Sunday, October 26, 2008

Itukah pasukan bolasepak kita ?

Malam tadi saya meluangkan masa saya menonton pertandingan akhir Pesta Bola Merdeka. Sudah lama saya tidak menonton pasukan kebangsaan bermain bolasepak. Dalam pesta bola inilah saya kenal antara idola-idola bolasepak zaman remaja saya, Namat Abdullah, Saharuddin Abdullah, Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, V Arumugam, Wan Zawawi, Syed Ahmad, Abdullah Ali, Khaidir Buyung, Santok Singh, Jamal Nasir, Wong Chong Wah, James Wong, Ali Bakar, Bahwandi Hiralal, Hamzah Husin, Wong Kau Foo, Sebegeth Singh dan ramai lagi yang kesemuanya mempunyai cara dan gaya bermain yang cukup menarik dan artistik.


Malam tadi saya menonton pasukan kebangsaan bermain. Ramai pemain yang saya tidak kenal kecuali Syukur Adan dan Indra Mahyudin. Saya minat bola sepak tapi ramai pemain kebangsaan saya tidak tahu namanya. Saya kekal terbayang gaya pemainan hebat dan penuh semangat serta berstamina lagenda-lagenda bola sepak yang saya sebutkan di atas. Saya sentiasa berdebar-debar melihat mereka bermain. Saya seolah-olah rindu gelecek dan tendang sambil berlari Super Mokh. Saya rindu ketenangan Soh Chin Aun di hadapan pintu gol. Saya rindu overlap ligat Jamal Nasir dengan rambut panjangnya. Saya rindu tandukan terbang Saharuddin Abdullah. Saya rindu banana kick Abdullah Ali, Saya rindu telatah kukuh Arumugam menjaga gol. Saya rindu kekukuhan Santokh Singh mengawal dan membentes lawan. Saya rindu tandukan tajam Syed Ahmad dan saya rindu gaya tersendiri mereka semua.


Malam tadi saya tidak terasa apa-apa sewaktu menonton. Saya seperti berada di tepi padang Majlis Daerah Rompin dalam pertandingan merebut Piala Ahli Parlimen Rompin. Ikhlas saya menilai dan meletak gred C- untuk permainan Malaysia sepanjang Pestabola ini. Ini bukan menghina atau sakit hati kerana kalah, kalau takdirnya Malaysia menangpun tetap saya bagi gred C- juga. Kenapa ? Saya akan bagi alasan saya nanti....

2 comments:

Anonymous said...

Asalamaualaikum Cikgu sazili..
Saya selalu jengah blog cikgu tika melihat-lihat entri yang yusof masukkan di PPGBK5KumpA. Terlebih dahulu saya ucap tahniah kerana dah ada blog sendiri. Baguslah sebab saya difahamkan cikgu selalu melayari internet dan seorang yg suka mengikuti perkembangan2 semasa.
Saya setuju dengan pandangan cikgu tentang team bola sepak malaysia skrg. Entah di mana silapnya... menontonnya tiada trill. Saya juga peminat sukan tapi dulu2 saya suka ikuti hoki...masa malaysia jadi tuan rumah hoki dunia dulu...saya rasa bangga bila melihat ramai pemain dunia berada di Kuala Lumpur. Masa tu saya di tingkatan 1 atau 2. Saya masih ingat sentiasa mengikuti jadual permainan sehingga saya bebas keluar masuk dgn sendiri ke stadium TPCA di KL dulu. Masa tu tinggal di Jln Raja Muda bersekolah di SMJK(P) Jln Temerloh, KL (sekolah dekat tasik titiwangsa dulu)
Sekarang ni sukan di Malaysia seperti lesu.Bukan bola sepak saja...yg lain juga.
Cikgu Sazili,
Tentu Ani seronok dapat berjumpa dengan kak hasmah. Tahniahlah dpt sampai ke destinasi walau dalam kepayahan. Saya juga pernah melalui pnglman sesat di KL pada tahun 1997 dulu..Masa tu bawa anak2 konon nak pegi makan kat McD di Tasik Titwangsa tapi terlajak terus ke Cheras..sepatut susur kiri dari Rwg masuk Jln Tun Abd Razak. Tuhan jer yg tau paniknya saya. Mujur minyak penuh. Pusing punya pusing jumpa Jln Ipoh kembali..lega.
Sampai skrg pun saya masih kurang berani drive di KL..bukan takut tapi tak mahir hala dan arah jalan.
Moga Ani dan Cikgu Sz bahagia selalu meniti hidup dalam profesion perguruan yg kian mencabar.

Anonymous said...

Terima kasih serisuryati kerana mengunjungi blog saya. Sebenar semenjak saya menjadi blogger ni ada kawan-kawan bertanya, untuk apa engkau buat blog? Siapa nak kunjung dan siapa nak baca; saya jawab mudah saja; aku sorang yang syok sendiri dan tak salahpun aku syok sendiri bukannya mengacau orang. Tapi alhamdulillah, setiap yang dipostingkan di sini ada juga orang yang mengintai masuk.Yang paling penting, saya sendiri yang masuk dan baca hari-hari !!

A'ah memang seronok ani berjumpa kak Asmah. Kalau awal sampai lagilah panjang sembangnya. Ini katanya nak pergi lagi bila kak Asmah dan abang Yunus buat kenduri walimah anaknya nanti.

Sesat di Kuala Lumpur sungguh memenatkan. Stress dibuatnya. Harapkan Ani jadi penunjuk arah, baik tak payah, lagi sesat ada.Kalau tersalah arah dia selalu kena marah, kesian dia. Akhirnya dia diam je, lintang pukanglah saya sorang-sorang. tq.