Sunday, December 05, 2010

Renungan: Macam mana nak selesaikan masalah ini?



Jumlah anak luar nikah bagi tempoh 1999-2003 ialah 70,430 bayi, setahun lebih daripada 14,000 anak luar nikah dilahirkan.

Manakala bagi tempoh yang sama bagi tahun 2005-2009 kelahiran anak luar nikah meningkat secara mendadak iaitu 214,033 bayi, ini bererti dalam tempoh setahun anak luar nikah ialah lebih daripada 40,000. Bayangkan bertapa berteruknya gejala ini jika tidak dibendung dan dicegah pulih.

Puncanya adalah hasil pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan khususnya para remaja dan orang muda, pakaian yang mendedahkan aurat, hiburan yang menggila, sukan yang tidak ada batasan akhlak dan lain-lain.

Macam mana nak selesaikan masalah ini?

2 comments:

myhas said...

Cikgu,

Kembali kepada Islam. Bermula dari rumah.

Tahniah..... dah jadi ayah mertua. Bakal jadi datuk. Terima kasih kerana sudi mengundang akak dan keluarga dimajlis tersebut. First time sampai ke Kuala Pontian. Semuanya seronok. Anak akak Si Amar berselera membedal lauk ayam dan aiskrim sebab baru lepas pantang ( bersunat pada 20 Nov 2010).
Untuk pengetahuan cikgu dan Ani, akak dah pindah ke rumah baru yang cikgu lihat dulu.Pada 16 Nov 2010. Abang dah tamat perkhidmatan dan bersara tanpa pencen. Jemputlah datang ke rumah akak. Boleh kita berBQ ramai-ramai. Tentu seronok.

sazili said...

Kak Hasmah,

Terima kasih bebanyak dari saya dan ani di atas kesudian akan dan abang serta anak-anak hadir ke teratak buruk saya tempoh hari. Kami nak mohon maaf banyak-banyak kerana pada hari itu tak dapat nak sembang lama - sibuk sangat melayan tetamu. Insya Allah lain kali akak dan abang kena datang lagilah.

Insya Allah kalau kami ada kesempatan kami akan ke rumah baru akak tu. Teringin juga rasanya nak erada adalam suasana nyaman taman di rumah akak dan abang tu. Insya Allah! Kirim salam utk abangnya.