Saturday, October 03, 2009

Teh tarik antara punca sakit jantung !


"Sir, minum ?" tanya Zek sebaik saya sampai di kantin.

"Teh tarik gelas besar," saya memberi respon kepada Zek.

"Siap!!," jawab Zek, pada hal tak bancuh lagi pun, baru nak bancuh !

Hari-hari berikutnya, "Sir, biasa ?" tanya Zek.

"Siap!!" jawab saya sambil mengangkat ibu jari kepada Zek.

Tak berapa lama akan sampailah Teh Tarik Gelas Besar di hadapan saya. Begitulah hari-hari di kantin sekolah.

Tadi terbaca dalam Kosmo , tajuk berita; Teh tarik antara punca sakit jantung.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.

Selepas ini apa pulaklah minuman dominan saya ?

"Sir, minum?" itulah yang akan Zek tanya.

"Ais kosong!".

Aik... ais kosong? Tak kan minum ais kosong ?

Tea tarik gelas beso satu !!!

SIAPPP!!!!

2 comments:

Anonymous said...

klu x leh nk trus buang tabiat teh trk glas bsr,mntk la teh trk glas bese jer..
nnt2 bleh ar kikis kebiasaan 2...(faiz omar)
(p/s:x mnum teh trk pon skt jntng jgok mude2,siap operate pkai injap mekanikel lg)

sir s said...

Huhuhu....sabo je la beb !!