Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru di SMK Seri Rompin

Masih belum terlambat buat semua guru; Selamat Hari Guru!. Semalam SMK Seri Rompin turut mengadakan sambutan hari guru. Suasana cukup meriah. Pelbagai acara mengenang jasa bakti guru dipersembahkan. Tahniah buat semua.

Aku masih belum mampu untuk menjawab sms ucapan hari guru daripada para sahabat, bekas pelajar dan para pelajar sendiri. Cuba juga menjawab dua tiga sms sebelum bersarapan pagi ini tapi masih tak mampu untuk mengucapkan terima kasih kepada semua. Bermula pukul 12 tengah malam kelmarin sms ucapan hari guru mula masuk. Ada satu ketika keluar pemberitahuan dari henfon buruk aku bahawa kotak mesej penuh, maka terpaksa aku memadamkan sebahagian untuk membuka laluan masuk sms seterusnya. Terima kasih kepada semua!

Aku juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pengetua, semua rakan guru dan para pelajar di SMK Seri Rompin di atas anugerah khas guru kepada aku sempena sambutan hari guru SMK Seri Rompin pada tahun ini. Sesungguhnya anugerah seumpama itu adalah untuk kita semua para guru di SMK Seri Rompin. Tanpa kerja berpasukan tidak akan wujud jasa individu!

Terima kasih dan Selamat Hari Guru!


4 comments:

Faris said...

Belum terlewat untuk diucapkan Selamat Hari Guru. Teruskan khidmat bakti.

azian said...

harap msih tak terlewat nk ucap slamat hari guru kat sir...haritu kami pergi kem,so xsempat nk wish...smoga sir sentiasa sehat2 dan bgembira slaloo k..

sazili said...

Faris,

Terima kasih di atas ucapan. Kepada sahabat juga Selamat hari Guru walaupun tidak berada di sekolah lagi, Guru Tetap Guru!

Violet,

Tak ada istilah terlambat. Kalau boleh ucapkan hari-hari...suka sir kalau diucapkan hari-hari asalkan dari violet.

azian said...

hehe..thanks sir...bile la lg boleh balaj dgn sir ni kan...blh borak lg mcm dulu2 tu...hehe