Friday, December 18, 2009

Petanda kebangkitan masih terlalu jauh...

Malam tadi ramai orang bergembira. Gembira kerana Pasukan Bolasepak B23 Malaysia telah berjaya menewaskan Pasukan Vietnam dalam pertandingan akhir sukan Sea di Laos. Malaysia berjaya memenangi pingat emas bagi acara itu yang mana kali terakhir dimenangi oleh Malaysia ialah pada tahun 1989. Tahniah kepada Pasukan Bolasepak Malaysia dan K Rajagopal.

Selepas kemenangan 1-0 itu ramai orang mengulas tentang kemenangan Malaysia itu dan prospek Pasukan Bolasepak Malaysia pada masa depan. Umum semua tahu bahawa Malaysia bukan sahaja lemah dalam acara bolasepak berbanding zaman 60an, 70an dan 80an dahulu, malah kini pasukan Malaysia dari tahun ke tahun sentiasa merudum ke bawah dalam hiraki kedudukan bolesepak FIFA.

Pasukan yang sebaya dengan Malaysia atau sering menjadi 'makanan' Pasukan malaysia dahulu kini telah terlalu...terlalu...terlalu jauh meninggalkan pasukan Malaysia. Pasukan bolasepak Malaysia sentiasa maju mundur bukan maju jaya.

Apakah kemenangan Pasukan Bolasepak Malaysia malam tadi menjadi petanda kebangkitan?

Secara jujur saya ingin mengulas dengan mengatakan walaupun Malaysia menang malam tadi, itu bukan pentanda kebangkitan bolasepak Malaysia. Saya akan mengatakan itu petanda kebangkitan jika malam tadi Malaysia mengalahkan Pasukan Korea Selatan atau Korea Utara, atau Cina atau Jepun atau Iran atau Iraq atau Arab Saudi atau Kuwait. Kerana inilah dahulu pasukan saingan dan ratahan Malaysia. Bagi saya inilah pra-syarat kebangkitan pasukan bolesepak negara. Jika itu belum berlaku jangan kata telah ada petanda kebangkitan !

Kita tidak perlu bersikap syok sendiri tetapi mesti bersikap realistik.

Banyak kelemahan malam tadi. Saya menganggap Malam tadi Malaysia menang nasib sahaja. Jika gol itu tidak dijaringkan bawa kepada masa tambahan Malaysia mungkin akan kalah. Juga jika penyerang Vietnam tembak tepat ke pintu gol mungkin Vietnam akan menang. Nasib baliklah penyerang Vietnam membazirkan tendangan dengan tendangan yang banyak tersasar.

Kelemahan pemain-pemain Malaysia:

1. Hantaran bola tidak tepat
2. Tidak cekap menahan dan mengawal bola. Bola sentiasa melantun dari kaki.
3. Tidak rajin merampas bola dari kaki pihak lawan.
4. Gopoh, tidak tenang sewaktu merancang serangan.
5. Masih ada pemain yang lembik - mudah hendak jatuh dengan 'body contact'.
6. Terlalu mudah rasa tertekan dan menjadikan permainan mereka hilang fokus.
7. Kurang membantu pemain yang sedang menguasai bola. Kadang-kadang dibiarkan hingga tidak tahu bola hendak dihantar kepada siapa.
8. Membazirkan dengan membuat hantaran bola kepada lawan.
9. Apabila dalam padang masih ada pemain berjalan longlai sambil cekak pinggang makna stamina tidak cukup. Cuba lihat pemain Korea mana ada yang berjalan longlai atau bercekak pinggang?
10. Sentiasa memberi ruang yang terlalu banyak dan lama kepada pemain lawan kuasai bola. Sampai depan pintu gol sendiri baru kelam kabut dan menjadi serba tak kena.
11. Permainan dan skills pemain Malaysia tidak tenang dan tidak cantik. Tiada lagi yang setenang Soh Chin Aun, semantap Santokh Singh dan Bahwandi Hiralal, seaggresif Moktar Dahari, selincah dan secantik larian Jamal Nasir dan Abdullah Ali, setajam tandukkan Saharudin Abdullah dan Syed Ahmad. Kebanyakan pemain baru Malaysia pergerakannya kelam-kabut !

Itulah antara kelemahan pemain-pemain bolasepak Malaysia hari ini. Selagi perkara-perkara ini tidak diatasi dan pengurusan FAM terus tidak profesional, mutu bolasepak Malaysia sebenarnya masih jauh dari petanda kebangkitan.

Petanda kebangkitan ialah apabila Malaysia sudah setanding dengan Pasukan Korea, Jepun dan Cina. Jika belum sampai tahap itu, petanda kebangkitan sebenarnya masih terlalu...terlalu jauh !

4 comments:

pakcu said...

wah minat bolo juge ghupenye hahaha...ulasan ngalahkan hasbollah awang.

ye, kebangkitan masih jauh..perlu usaha keras lagi..takpe..teruskan dulu team yg ada. tp kira orait la drpd temasya sebelum nih punya main..macam hampas nyior

Anonymous said...

Mereka kekurangan motivasi dan asas perjuangan mereka. Bermain untuk siapa? Kenapa dan Mengapa.. sama seperti guru yang berdedikasi.. cuba tanya untuk apa mereka berkerja keras.mesti jawapannya bukan duit.

sazili said...

Pakcu,

Dulu minat kat Pasukan Kebangsaan. Nonton bolo mesti ketaq....suspen ! Tapi lah ni tengok juga tapi menyampah. Berlari pun macam lembik lutut..sikit-sikit jatuh...sikit-sikit jatuh, meyampahnya aku !! Kau tengoklah excited sekejap je tu, leps ni balik asal...tak percaya kita tunggu...iyee !!

Anony7.30pm,

Sedap ayat ngkau anony. BetooaooL. Memang betul tapi pengurusan atas pun kena tengok juga....! Macam tak kena je !

Roslan Ismail said...

Suka malaysia johan tapi perjalanan masih jauh. Adalah peningkatan sket berbanding team sebelum ni tp masih x cukup. Nok wak guane awang wehh!!!!