Saturday, May 07, 2011

Selamat hari ibu.

Setelah cukup tempoh dikandung, akhirnya dilahirkan, di rumah atau di hospital, cara biasa atau dibedah.

Kemudian dibesarkan siang dan malam. Diawasi dari segala yang menganggu baik agas mahupun nyamuk. Kadang-kadang bersengkang mata demi membelai dengan penuh kasih sayang.

Pembesaran berterusan. Kesihatan dijaga. Inilah kaca inilah berlian inilah harapan. Inilah segala-galanya.

Kini kitatelah dewasa dan menjadi orang kerana dia. Menjadi kebanggaan dia. Menjadi buah percakapan dan pujian dia. Bangga sungguh dia pada kita.

Apakah kita masih terlalu sibuk untuk ingatkan dia? Apakah kita sering sibuk untuk balik menjenguk dia? Apakah kita masih berkira untuk hantar belanja buat dia, sedangkan minyak kereta kita ke hulu kehilir bersama anak isteri, kita tidak ambil kira. Untuk dia kita berkira. Betulkah kita, tunggu hari ibu baru ada masa untuk ingatkan ibu? Jika bukan hari ibu, kami sibuk ibu!

Kepada yang masih ada ibu, ingatlah insan besar yang melahirkan kita, jagailah ibu. Selamat hari ibu terutama buat ibu kepada anak-anak ku.


3 comments:

Anonymous said...

tahniah atas penulisan yang sangat menyentuh jiwa naluri sebagai seorang anak. mudah2han setiap anak itu mampu memberikan yang terbaik seperti mana yang terbaik yang telah mereka berikan.
(p/s:agak lama x menjengah blog sir,x berkesempatan barangkali.harapan, mudah2hn msih ingat saya lagi, mohammad faiz bin omar)

sazili said...

terima kasih di atas pujian itu. hanya tulisan biasa dari yang biasa-biasa sahaja! mohammad faiz bin omar? yang mana satu yek?

myhas said...

Cikgu,
Tersentuh jiwa akak membacanya. Dulu, tidak mampu untuk membuat ibu lebih selesa kerana kekangan yang tidak mampu dielakkan. Namun ibu pergi dahulu sebelum sempat akak memberi keselesaan dan kelapangan yang sepenuhnya kepadanya.
Sekarang, bila sudah menjadi ibu, rupe2nya kebajikan, keselesaan dan kelapangan untuk anak2 adalah lebih penting dari diri sendiri. Seboleh2nya tidak mahu untuk menyusahkan anak2 dan selalu mengharapkan agar anak2 sentiasa gembira dan bahagia.
Ada masnya berasa malu untuk menerima huluran dari anak2.
Ya Allah peliharalah anak2 kami dan semua keturunan kami dari azab api neraka dan himpunkanlah kami di dalam syurga Mu tanpa hisab. Amin.