Monday, February 15, 2010

Asam gumpal...sedap !


Hah...ini satu lagi kuih tradisional yang enak rasanya dan sedap dimakan. Ada orang panggil asam gumpal dan ada juga yang panggil sagu gumpal. Mana satu yang betul, tak tahulah. Tapi ramai orang panggil dia asam gumpal.

Saya panggil sagu gumpal sebab saya tak nampak mana asamnya, malah rasanya pun tak pernah masam, lemak manis je ! Kalau orang tanya saya, suka ? Suka ! Sedap ? Tengok orang yang buatlah...

Kalau kat Rompin ni saya suka asam gumpal Senah Mak Andam. Nak makan asam gumpal Senah Mak Andam pergilah beli di Pekan Sehari Simpang Sepayang setiap petang Jumaat. Hah kat situ jumpalah asam gumpal Senah Mak Andam. Bukan promosi ni...tapi nak cerita ke hal sahaja!

Kalau nampak saya lalu mesti Senah Mak Andam mempelawa, " Ambo cikgu Li...beli gok asang gumpa ni !!".

Saya pun beli !



5 comments:

seri said...

saya pun suka asam gumpal ni...saya pelik kenapa dipanggil asam. saya selalu beli di bazar ramadan bila tiba bulan puasa sebab hari2 lain jarang jumpa.memang sedap tapi anak saya tak suka sebab ada halba.

sazili said...

seri,

Nampaknya sama-sama kita suka akan asam gumpal itu. Kita tak payah kisahlah...asam nya gumpal itu...kita belasah je ! Kat rompin ni tak payah tunggu bazar ramdhan, datang hari Jumaat petang, insya Allah kalau sihat Mak Nah Mak Andam tu, akan adalah asam gumpal...
Ani kalau terjumpa asam gumpal Mak Nah Mak Andam tu mesti dia beli, bukan untuk dia sangat, tapi untuk saya !!

zeneth_86 said...

rindu masakan mak...hehe

Faris said...

Li,
Memang terliur lihat gambar tu. Mmg sedap asam gumpal kak senah mak andam tu. Dulu kalau nak beli dan makan, masa bulan puasa yang banyak jual. Kat Kajang ni, payah nak jumpa.

Totie@Tomy said...

hari ni masak asam gumpal mengidam...heheeh