Monday, February 08, 2010

Bila kucing bertanduk ?

Lama juga tidak menulis. Kesibukan tugas menjadikan blog ini bukan prioriti untuk seketika. Ditambah pula kerja-kerja update blog menjadi begitu sukar di rumah, walaupun satu ketika negara tercinta ini amat terkenal dengan MSC nya.

Rupa-rupanya masih banyak kawasan yang bukan ceruk sangat pun, masih belum mendapat coverage jalur lebar yang baik. Untuk update blog terpaksa menghabiskan masa sampai hampir 2 jam, baik tak payah !

Sepatutnya persoalan coverage ini sudah selesai kerana negara ini bukan sebesar mana pun. Media internet merupakan satu media baru yang wajar mampu dicapai oleh seluruh rakyat walau di ceruk mana berada.

Tapi nampaknya hal ini tidak berlaku. Terpaksa menunggu entah bila untuk seluruhnya mendapat liputan jalur lebar yang baik. Tunggu sahajalah, mungkin sehingga kucing bertanduk.

Soalnya, bila kucing bertanduk ?




2 comments:

aiman said...

sir bile agak nye dapat dengar sir punyer ceramah.....tak sudi memandang tidak mengapa kerna aku sedar aku insan hina......lagu yang selalu buat orang menangis dalam ceramah sir.....you are my best mentor sir.

sir sazili said...

aiman,

Sorry lambat balas komen aiman. Wah ingat lagi aiman kat ceramah sir yang entah apa-apa tu. Tak sudi memandang tdak mengapa....tu lagu Jamal abdillah. Tq aiman !! Selalu-selalulah jenguk sir di sini ok !