Menyaksikan permainan pasukan bolasepak kebangsaan sepanjang Pestabola 2008 ini, saya membuat rumusan pasukan tersebut belum meningkat tarafnya. Pasukan kebangsaan masih berada dalam zaman kejatuhan yang sangat kritikal. Nampaknya usaha menempat pasukan bola sepak kebangsaan berada di dalam kumpulan pasukan bertaraf dunia masih jauh dari tercapai.
Pertamanya, sekali-sekala apabila saya berpeluang menonton permainan pasukan kebangsaan saya seringkali melihat bahawa pasukan kebangsaan sebenarnya tidak berstamina. Pergerakan pemain kelihatan lembik lutut, tidak kelihatan sasa, mudah jatuh apabila diasak secara fizikal oleh pemain lawan, larian yang tidak kelihatan bertenaga. Kenapa tiada yang mempunyai larian seaggresif dan secantik larian Jamal Nasir , Mokhtar Dahari atau Hamidon Abdullah. Saya pelik pemain-pemain dahulu tidak mudah jatuh, lasak dan sangat aggresif dalam pergerakan walaupun serendah Wan Zawawi. Ini bermakna gaya pergerakan ini sebenarnya adalah aspek stamina yang boleh dibentuk. Pemain yang ada kini masih tidak terbentuk dari segi ini.
Pada pandangan saya untuk bermain di pertandingan bertaraf dunia pemain-pemain Malaysia mesti mampu bermain selama 180 minit secara bertenaga dan aggresif seperti pemain Korea Selatan dan Jepun. Jika tidak mampu mencapai standard tersebut, lebih baik tak usah bermimpi untuk menjadi pasukan bertaraf dunia.
Saya bukan pakar permainan bola sepak, cuma hanya peminat bolasepak sahaja. Pada saya kelemahan kedua ialah faktor kemahiran. Dari apa yang saya lihat beberapa tahun kebelakangan ini pemain-pemain Malaysia sangat lemah dari segi kemahiran permainan bolasepak. Hantaran yang tidak tepat. Kawalan bola yang longgar. Tendangan yang sering tidak menepati sasaran dan paling utama kemahiran berfikir yang cukup lemah. Lemah dalam membuat keputusan dalam permainan akhirnya permainan menjadi hilang fokus. Kelemahan ini seringkali dimanipulasi oleh pasukan lawan. Apa yang saya nampak pemain-pemain kini bermain " asal kejar bola dan asal dapat sentuh bola" maka itulah bermain bolasepak!
Saya pelik kenapa Pengurus dan jurulatih tidak nampak perkara ini ? Atau sudah berkemahirankah pemain yang mereka bimbing itu sebenarnya? Kalau mereka kata pemain mereka sudah berkemahiran, maka percayalah, tahap itulah mereka selama-lamanya, merudum lagi mungkin! Perkara kemahiran pemain ini, peminat-peminat dan pengulas bolasepak sudah nampak 10 - 15 tahun yang lalu dan hari ini keadaan tetap macam itu juga.
Faktor ketiga ialah disiplin. Pemain-pemain Malaysia sebenar tidak mempunyai disiplin permainan yang berkualiti. Mereka lebih mementingkan glamour dari disiplin permainan. Malas mengejar bola, malas merebut bola, malas berfikir dalam permainan, lebih kepada mahu menunjuk lagak dari menunjukkan cara bermain yang berdisiplin. Bersikap ego dan tidak boleh ditegur secara aggresif. Teguran mesti dengan lembut jika tidak pemain akan merajuk. Bayangkan pemain Korea Selatan ditampar oleh jurulatih ! Saya tidak minta pemain Malaysia ditampar tetapi saya hendak tunjukkan satu sikap pemain yang profesional dan berdisiplin. Sanggup baiki mutu permainan walau ditegur dengan apa cara sekali pun. Bagi pemain Korea Selatan dan Jepun, jurulatih dan pengurus pasukan tetap pembimbing dan penunjuk ajar utama yang perlu dihurmati walau dengan apa cara dan keadaan sekali pun.
Faktor keempat pengurusan pasukan iaitu Pengurus pasukan dan jurulatih yang sambil lewa, tidak kreatif dan tidak berintegriti dan pengurusan yang tidak profesional. Sudah berapa kali kita terdengar sukan bolasepak negara terbabit dengan rasuah bolasepak dan pengurusan yang pilih kasih. Standard dan sistem kerujulatihan juga seperti masih ditakuk lama.
Faktor kelima, pengendali FAM itu sendiri mesti berubah. Pengurusan yang seringkali melanggar etika profesionalisma pengurusan bolasepak perlu ditiadakan di FAM.
Jika lima faktor ini tidak diatasi segera, janganlah kita berharap Malaysia akan menjadi antara pasukan terbaik dunia seperti Korea Selatan, Iran, Jepun, Turki dan China. Kita mungkin hanya setaraf pasukan Mali dan Sierrra Leone!
4 comments:
Delima ke Dilema cikgu?
Terima kasih kerana teguran. Inilah kelemahan saya bila menulis spontan. Insya Allah akan dibaiki kejap lagi. Terima kasih.
Imbau kembali kenangan lama rasanya zaman Rosmaini Mohd Shah dan gengnya memang zaman gemilang Malaysia.
Pada saya org 'atas' kena berubah sebab kita ada bakat tapi tiada follow up yg betul. Bakat yg sepatutnya tertinggal. Satu lagi kalau kita boleh ada liga dewasa mengapa kita tidak boleh anjurkan liga remaja bawah 18,16,14,12 dan 8.
Namun ada satu perkara positif dalam bolasepak futsal sepak ini mengasah kemahiran dan nampaknya kita mempunyai cukup fasiliti.
Kalau diadunkan kemahiran futsal dengan bolasepak biasa mungkin ada hasilnya. Cuma 'kepala tahi' kat atas tu kena takuk dulu.
Ada satu kembar Malaysia atau Tiger yg sama jersi sedang berkembang sekarang di English Premier League iaitu HULL. Tumpang 'tui; kembar ni cukup la kot
AnakBuahCikguHamid
SRK Jerantut
Bila anakbuahcikguhamid tulis pasal Rosmaini Mohd Shah saya teringat akan kecekapan Rosmaini menjaringkan gol. Memang dia antara pemain yang hebat.
Tapi hari ini harap fasiliti saja hebat, kualiti permainan makin menurun. Pelik, dah lama keadaan ini tapi masih tak dapat diatasi lagi.
Apa yang saya lihat perancangan di peringkat sekolah mungkin dah cantik tapi bila sampai ke peringkat FAM terus tak ke mana dan makin teruk. Betullah...FAM kena kaji diri dia sendiri!Mungkin FAM tu 'berhantu' kot? Agaknyalah...
Post a Comment