Wednesday, December 23, 2009

Asal usul Zionisme moden

Ideologi Zionisme moden berasal daripada pemikiran seorang Yahudi Mesiah palsu yang bernama Sabbatai Zevi dalam abad ke 17, ia mendakwa dirinya sebagai juru selamat Yahudi yang dijanjikan. Dia datang untuk mendirikan kerajaan Yahudi di tanah yang dijanjikan di Palestin.

Zevi adalah tokoh kontroversial. Dia tidak hanya menolak Talmud tetapi memerintah untuk melakukan perkara bertentangan dengan perintah Tuhan di dalam Talmud.

"Dosa" dan "kesalahan" tidak ada lagi dan segala sesuatu serta apa pun dibolehkan, perintah Tuhan di dalam Taurat sekarang dibatalkan kerana menurut Zevi, zaman Mesiah telah tiba dan dialah orangnya yang akan menyelamatkan mereka.

Dia menghapuskan hukum mengenai hubungan seksual. Dia secepatnya mengumumkan bahawa sebanyak tiga puluh enam jenis dosa utama yang dimuat dalam kitab injil ketika ini diizinkan dan memerintahkan sebahagian dari pengikutnya bahawa adalah tugas mereka untuk melakukan beberapa dosa untuk mempercepatkan penyelamatan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
andai ditakdirkan Sir tdk berada di SMKSR lg, tika sy berkunjung..itu maknanya, tdk ada rezeki utk sy bertmu dgn Sir.

sazili said...

Insya Allah datang je, nanti saya belanja kat kantin.

Tak pe jika kita niat baik nak jumpa cikgu kita, Allah akan makbulkan. Jangan sebutlah soal tak ada rezeki itu....insya Allah di mana-mana ada je rezeki ok. Datang ek !m