Monday, February 22, 2010

Sebuah pengalaman yang tak mungkin kami lupakan ...!!



Tiada siapa yang mahu menerima musibah. Tetapi apakan daya kita manusia yang lemah ini. Setiap musibah yang menimpa pasti ada rahmat di sebaliknya.

Telah 26 tahun saya menjadi pemandu berlesen, hari itu adalah hari yang malang bagi saya. Namun saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan kami (saya dan isteri) untuk terus berada di sisi anak-anak dan untuk terus berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.

Kami selalu ke Mersing dan perjalanan pergi balik Rompin-Mersing, Mersing-Rompin adalah perjalanan yang terlalu biasa bagi kami. Tapi tanggal 17 Februari 2010 lebih kurang pukul 4.55 petang adalah hari dan waktu yang malang bagi kami. Musibah menimpa....

Dalam perjalanan pulang dari bandar Mersing ke Rompin, saya memandu Hyundai Matrix seperti biasa sambil bersembang dengan isteri. Sesampai di selekoh menurun bukit yang agak lebar jalannya, di kawasan yang sering disebut oleh rakan-rakan, Hutan Lipur Gunung Arung jalan Mersing-Endau, tiba-tiba kereta saya senget ke kanan dan terpusing.

Waktu itu saya dan isteri mula tersentak dan terkejut. Segala-galanya berlaku begitu pantas...

Saya bertindak mengawal stering dengan memulas ke arah kanan untuk mengelak kereta saya terbalik dan berguling menuruni bukit yang landai. Sambil saya menyebut kalimah "Allah...Allah...Allah...!!" sepanjang kereta saya berpusing menuju bukit saya tidak nampak apa-apa lagi di hadapan...gelap!

Sambil memegang stering dengan kukuh, saya hanya dapat merasakan kereta saya melanggar sesuatu dengan kuat beberapa kali. Waktu itu saya memohon kepada Allah agar menyelamatkan isteri saya di sebelah.

Kejadian itu berlaku begitu pantas sekali. Tiba-tiba semua pergerakan terhenti. Kami berada dalam kereta dalam keadaan senget kerana kereta terbalik mengiring sebelah kiri. Saya terus melihat isteri saya di sebelah bawah. Saya menyentuh pipinya sambil bertanya beberapa soalan: Ani ada sakit kat mana-mana tak ? Tak ! Kaki Ani terkepit tak? Tak !

Sambil tergantung kerana terikat dek tali pinggang keledar, saya menenangkan isteri yang kelihatan pucat, "sabar, bertenang, relek, alhamdulillah kita tak apa-apa...syukur kepada Allah, insya Allah kejap lagi akan ada orang tolong kita....".

Melihat isteri bertenang saya mula mematikan injin kereta, bimbang takut terbakar. Saya buka pintu sambil menongkat pintu dengan kaki. Saya tekan hon sambil tangan kanan saya melambai keluar.

Saya sempat melihat isteri saya yang kelihatan lemah macam nak pengsan. Tapi saya mula rasa lega kerana saya terdengar banyak kereta mula berhenti....

"Abang, abang okay ke ? Berapa orang kat dalam bang?".

"Aiya...abang talak apa-apa ? Sabat-sabat oo...nanti kita olang tolong..cepait..cepait !!!"

Seseorang dari ramai yang mengerumuni meminta saya keluar. Sukar sekali untuk saya keluar kerana saya hanya tergantung dek terikat tali pinggang keledar. Tangan saya hanya dipegang oleh seorang pemuda. Tapi atas panduan ramai, saya mesti keluar dahulu. Saya tekan butang tali pinggang keledar.... Masya Allah...bedebub saya terjatuh atas isteri saya. Isteri saya mengaduh kesakitan! Oh...Tuhan... kesiannya...!!!

Pada waktu saya sudah berada berhadapan dengan isteri ,saya cuba menyedarkannya kerana dia sekali lagi hampir pengsan. Orang ramai berusaha membantu. Salah seorang mencadangkan agar kereta saya yang terbalik mengiring ke kiri itu ditolak untuk berkedudukan betul. Saya bersetuju tetapi belum pun sempat saya berusaha membetulkan kedudukan isteri saya dan kedudukan saya juga, kereta telah ditolak...sekali lagi saya tertumus ke lantai kerusi pemandu. Berdengung juga kepala saya sekejap. Dalam hati saya sempat berkata sendirian..." rasanya mati kerana pertolongan je ni !"

Dalam keadaan saya terhoyong-hayang di luar kereta saya ternampak isteri saya diusung oleh beberapa orang. Saya cuba mengikut ke mana isteri saya dibawa tetapi sebaik saya mahu bergerak seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang meronda, menasihati saya agar menunggu kereta dan menjaga apa-apa barang-barang bernilai, dan dia bersama rakan polisnya akan bawa isteri saya ke hospital Mersing. Dalam keadaaan paner begitu saya akur. Saya hanya melihat isteri saya dibawa laju ke hospital oleh kereta peronda polis (bukan polis trafik).

Terima kasih teramat sangat saya dan isteri kepada semua pihak yang berhenti membantu pada waktu kemalangan itu termasuk kepada semua anggota polis terbabit. Ada yang menenangkan saya, ada yang cuba memastikan saya tidak cedera ataupun patah dan ada yang memberi saya minum air! Alhamdulillah...terima kasih kepada mereka semua ya Allah. Berikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka ya Allah !

Setelah saya mula tenang saya mula menelefon abang ipar, adik ipar saya, dan para sahabat saya yang berdekatan. Adik saya bersama suaminya dan anak lelaki kedua saya, Abdul Hafiz yang sedang bercuti Tahun Baru Cina, saya minta bersegera ke hospital Mersing untuk menemani dan memastikan keadaan mak-nya.

Alhamdullillah... anak saya memberitahu setelah diperiksa dan di x-ray, katanya mak tak ada apa-apa dan boleh balik. Berita yang paling melega dan menggembirakan saya pada waktu itu.

Mulai saat itu fikiran saya mula fokus kepada urusan kereta Matrix yang 'tercedera' agak teruk. Saya uruskan hal kereta bersama abang ipar dan kakak saya di lokasi kemalangan.

Sebelum abang ipar dan kakak sampai, mereka yang membantu sejak dari tadi mula beransur-ansur meminta diri. Sambil bersalaman dengan saya dan ada yang memeluk saya, mereka kata mereka bersyukur, saya tak apa-apa. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Sebaik orang ramai berlalu pergi, saya mula didatangi dan dihulur dengan pelbagai jenis bisnes kad urusan tunda kereta. Saya memberitahu mereka saya perlu sedikit masa untuk buat keputusan kerana perlu berbincang dengan abang ipar dan sahabat-sahabat saya yang dalam perjalanan ke situ. Mereka akur.

Dalam keadaan begitu ada seorang perempuan muda bersama suami dan anak perempuannya membuat keputusan di hadapan saya, " Abang, kita tunggu encik ni sekejap abang ya, kesian pula sorang-sorang encik ni duduk tepi hutan ni."

Suaminya bersetuju" okay..okay, elok juga tu!".

Saya bertanya perempuan itu, biasakah berhenti kalau terserempak dengan kemalangan jalanraya?

"Saya tak pernah berhenti encik...ee takut saya. Tapi saya berhenti ni sebab saya rasa saya pernah tengok encik ni, macam kenal....tapi kat mana saya dah lupa", kata perempuan itu.

Sambil-sambil bersembang dengan suaminya tiba-tiba perempuan itu menjerit, "Haa...yee...cikgu kan ? Cikgu pernah datang bagi ceramah motivasi ibubapa kat sekolah anak saya dulu !!!"

Saya hanya tersenyum dan mengangguk. Selepas itu dia tidak berencik-encik lagi.

Setelah polis trafik sampai, perempuan tadi dengan suaminya mula minta diri untuk meneruskan perjalanan mereka, " Cikgu, polis dan sampai kami minta diri dulu cikgu. Syukurlah cikgu selamat dan tak ada apa-apa!".

Hanya lafaz terima kasih yang tidak terhingga buat mereka !

Selepas itu saya mula berurusan repot polis di Balai Polis Mersing.

Kemalangan yang saya dan isteri saya alami itu, benar-benar mengajar saya bahawa jika bertembung dengan kemalangan berhentilah, bantulah mangsa kemalangan...sekurang-kurang bercakap dan menenangkan mereka. Hari itu saya benar-benar dapat merasai betapa perlunya sebuah perhatian dan pertolongan dalam sebuah kemalangan!

Tapi berhati-hati membantu kerana dikhuatiri mangsa akan lebih menderita kerana sebuah 'pertolongan cemas' yang mencemaskan!!!

Walau apapun saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih semua yang memberi pertolongan.

17 comments:

Faris said...

Li,
Takziah diucapkan. Yang penting semuanya selamat dan tiada sebarang kecederaan serius. Dalam usaha membantu ni adakalanya sesetengah orang mengambil kesempatan. Ini pernah aku alami sewaktu kemalangan dulu sewaktu mula mengajar. Duit tunai tak sedar bila diambil sewaktu diusung ke kereta untuk dibawa ke hospital.
Kawasan tersebut memang terkenal dengan beberapa kemalangan yang sering berlaku. Kata orang malang tidak berbau dan walau kita berhati2 pun, kadang kala ada pihak lain yang cuai.
Nampaknya kena tukar kereta baru lagi ni Li.

kapli said...

sir sazili,
zul pun nak ucapkan takziah wat sir n wife,yg pntg xde yg cedere tp matrix sir je la... tp x pe bende blh di cari ganti tp nyawe manusia memang x blh di cari ganti... Allahdulilah sir selamat

Sazili said...

Faris,

Alhamdulillah tiada barang berharga yang hilang. Polis yang kebetulan lalu di situ sempat mengawal orang ramai dari mendekati kereta aku.

Bila sebut pasal kemalangan kau dulu, aku teringat kami pernah panggil ngko bionic man dulu!

Pasal tukar kereta tu, tengok keadaan. Aku dah bagi tahu bengkel buat betul-betul kerana saya nak pakai lama kereta ni. Mereka kata okay no problem tapi entahlah kerena kita bukan sellau boleh pergi tengok mereka buat kerja. Kalau tak ada masalah aku guna terus kalau sebaliknya mungkin...

Anyway tq Faris.

Zul,

Terima kasih banyak-banyak di atas uacapan dan ingatan Zul. Memang sir sangat bersyukur kerana sir dan isteri tidak apa-apa. Allah benar-benar melindungi kami hari itu...Syukur alhamdulillah.

it's me said...

assalamualaikum...
syukur alhmdllh..Sir n teacher,selamat.
Insyallah..stiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

ybs said...

cikgu sazili,
sy jugak ingin ucapkan takziah dan bersyukur krn semua selamat....alhamdulillah!

mantan said...

Sir,
Bersyukur kepada Allah.

Dapat saya fahami keadaan dan perasaannya kerana saya pernah mengalami kemalangan yang sepeti itu.

kembara kelana said...

alhamdulillah li kau dan ani ..selamat...di kawasan tu jugak En mat mahmud kena itu hari, ada kata kawasan tu di sabotaj dgn minyak supaya keta tergelincir dan business tarik keta dan repair keta akan maju. ada kata kawasan tu kawasan yang 'keras' ..apapun kau kena simpan dalam diari...hari dan waktu kau mulakan perjalanan hari itu adalah hari geruh kau...itu saja nasihat aku...aku doakan kau ok...salam usop temerloh.

seri said...

ani dan suami, bersabar dan bersyukurlah semua selamat.mcmana kmlgn tu boleh berlaku....teruk tu.. u rehatlah. tak payahlah kerja berat2 lagi di sekolah. jaga kesihatan.

Sazili said...

it's me,

Terima kasih di atas ucapan kesyukuran yang diberikan. Betul setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Cikgu Yusof Muau,

Terima kasih banyak-banyak.

Cikgu Wahab,

Oo..rupanya cikgu Wahab berpengalaman eksiden kete juga? Lebih dulu dari saya. Tapi cikgu, cemas sungguh rasanya hari tu....

Sop Temerloh,

Alhamdulillah kami tak apa-apa. Cuma hari keesokkan itu Ani rasa sakit bahu kiri sedikit. Tapi dah hilang pun dah... A'ah Mat Mahmud pun ada cita kat aku begitu. Tapi yang aku percaya tempat tu memang keras...kemek kete aku....tersembul lampu keluar. Terima kasih atas nasihat kau tu usop, memang aku tulis dalam dairi dah masok blog lagi.

Seri,

Terima kasih seri. Ani, alhamdulillah tak ada apa-apa, cuma keesokkan tu dia sakit bahu sebelah kiri dan pucat muka sikit. Ani dapat MC dua hari..Khamis Jumaat. Terkejut kot ! Lagi pun orang diabetic kalau terkejut dia akan hipo...gula turun mendadak dan mulalah dia nak pengsan. Tapi hari ini Ani dah okay...sihat. Anyway tq very much !!

Anonymous said...

Alhamdulillah Pak Su dan Kak Ani selamat.Ani pun pernah kena kat situ.Kereta kami berpusing 360 darjah.Cemas sungguh.Sesungguhnya Allah itu Maha Agung.Diberi musibah untuk kita muhasabah diri.Sesungguhnya 2009 memberi banyak kenangan pahit agar kita sentiasa insaf akan kelemahan diri.Pujuklah Kak Ani tu agar dia ambik masa untuk rehat sikit.

dr Ani Karim.

pakcu said...

takziah.
moga dlm lindungan Allah senantiasa.
hikmah tiap kejadian pasti ada kerna tialaha sesuatu kejadian itu berlaku dengan sia-sia...
siru ala barakatillah...

sazili said...

Ani Karim,

Terima kasih di atas motivasi yang dberikan. Oo..rupa-rupanya Ani pun dah melalui pengalaman seumpama itu di situ...Ya betul pasti ada rahmat disebik apa yng berlaku. Acu Ani dah okay pun dah bawa kereta ke hulu ke hilir.

PakCu,

Tq. Setiap masa kita akan terus muhasabah diri kita.

Aida Ali said...

Alhamdulillah semuanya selamat. Pengalaman mengajar kita lebih berhati-hati

P'su said...

masyaAllah.. xtahu plk saya sir.. maafkan sy sy betul2 x tahu sir kemalangan.. syukurlah semuanya selamat..patutlah sy tengok sir duk bawa ford pun!!

sazili said...

Terima kasih Puan Aida. Benar pengalaman mengajar kita agar sentiasa berhati-hati. Sekarang ini saya masih terasa gayat apabila melalui selekoh.

P'su, maaflah tak bagi tahu sebab tak ada apa-apa, semuanya selamat. Memang dalam keadaan sekarang ford escort menjadi begitu bererti dan penting.

izam said...

Alhamdulillah hang ok. Patut la aku termimpi hang dua tiga hari ni. mimpi aku jumpa member leban chondong. tekejut aku baca cerita hang eksiden ni. macam kata faris la... nak kena cari keta baru tu

sazili said...

Izam,

Hang biaq betoi...keta baghu apa !? Keta tu elok lagi...aku sayang kat dia apa. Tapi tak tahulah depa repair kat bengkel tu macam mana...buatnya depa repair tak elok...sakit jugak no..bukan haghi-hahgi aku boleh pi tngok !