Kepada para pelajar SPM 2010 yang berhasrat memasuki ke Tingkatan Enam mungkin sudah menyemak status masing-masing di laman web www.emoe.gov.my. Dalam laman tersebut para pelajar boleh menyemak sekolah Tingkatan Enam mereka. Pendaftaran masuk bermula pada 9 Mei 2011 (Isnin).
Pada waktu ini mungkin terdapat sebahagian besar pelajar yang tidak terpilih ke matrikulasi mula merasakan mereka kononnya berada di dalam kumpulan pelajar yang gagal! Ini adalah satu pandangan atau andaian yang sangat negatif malah jauh dari kebenaran.
Sama ada ke matrikulasi, Tingkatan 6 mahupun ke program diploma semuanya ada kelebihian dan kekurangan yang tersendiri. Pokoknya ialah walau di mana pun belajar, tanya diri sendiri mahu berjaya atau tidak? Sesungguhnya kejayaan ada di mana-mana termasuk melalui Tingkatan Enam.
Terdapat segelintir pelajar memberi alasan yang remeh terutama dalam kalangan para pelajar berbangsa Melayu iatu sudah boring pakai baju sekolah maka mereka lebih rela belajar di IPTS yang kadang-kadang entah apa-apa atau memasuki program diploma yang tiada nilai pasaran kerja langsung!
Hakikatnya kejayaan ada di mana-mana. Isu utama kita ialah sikap dan penyakit malas berusaha terlaku berkerak dalam perangai dan cara belajar kita. Ingat dalam mencapai impian hidup kita, no pain no gain!
Selamat membuat pilihan yang tepat!
3 comments:
erm tingat kngn kat form 6 dulu..form 6 byk ajar sy mcm2 bende..ase mcm nk ulang blik mcm dulu2..trime kasih sbb penah ajar sy...
saya cuma nak tanya pasal perpindahan sekolah(ting 6 bawah).sebenarnya saya sudah mendaftar ke sekolah yang ditetapkan tetapi berpindah ke sekolah yang diingini.masalahnya saya belum mendapatkan borang ketiga untuk pindah.ada tak masalah berlaku ketika pendaftaran stpm nanti?
saya merupakan pelajar ting 6.saya berhasrat untuk pindah ke sekolah lain atas alasan ingin mengambil mt pljran seni.perlukah saya mengisi borang ketiga?Kalau tak isi apa effectnya?
Post a Comment