Saya tertarik dengan sebuah rencana dalam akhbar mingguan Siasah (28 September-4 Oktober 2008) bertajuk "Fahami maksud simbol pada barangan plastik" yang ditulis oleh Hamdan MS. Atas dasar kepentingan awam, saya mohon izin untuk menyebarkan maklumat ini melalui penulisan saya di sini.
Kalau betullah fakta yang didedahkan, rupa-rupanya kita meracuni diri kita setiap hari. Tanpa kita sedari atau memang kita sedari tetapi atas sikap kita yang sering buat tidak kesah, bekas plastik yang kita isikan minuman dan makanan menjadi racun yang membahayakan kesihatan jika kita salah mengggunakannya.
Rupa-rupanya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut. Simbol-simbol tersebut berbentuk segitiga (seperti gambar di atas). Di dalam segitiga itu ada nombor dan nama jenis plastik tercatat di bawah simbol tersebut. Simbol-simbol tersebut terletak di bahagian bawah bekas plastik tersebut. Apakah maksud simbol-simbol tersebut.
Simbol pertama terdapat angka 1 di dalamnya yang mana dibawahnya tertulis PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasanya digunakan untuk botol plastik berwarna jernih atau lut sinar seperti botol air mineral dan hampir semua botol minuman. Botol yang bersimbol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika diisi air panas di dalamnya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
Simbol kedua terdapat angka 2 di dalamnya. Di bawahnya tertulis HDPE ( High Density Polyethylene). Biasanya botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu panas. HDPE sebenarnya satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia. Walau bagaimanapun ianya elok digunakan sekali sahaja.
Simbol ketiga yang terdapat angka 3 dan di bawahnya tertulis PVC (Polyvinyl Chloride). Biasanya ia adalah plastik yang digunakan sebagai pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Tindakbalas yang terjadi antara PVC dengan makanan dalam plastik ini berpotensi membahayakan ginjal, hati dan berat badan. Menurut rencana tersebut, sebaiknya kita harus mencari alternatif lain untuk membungkus makanan bukan plastik bersimbol dengan angka 3 atau V. Elok dibungkus makanan dengan plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan-bahan tumbuhan semula jadi seperti daun pisang dan daun simpul.
Simbol keempat terdapat angka 4 ditengahnya yang tertulis LDPE ( Low Density Polyethylene) di bahagian bawahnya. Plastik LDPE ini seperti plastik cokelat (thermoplastic) biasanya digunakan sebagai tempat atau bekas mengisi makanan. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi tetap baik untuk tempat makanan.
Simbol kelima ada angka 5 ditengahnya yang berlabel PP ( Polypropylene) adalah botol lut sinar biasa yang tidak jernih. Polypropylene lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap. Jenis PP ini adalah pilihan plastik terbaik terutama untuk tempat makanan dan minuman seperti bekas menyimpan makanan, botol minuman dan terpenting botol minuman bayi.
Simbol keenam ada angka 6 ditengahnya berlabel PS ( Polystyrene), biasa digunakan sebagai bekas makanan styrofoem, bekas minuman sekali pakai dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain bekas makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruktif gedung. Bahan ini harus dihindari kerana selain berbahaya untuk keshatan otak juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang boleh mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuningjingga dan meninggalkan jelaga.
Simbol ketujuh ada angka 7 ditengahnya serta tulisan OTHER. Bagi simbol angka 7 ini terdapat empat jenis plastik :
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon.
Biasanya terdapat pada bekas makanan dan minuman seperti botol minuman olahraga, komputer dan alat-alat eletronik. Plastik bertanda SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu. Kekuatan dan tingkat kekerasan telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS pula biasanya digunakan pada mainan lego. Plastik berangka 7 iaitu SAN dan ABS antara yang baik digunakan sebagai bekas makanan dan minuman.
Di akhirnya rencana tersebut memberi panduan berikut:
1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.
2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)
3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.
4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.
5. Cegah menggunakan barangan plastik untuk mengemas makanan berminyak dan berlemak.
6. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stailess steel, kaca, seramik dan kayu.
Demikianlah adanya. Sesiapa yang rasa berguna, ikutlah panduan. Siapa yang rasa tak penting, teruskan kehidupan masing-masing dengan cara masing-masing. Teringat masa kecil-kecil dulu sebagai bekalan pergi sekolah, makan nasi lemak dalam daun pisang, nasi dagang dalam daun simpul dan tapai dalam daun ketapang. Hari ini tapai pun duduk dalam plastik !!
3 comments:
Sir,
Maklumt ini amat berguna. Saya pun baru sedar akan hal ini. Terima kasih kepada penulisnya dan terima kasih kepada sir kerana menyebarkan ilmu.
Terima kasih cikgu. Saya rasa maklumat ini penting untuk kita sama-sama ketahui kemudian kita fikirkanlah sendiri.
thnk for ur information
Post a Comment