Tuesday, October 20, 2009

Matlamat tetap dituju

Lama juga saya terhenti menulis di blog ini. Kesibukan bertugas di sekolah, ditambah dengan liputan internet yang kurang baik di kawasan penginapan menjadi usaha menjenguk blog ini menjadi perlahan dan hambar. Namun kini sudah mula terasa kelapangan untuk menulis semula bukan kerana kurang sibuk tetapi kerana telah berjaya memperbaiki pengurusan masa yang agak bercelaru sebelum ini.

Bagaimana kita menguruskan masa dalam sehari kehidupan kita amat membantu kita melakukan pelbagai aktiviti hidup. Mereka yang membuang masa adalah manusia yang rugi sebenarnya. Membiarkan masa berlalu begitu sahaja menjadikan diri kita sentiasa ketinggalan dalam mengharungi cabaran hidup dan keilmuan.

Semakin hari tuntutan pengajaran dan pembelajaran semakin banyak. Ditambah dengan tugas pengurusan dan pentadbiran, menjadikan suasana begitu menekan. Pengurusan keluarga dan anak-anak yang masih memerlukan tanggungan pembelajaran menjadi keperluan yang amat penting dan mendesak dalam dunia yang penuh cabaran ini. Mencari, memberi dan menerima ilmu, pendidikan, tazkirah dan usrah menjadi hari-hari yang dilalui begitu sibuk tetapi amat menarik. Bersedia untuk menghadapi kuliah intensif dan peperiksaan kerana masih belajar, menjadikan kehidupan ini begitu meletihkan tetapi sangat bergaya.

Itulah kehidupan kita sebagai manusia. Perlu terus mendayung di lautan kehidupan yang amat bergelora dan sukar diduga ini. Semua orang begitu kecuali orang yang masih bermimpi di siang hari. Matlamat tetap dituju. Dunia dan akhirat.

2 comments:

Anonymous said...

lme x update blog?
(faiz omar)
(p/s:pelan2 kayuh sir)

kembara kelana said...

welcome back bro