assalamualaikum,
memang patut guru2 sarjana dan phd diberi tangga gaji yang berbeza sebagaimana perbezaan antara guru2 siswazah dan bukan siswazah. sekurang-kurangnya usaha mereka dihargai.

sazili said...

Waalaikumsalam Puterizz,

Pada saya sepatutnya insentif kepada guru sarjana dan Phd ini sudah lama dilaksanakan. Tetapi kepada sahabat-sahabat guru yang berhasrat mengambil sarjana atau Phd perlu mengambil kira kursus di peringkat sarjana dan Phd hendaklah kursus yang berkaitan atau kajian yang lebih mendalam kepada ijazah pertama. Ini akan membabitkan soal pengiktirafan jika skim gaji sarjana dan phd dilaksanakan nanti.

Hal ini pernah diberitahu kepada saya oleh seorang penyasyarah IAB dalam sembang-sembang kami. Katanya ijazah lanjutan itu akn dianggap penambah kepada kemahiran dari ijazah pertama. Wallahuaklam !

It's me said...

Assalamualaikum,
SiR, SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 HIJRAH.

It's me said...

sory sir 1431 Hijrah bkn 1432.

sazili said...

Thank U It's me,

Selamat Menyambut Maal Hijrah juga untuk anda. Semoga tahun baru hijrah 1431 ini, Allah memberi lebih keberkatan dalam setiap usaha dan kerja yang dilakukan.

It's me said...

Thanks you so much Sir. Dah lama rasa saya tdk menjengah SMKSR.Dan menziarahi guru2 di SMKSR.Rindu pula rasanya...akn zaman persekolhan dahulu..tp apakan daya, saya sndri sdng sibuk dgn pengajian disini...Isya-Allah ada keizinanNya akn smpai jg saya kelak...andai tiba saya di sana...Sir ttp tdk akn tahu akn kehadiran saya..

cikgu sazili said...

It's me,

Selamat menziarahi SMKSR. Tidak menjadi masalah jika sekiranya saya tidak sedar kamu hadir ke sini, yang penting kamu jenguk kami, tapi menjadi masalah untuk menjenguk saya, sekiranya kamu tdak tahu saya tidak ada di situ lagi ! Anyway welcome...!

Anonymous said...

andai ditakdirkan Sir tdk berada di SMKSR lg, tika sy berkunjung..itu maknanya, tdk ada rezeki utk sy bertmu dgn Sir.