Selalu makan semasa kecil dulu. Kalau pergi rumah Tok Wan Siti dan Tok ki Ali, buka tudung saji mengkuang mereka akan adalah terhidang atas meja.
Memang sedap kalau Tok Wan yang buat. Lebih sedap kalau kalau kelapa muda. Makan pulak dengan air kopi o....fuh !
Dulu semasa zaman kanak-kanak dan zaman remaja selalu sangat berjumpa dengan lempeng kelapa. Waktu sarapan juga waktu minum petang.
Tapi hari ini jarang di rumah buat lempeng kelapa. Yang selalu nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan jemput bilis.
Hari ini lempeng kelapa telah menjadi makanan yang komersil. Saya pernah order lempeng kelapa kerana nostalgia lempeng kelapa Tok Wan Siti, tapi lain rasanya dari yang Tok Wan Siti buat. Yang saya makan digerai tu tak KAO macam yang Tok Wan buat.
Kadang-kadang terasa jugak nak makan lempeng kelapa terutama sewaktu minum petang. Sedap dan lazat ! Minum dengan kopi O.

6 comments:
lempeng nyo makan dengan ikan maasih, sedap
Mantan,
Masa dulu-dulu, kalau makan dengan ikan masin tu lempeng 'batak'. Lempeng 'batak' dipanggil begitu kerana tiada apa-apa di dalam nya melainkan air garam.
kalu tempat sy ada jg lempeng kelapa nih.. tp keluarga sy makan lempeng biasa (lempeng gandum)je, itu pun cukup sedap dah bg keluarga kami yg sederhana ini. dulu kecik2 mmg selalu makan lempeng atasnya ditbur gula..
.. habis cerita lempeng ..sy nak mengadu ttg masa belajar yg tak cukup. dulu rasanya sir pernah sebut dlm meeting ttg pelajar2 kita yg x de masa utk membaca ingattak!
setelah anak sy bersekolah diSMKSR baru sy sedar perkara ini ..mmg betul, apa taknya setiap hr sy tengok anak sy hanya sempat buat kerja sekolah saja stat balik sekolah pd pkl 3 lebih sampai ptg, sambung mlm pukul 10 lebih baru siap kerja sekolah.. 10 lebih budak dah mengantuk & letih kerana seharian buat latihan. takan pkl 11baru nak study.
sy faham belajar biasalah.. tp rasanya rugi jg sbb xde masa utk study.. bgmana budak dpt menimpa ilmu & pengetahuan kalu mcm ni.. cuma berbekalkan latihan saja.. pengetahuan melalui pembacaan amat kurang..
sbb tu kebykan pelajar kita kurang mahir kalau disuruh mencari bahan & buat rujukan sendiri..tp kalu nak siap kan kerja yg kita bg xde masalah.. ape komen sir
Meleleh air liur tengok lempeng kelapa dan nak sedap lagi makan dengan gula tebu.
Nama glamer lempeng ialah 'pancake'
P'su,
Perkara kerja rumah yang terlalu banyak sehingga pelajar-pelajar kita tak sempat study memang dah pernah dibangkitkan dalam mesy. kurikulum tapi entahlah macam mana pihak pengurusan kurikulumn terlepas pandang hal ini. Tak apa kita bincang balik nanti mengenai hal ini dengan pihak pengurusan.
Din,
Lempeng kelapa makan dengan gula tebu? Tak apa... nanti akan suruh long buat untuk makan dengan gula tebu.
Puan aida,
Kalau arwah mak saya dulu dia tak reti nak sebut pancake tapi lempeng tu lah dia sebutnya tapi kalau kuih bangkit , memang dia sebut bangkit !
Post a Comment