Saturday, December 26, 2009

Ke arah 2010



Tahun 2009 sudah semakin hampir ke penghujung. Tahun 2010 semakin mendekati. Masa begitu cepat datang dan pergi untuk tidak kembali lagi.

Segala persiapan bagi menghadapi aktiviti kehidupan dan kerjaya di tahun 2010 semakin giat dilaksanakan.Anak-anak yang sudah lama memerap di rumah sudah mula resah gelisah untuk kembali ke arena perjuangan di kampus masing-masing.Adibah akan kembali ke IPG Perlis. Abdul Hafiz akan pulang ke UPSI dan Aisyah akan meneruskan pengajian di Negeri Sembilan. Abdul Hamid akan beralih ke Tingkatan Empat di sekolah baru hasil dari kejayaannya dalam PMR baru-baru ini.

Cuma gembira dengan sedikit resah apabila anak sulong Abdul Hadi akan memulakan kerjaya gurunya di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Hati ini rasa gembira kerana anak sulong mula bekerja. Hati ini agak resah sedikit kerana anak sulong akan bertugas di Sabah. Jauh dari pandangan mata di seberang sana Laut Cina Selatan.

Namun ibu dan ayah perlu bersabar kerana itulah impian dan hasrat dengan semangat kembara darah muda yang akan meneruskan darah perjuangan guru keluarga besar Mohd Nor Awang dan Aminah Mohd Ali.

Walaupun rasa sedikit resah, namun rasanya keresahan itu hanya di permulaan ini sahaja kerana belum pernah berpisah begitu jauh dengan anak-anak. Jauh di sudut hati tetap mengatakan hijrah ini amat penting buat memperkayakan pengalaman hidup dan kerjayanya sebagai seorang anak sulong. Kami bangga dengannya dan semoga dia menjadi seorang pendidik yang tulin kepada manusia dan kemanusiaan dalam masyarakat di mana dia akan berbakti nanti di Sabah.

Nampaknya sepanjang 2010 nanti hanya saya dan isteri akan menghuni rumah ini. Anak-anak masing-masing dengan perjuangan mereka di asrama sekolah dan institusi mereka.

2010 kami kembali berhoney-moon di rumah sendiri !


7 comments:

Anonymous said...

SALAM sIR..correction..SABAH negeri di bAWAH BAYU bAH..bkn KENYALANG.. :)

kembara kelana said...

haah aku baru nak ngomen, sabah negeri di bawah bayu....ada ramai kawan kita kat sana jangan bimbang...call pak cik mawi...kalau di papar dan untie dayang di ranau, fatimah di tawau, choong di beuford, anas di labuan dll...jangan risau. selamat bertugas untuk cikgu kita yang baru dan berhoneymoon untuk kau sazili

sazili said...

Anony11.37 dan KK,

Masya Allah...macam mana boleh tertulis Sabah Bumi Kenyalang tu ?

Terima kasih atas terguran insya Allah akan diperbetulkan sekejap lagi.

Begitulah KK, tinggal berdua semula macam baru-baru kahwin dulu. Tak tahulah apa nak buat bila tinggal berdua tu....

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Su,masa baru kahwin dulu mungkin seronok tinggal berdua macam tu,tapi bila kena tinggal dek anak-anak tinggal berdua mungkin buat kita rasa sedih terutama bila time makan dan waktu solat.Jemaah pun jadi kurang ye.Mungkin masa ni la kot maknya dan paknya makin jadi kurus kerana kurang selera.Apa-apa pun Tahniah untuk Pak Su dan Mak Su,anak-anak dah melangkah he alam kerjaya.Kome ni kot 5 tahun lagi la.Tahun 2010 ni 2 orang yang akan ambik periksa - PMR & STPM.Doakan anak kome berjaya ye Pak Su.

sazili said...

Anony 1231,

A'ah memang terasa agak sunyi bila anak-anak akan kembali ke tempat pengajian masing-masing. Tapi itu semua perasaan biasa yang dilalui oleh semua - tanda kasih sayang kukuh dan kuat dalam keluarga.

Insya Allah,kita sama-sama berdoa agar anak-anak kita akan terus berjaya dalam peperiksaan masing-masing demi kecemerlangan hidup masa depan mereka.

Anonymous said...

Mana tahu satu hari nanti ada menantu dari negeri bawah bayu...Ndak apa bah!

Cikgu Tua

sazili said...

Cikgu tua,

Tak kisahlah kalau dah di situ jodohnya. Bawah bayu lebih baik dari bawah puting beliung...