Tuesday, October 21, 2008

Budaya baru yang membimbangkan.

Bercakap bahasa kotor atau lucah dan berbahasa kasar (maki hamun) telah mula kelihatan menjadi budaya yang kerap kedengaran berlaku dalam kalangan para pelajar sekolah pada hari ini. Tidak kiralah mereka dari tahun berapa atau tingkatan berapa, perkataan seperti 'bodoh', 'bangang', 'gampang', 'babi', 'kurang ajar engkau', ' mampus' dan seumpamanya menjadi semakin lumrah dalam percakapan mereka.
Tersilap bertengkar akan terhambur kata-kata 'bodoh engkau !'. Terpijak selipar kawan, kawan akan melontar kata-kata ' babi !'. Terlanggar bahu kawan, akan dapat hadiah ' kurang ajar !'. Tersilap bergurau, ' gampang!' akan kedengaran. Dan macam-macam lagi.
Apakah maknanya fenomena seumpama ini. Adakah ia tidak akan memberi apa-apa kesan dalam pembentukan generasi baru ? Perlukah ia diambil sebagai suatu hal yang serius atau biarkanlah ianya berlaku kerana itu merupakan fenomena biasa ? Kita ada jawapan dan alasan masing-masing.
Namun bagi saya, ini merupakan suatu fenomena yang begitu membimbangkan. Ianya bukan sahaja menghakis tatasusila orang Melayu malah ia mampu memberi imej yang buruk kepada Islam dan meruntuhkan akhlak dan moral ummah dalam kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum ini di negara ini
Apabila sesuatu perkara berlaku maka kita sentiasa mencari apakah puncanya. Maka punca itu melahirkan suatu impak yang negatif tidak positif ? Dan bagaimanakah cara penyelesaiannya.? Tiga persoalan yang saya kemukakan adalah merupakan anak kunci kepada penyelesaian masalah.
Oleh kerana fenomena ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah, apakah harapan kita terhadap dasar pelajaran yang kita laksanakan sekarang ? Bolehkah kita mengharapkan kepada dasar yang ada ? Bagaimana pula dengan peranan Institusi keluarga yang berbagai-bagai latar belakang itu ?
Saya tetap mengatakan semua ini perlu kepada keperihatinan segera sebelum ia menjadi buruk dan membarah . Masalahnya keperihatinan segera siapa ?

4 comments:

Anonymous said...

Sir,
Posting sir kali ini, mengimbau kembali ingatan saya kepada usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menerapkan elemen nilai dalam KBSR dan KBSM.

Barangkali ada "kecairan" atau "ketidakcukupan" yang berlaku, membentuk suatu "lompang" atau "lohong" yang di dalamnya termuat pelbagai fenomena negatif seperti yang disebutkan itu.

Bukankah pendidikan itu ialah menitiskan ilmu ke dalam kalbu insan?

Anonymous said...

Cikgu, sungguh cantik ayat yang terakhir itu...'menitiskan ilmu ke dalam kalbu insan...'

Anonymous said...

apakah ini terjadi kerana lemah lembutnya kepimpinan politik?
Mata pelajaran agama Islam sudah sewajarnya dijadikan subjek teras dan diuji dlm UPSR...ianya asas penerapan nilai murni...
memang benar insaniah anak2 didik kita semakin rapuh dan membimbangkan.
Salah Siapa?

Anonymous said...

Terima kaseh atas komen Raden,

Saya bersetuju Pendidikan Agama Islam untuk anak-anak kita di sekolah-sekolah dan di mana-mana institusi pendidikan perlu diperkasakan. Ini sahaja cara penyelesaian.