Awasilah pemikiran negatif dan jangan jadikan diri kita sebahagian daripadanya. Perkara ini mungkin sukar untuk dilakukan, tidak semudah kita bercakap mahu melakukannya tetapi keazaman untuk berubah menjauhkan diri daripada yang negatif menjadi keutamaan perubahan positif itu.
Sekali lagi diingatkan tumpukan minda dan percakaran diri kepada elemen "aku boleh", "aku akan", "aku harus" dan bukannya "aku tidak boleh", "aku tidak akan", atau "aku tidak mungkin boleh melakukannya".
Sekerap yang mungkin jadikan keinginan kita, azam yang padu dan berkesan. Perteguhkan di hati kita apa yang ingin kita capai dan buangkan apa yang kita tidak ingini.
3 comments:
Cikgu,
penulisan yang ringkas tapi mantap.
Apakah ketakutan yang ada dalam diri tentang persepsi orang terhadap kita lebih tebalakan membuatkan kita sukar untuk menyatakan "boleh".
بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum...sebagai pembuka bicara...ayahanda,izinkan anakanda mendedikasi lirik lagu ini...
Terima Kasih Guru
Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru
Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan
Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan
Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru
Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang
Sekian,
Wassalam.
It's Me.
It's me,
Terima kash di atas sumbangan lirik lagi yang penuh bermakna itu. Ia memang sesuai untuk semua guru yang dedikasi. Semoga anakanda it's me akan teus berjuang dan cemerlang dalam segala apa yang dilakukan.
Post a Comment