Thursday, September 23, 2010

Check atau biarkan tak apenye !

Semalam lebih kurang pukul 4.30 petang sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah aku sempat melihat sekumpulan pelajar lelaki mengerumuni laptop e.book 1Malaysia di sebuah pondok menunggu bas di tepi jalan.

Dari riak muka dan gelagat pelajar-pelajar sekolah menengah itu aku dapat melihat betapa menariknya apa yang dapat dilihat dari laptop tersebut. Jikalah mereka itu mengakses internet, terfikir difikiranku alangkah hebatnya negara aku ini kerana pelbagai latar belakang sosio-ekonomi pelajar sekolah dapat mengakses internet di mana-mana. Maklumat dihujung jari benar-benar diaplikasikan!

Maka dengan banyaknya maklumat yang dapat diakses oleh para pelajar secara mudah dan pantas akan agaknya mampu menjayakan konsep 1Malaysia bagi melahirkan remaja yang berakademik cemerlang, remaja yang berakhlaq mulia, warganegara yang bermoral, remaja yang mampu menjahi budaya hedonisme. Maka akan berkualitilah nanti tamaddun bangsa!

Dan sudah pasti agaknya dengan penganugerahan e-book tersebut akan menambah baik mutu akademik para pelajar yang memilikinya. Sudah tentu harapannya begitu! Jika itu bukan harapannya maka e-book itu tidak akan diberikan begitu sahaja tidak kira siapa dan bagaimana?

Itu kalau mereka mengakses maklumat ilmu. Terfikir pula aku, tidak mungkinkah pelajar-pelajar yang mengerumuni e-book tadi sedang menonton bahan-bahan lucah atau sesat yang boleh merosakkan akhlaq, akidah dan jiwa kemanusiaan generasi baru? Atau para pelajar tadi sedang menonton bahan-bahan lucah yang telah didownload dari internet yang mampu melahir lebih ramai golongan perogol, penzina, anak-anak tidak berbapa untuk didaftarkan lebih ramai lagi di Sekolah Harapan Melaka pada masa hadapan?

Masya Allah, kalau betul tekaan aku itu bagaimana ya?

Selaku guru yang menjaga hal-ehwal pelajar di sekolah, aku sering pening dengan penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan para pelajar. Dan hari ini, guru-guru seperti aku ini bertambahlah pening dengan kehadiran laptop e-book 1Malaysia.

Tidak mustahil dalam e-book 1Malaysia yang dianugerahkan kepada para pelajar baru-baru ini telah terdapat pelbagai bahan-bahan lucah yang tersimpan dalam hidden file di e-book 1Malaysia para pelajar tersebut. Tak percaya, check !

Nampaknya guru-guru macam aku sekarang ini, bukan tiada kerja cari kerja tetapi dah begitu banyak kerja menambah lagi kerja...kerja yang membuang masa kerana perlu 'bercending' dengan e-book 1Malaysia para pelajar! Atau biarkan...tak apanye !!

2 comments:

myhas said...

Cikgu,

Bagi akak tak boleh 'tak apenye'. Sedangkan TV yang pelbagai saluran yang dikawal oleh stesyennya, masih terdapat ibubapa yang tidak mampu mengawal anak-anak mengadap TV. Inikan pula maklumat dihujung jari yang boleh diakses dimana jua oleh anak-anak atau remaja yang masih terkial-kial mencari identiti. Masih kelabu tentang jati diri. Masih rapuh Islam dalam jiwanya!
Kesian pada mereka yang masih memerlukan panduan dan bimbingan untuk mencari halatuju kehidupan sudah didedahkan dengan pelbagai maklumat yang belum tentu boleh memantapkan rohani mereka.
Dalam anak-anak remaja ini kelam-kabut mencari identiti dan jati diri untuk memantapkan rohani telah disogokkan dengan perkara-perkara-perkara yang belum tentu boleh mencapai kecemerlangan hidup dari segi fizikal, rohani dan mental, sudah tentunya akan melahirkan 'orang kaya baru' dalam Malaysia ni!
Siapalah nanti yang memimpin negara dan masyarakat Malaysia dimasa hadapan?

sazili said...

Betul pendapat dan pendirian akak tu. Saya bersetuju sangat tapi hari ini anak-anak muda kita ramai yang makin hilang hala tuju, motivasi lemah, daya usaha malas, banyak bermenung dan berangan dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan menghanyutkan. Nampaknya masih ramai ibubapa yang membirakan anak-anak mereka berada dalam kehanyutan dan kesesatan pengangan hidup.Memang geneerasi akan datang memang generasi yang mencabar kualitinya.