Semasa singgah di kedai tadi saya terserempak dengan ibubapa bekas pelajar saya. Saya bertanya mereka hendak ke mana? Katanya, mereka hendak pergi menziarahi anak. Dengan agak terkejut saya bertanya kenapa, sakit apa, kat hospital mana ?
Sambil tergelak si ibu memberitahu bukan anaknya sakit tetapi anaknya itu sedang belajar di Politeknik. Jadi mereka berdua hendak pergi menziarahi anak mereka di sana.
Saya bertanya sudah berapa lama anaknya itu belajar di Poli dan ambil kursus apa ? Kejuruteraan Mekenikal. Saya langsung mengucapkan tahniah kepada kedua ibubapa bekas pelajar saya itu. Alangkah bangga kelihatannya ibubapa dari kampung ini dengan pencapaian anaknya itu. Ialah ibubapa mana tidak bangga dengan kejayaan anak-anak. Lagipun anak-anak itulah harapan ibubapa.
"Cikgu ada masa depan ke kursus yang diambil oleh anak saya tu ? Kerja mudah ke cikgu?" tanya si bapa tiba-tiba. Si ibu tersenyum disebelah.
Apa saya nak jawab melainkan okay, tak ada masalah, bagus! Tapi dalam kepala saya berat juga memikirkan nasib masa depan para pelajar seumpama ini.
Pengalaman seorang pelajar lelaki Kejuruteraan Mekanikal Poli yang mendapat pointer 3.48 gagal menyambungkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang yang sama di mana-mana IPTA membuatkan fikiran saya merumuskan Diploma itu, keluaran Poli sebenar semacam tidak diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran bidang yang sama di IPTA.
Dalam satu pameran IPTA/IPTS, yang dihadiri oleh seorang kawan, pernah beliau bertanya kepada petugas di pameran itu tentang masalah Diploma Poli ini, bahawa jawapan sepintas lalu yang diterima, pihak IPTA memang tidak menganggap Diploma Poli setaraf dengan Diploma keluaran IPTA.
Oleh yang demikian sebagai rumusannya agaknya, pelajar keluaran Poli yang mahu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang yang sama ke mana-mana IPTA janganlah terlalu yakin walaupun pointernya tinggi.
Bayangkan pengalaman pelajar Poli Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang disebutkan tadi akhirnya pihak UPU hantarnya ke kursus Ijazah Sains Sukan ! Jauh dari apa yang dipelajari di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Teknik dulu ! Kesian !
Satu lagi pekara yang perlu difikirkan masak-masak oleh para pelajar dan para ibubapa yang mahu anak-anaknya belajar di universiti, jangan syok sendiri ! Jika syok sendiri akibatnya merana mengangggur ! Saya mempunyai seorang orang pelajar dari anak orang PPRT yang telah lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Antropologi Sosiologi telah menganggur lebih 2 tahun.
Saya juga mempunyai ramai pelajar yang telah tamat IPTS/IPTA yang mengambil Diploma/ Ijazah seperti Pengajian Bahasa Inggeris, Banking, Kewangan, IT, Syariah dan Ekonomi Islam dan macam-macam Diploma dan Ijazah yang bunyinya canggih-canggih belaka, masih menganggur 2 hingga 4 tahun.
Seorang lagi pelajar saya yang telah pun menjadi surirumah beranak dua kelulusan Diploma Kejuruteraan Awam Poli. Setelah 3 tahun mencari kerja akhirnya bersuami.
Seorang kawan saya yang berkerja di Pelabuhan Kuantan menceritakan ada bekas pelajar Poli pemegang Diploma, di tempatnya yang berkerja buruh dan menjadi jaga !
Bayangkan, jika berjumpa dengan para ibubapa para pelajar diploma dan ijazah yang menganggur ini, agaknya hari ini semuanya bertukar menjadi sedih dan putus harapan.
Yang saya pelik perkara ini telah pun diketahui umum oleh semua pihak, tetapi kenapa masih berterusan ditawarkan kursus-kursus yang tidak memberi kemahiran dan tidak akan memberi peluang pekerjaan?
Bagi saya mereka yang masih berfikiran bahawa kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang mewah kepada rakyat adalah mereka yang telah ketinggalan zaman. Realiti hari ini carilah kursus persijilan, diploma dan ijazah yang walaupun tidak mendapat kerja kerajaan masih tetap teguh mampu mencari wang dengan membuat kerja sendiri.
Dan pihak kerajaan pula wajar terus mengarahkan pihak IPTA menaikkan taraf kursus -kursus kemahiran menjadi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan lebih banyak.
Sistem pendidikan yang memberi 'ikan' perlu dibuang ke dalam tong sampah. Ajarlah mereka memancing dan akhirnya lepaskan mereka dengan membekalkan mereka joran ! Mereka adalah anak-anak rakyat yang miskin yang menjadi harapan para ibubapa !
5 comments:
Sir,
Kena anggap pelajr yang melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah itu sebagai pelajar yang mahu menambah pengetahuan di samping menambah kematangan minda mereka. Belajar itu bukan bertujuan untuk mudah mendapat pekerjaan. Seharusnya ia memilih jurusan yang sedikit banyaknnya nbanti membantu dia meneroka bidang kerjayanya sendiri. Tidak lagi boleh berfikir seperti dulu : Sekolah tinggi, meti ada kerja. Itu dua puluh tahun dulu...Anak saya mengambil ijazah pendidikan. Sudah saya bayangkan kepadanya, apabila selesai pengajiannya, dia mungkin boleh usahakan sebuah TADIKA.
Pak Su,
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam memenuhi masa cuti panjang anak-anak mereka.tak salah beri kemahiran pada anak-anak.untuk anak perempuan beri galakan untuk belajar menjahit atau memasak.ingat tak kalau masa kita kecil dulu,mak bapak kita bawak ke sawah,sambil tu kenalkan kita dengan pelbagai pucuk kayu yang boleh dibuat lauk,pancing ikan di sawah,masak sendiri,pergi lastik burung dan menahan pukat.musim udang pula diajar ke pantai,bukan untuk berkelah tapi menyondong udang geragau,tapi kini anak-anak mungkin ada yang pandai masak maggi aje.yang lelaki pula ramai yang memenuhi siber cafe aje.kenapa lah agaknya jadi begitu.
Cikgu Wahab,
Saya berpendapat para pelajar perlu merujuk kepada guru-guru kaunselor atau guru yang berpengalaman jika ibubapa tidak mampu untuk memberi panduan pemilihan kursus ke IPTA mahupun IPTS. Dan guru-guru harus memberi pandangan yang realistik dengan tuntutan kehidupan bukan pandangan yang sekadar masuk U.
Anony 9.08pm,
Saya setuju ibubapa perlu memainkan peranan dalam membimbing masa depan anak-anak. Masalahnya tidak sedikit ibubapa yang tidak mampu untuk bertindak demikian kerana urusan dan faktor kehidupan yang lebih menghimpit mereka. Susah zaman sekarang berbeza dengan susah zaman dahulu. Susah zaman dahulu kalau tak ada duit tak apa sangat kerana dalam kepuk belakang rumah padi cukup untuk bekalan 6 bulan dan setiap lopak dan parit ada ikan. Zaman sekarang kalau tak ada duit...sakit kerana semua perlu menggunakan wang terutama mereka yang tinggal di bandar2 dan kampung-kampung. Bukan lopak dah tak ada ikan, lopak pun tak ada. Ada parit kotor!
Assalam mu alaikum wr wbt
Satu pandangan yang baik. Give me a fish and I will eat for one day. Teach me to fish and I will eat for a life time... Confuses.
Memang sistem pelajaran kita dah lama menyimpang... Belajar untuk lulus periksa bukan untuk kumpulkan kemahiran. Kata KPM nak lari dari exam oriented... tapi bila sampai masa keputusan keluar sekolah yang produce bad result, pengentua atau guru besar serta guru-guru semua akan dihentam oleh orang atas. Masalah seperti yang ditulis tak cuba diselesaikan..
Semua ikut jalan short cut aje..
alberangque,
Terima kasih tuan kerana sudi memberi komen di blog saya. Sebenarnya tuan, sebagai seworang guru sudah ama saya memikirkan hal ini apabila melihat seorang demi seorang pelajar kita ke luar universiti tetapi tidak apa kemahiran pun. They totally have no skils to survive ! Kita melahirkan graduan yang tiada kemahiran dalam keadaan semua orang dan semua pihak serta semua pemimpin kita sedar hal ini. Tetapi tiada tindakan raksasa yang realistik untuk merubah hal ini.
Tengok masayarakat cina melalui persatuan suku kaum, dewandena perniagaan mempunyai institusi kemahiran sendiri sehingga anak-anak cina yang habis sekolah tingkatan 3 atau 5, mereka terus mempelajari kemahiran untuk hidup yang akhirnya mereka mampu menjadi pomen, nelayan, pekebun, petani, pengusaha dan sebagainya yang baik.
Anak-anak Melayu apa kemahiran yang ada selepas keluar U ? Kalau kerajaan tak bagi kerja maka 'makan anggur' lah mereka!
Post a Comment