Friday, May 14, 2010

Pemeriksa 'MUET Speaking' di Uniten Kampus Muadzam Shah


Sekali lagi saya terkekang untuk masuk ke sini. Bertugas sebagai MUET Speaking Examiner (Q) di Uniten Kampus Muadzam Shah selama 6 hari, mengakibat masa saya menjadi terlalu padat dan batang tubuh ini sendiri menjadi letih apabila pulang ke rumah.

Setiap hari selama 6 hari saya bersama pembantu saya (R) Puan Selvamani terpaksa menilai 36 orang calon. Suasana ini menjadikan mental dan fizikal begitu penat ditambah dengan kerja-kerja perkeranian yang perlu dilakukan selepas itu.

Pelbagai aksi calon yang mampu saya lihat sepanjang menilai mereka. Ada yang tenang dengan bahasa Inggeris yang cukup menawan. Ada yang penuh dengan lagak dan gaya menawan walaupun bahasa yang agak haru. Ada yang tergagap-gagap sehingga mengganggu keseriusan dan ada yang kelu tak terkata walaupun diransang.

Persoalan yang bermain-main difikiran saya kenapa susah sangat anak-anak Melayu hendak berbahasa Inggeris berbanding dengan kaum-kaum lain ? 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, di sekolah ada lagi apa yang dipanggil PPSMI dan dua tahun belajar MUET, masih pucat muka dan menggigil apabila berbahasa Inggeris.

Termenung saya sambil berkata sendirian - betapa gagalnya sistem persekolahan kita sebenarnya untuk melahirkan para pelajar yang mampu berbahasa Inggeris !

Sunday, May 09, 2010

Nak adik....nak adik....nak adik....nak adik ...nak adik...

Maka saya melihat seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari menuju ke arah ibunya dan kanak-kanak itu ada berkata' " Ma, saya nak adik nak ajak main."

"Pergilah main dengan kawan-kawan tu," nasihat si ibu.

"Tak nak, dia orang selalu buli saya," bangkang si anak.

Sambil membelek-belek kain dekat dengan ibunya si anak berkata lagi, "Maa....ma kata kalau orang lelaki dengan orang perempuan tidur bersama boleh dapat adik tapi ma dengan ayah dah lama tidur sama.... tak ada adik pun ?".

"Ma dah tua......!!!," jawab siibu acuh tak acuh sambil menjahit.

"Tapi antie sebelah tu pun tua juga, ada pun adik kecik!", jawab budak itu mengharap.

"Ma banyak kerja ni," jawab ibu seperti serabut dengan soal-jawab anaknya.

"Tak kira, nak adik.... nak adik.... nak adik....nak adik...nak adik...nak adik.... !!!," bentak si anak bertalu-talu ke arah ibunya.

Tom ! Bunyi sesuatu dihempas. Ibu tercegat berdiri merenung ke arah si anak. Si anak terkelu dan cemas seketika.

Tiba-tiba siibu memeluk anaknya, " jom main dengan mak je !"

"Ok!!', ceria muka si anak kerana seorang ibu.

Tersenyum saya melihat iklan itu. Indahnya jiwa seorang ibu ! Kepada semua para ibu terutama ibu kepada anak-anak saya, " SELAMAT HARI IBU !"

Saturday, May 08, 2010

Friday, May 07, 2010

Stress !!!


Wow...wow....AKU STRESS.....AKU STRESSSS.....STRESSSS!!

Mungkin itulah antara luahan akibat dari stress. Rasanya hari ini ramai manusia stress. Stress kerana pelbagai faktor.

Apakah stress ? Dalam bidang fizik membawa maksud regangan terhadap sesuatu sistem. Dalam konteks sel tubuh, stess merujuk kepada tindakbalas kimia akibat daripada proses perubahan stress dari luar. Jadi stress merujuk kepada manifestasi sistem minda tubuh yang boleh diramalkan akibat daripada stess dalaman dan laran yang sekiranya berlebihan boleh memudaratkan diri atau membawa penyakit.

Jenis stress : Stress jangka pendek (satu reaksi serta merta terhadap halangan) dan Stress jangka panjang (situasi yang berterusan).

Punca stress jangka pendek ialah kena marah, kemalangan, bising, kesesakan, kehilangan (cari kunci kereta tak jumpa atau terlupa cermin mata letak kat mana, rupanya tengah pakai-amboi stressnyaa!!), terasing, kelaparan, dicerca, ancaman bahaya dan jangkitan.

Punca Stress jangka panjang ialah kerja banyak bertimbun ada dateline pula tu, masalah interpersonal dan intrapersonal, terasing atau kesunyian, kewangan, silang budaya, perceraian dan seumpamanya.

Simptom stress. Pertama, kebimbangan luar biasa yang mana diri sentiasa dihantui perasaan tidak menentu, takut dan panik. Sering sakit kepala, sakit perut dan dada. Kedua, kemurungan yang mana berlaku gangguan selera makan, tidur dan konsentrasi. Ketiga, 'Post Traumatic' (PTSD) iaitu disebabkan deraan di luar norma manusia dan boleh menyebabkan bunuh diri.

Akhir sekali kesan stress boleh jadi terbentuk personaliti pemarah, kurang jaringan sosial, sakit jantung, angin ahmar, mudah dijangkiti (kurang sel darah putih), gastrointestial, diabetes, berat badan (naik atau turun), kesakitan (otot, sendi, belakang, migrane), gangguan tidur, kurang daya seks, kurang penumpuan dan daya ingatan, alahan (lelah,resdung dan sakit kepala).

Tuesday, May 04, 2010

Lantaklah dia !

Sebaik melangkah masuk ke bilik, belum sampai ke dalam, hanya baru di hadapan pintu, saya sudah merasakan mala petaka akan menimpa. Kepala mula terasa senak. Penglihatan mula berjerebu. Senyuman menjadi hambar dan tawar. Namun saya terus melangkah ke katil. Duduk, fikiran menjadi kacau dan tidak menentu arah !

Sejuk hawa dingin bagaikan tidak terasa, panas hati lebih menentu suhu diri. Saya bangun menghampiri pintu lantas menolak daun pintu dengan harapan ia menjadi isyarat yang seharusnya mudah difahami.

Hura-hara saya itu tidak menjadi satu isyarat kepada yang bodoh sombong. Sambil dia berdiri tangannya terjulur keluar tingkap mengepit rokok yang masih kelihatan berasap. Geram sungguh hati, nak kata bodoh...memang bodohlah! Dalam bilik hotel berhawa dingin pun merokok ?

Inilah spesis yang tiada adab dan disiplin diri. Dalam fikiran, saya merungut sendirian, "mati aku tinggal di sini 3 hari macam ni !".

Dengan tegas tapi masih lembut saya bersuara, " maaf sahabat, saya tak tahan bau asap rokok sahabat tu. Saya harap sahabat tidak merokok dalam bilik kita ni, mati saya 3 hari tinggal di sini!".

Dia agak terkejut dengan teguran saya, lantas bersegera mematikan asap rokoknya, sambil memohon 'maaf...maaf...maaf... berkali-kali !'. Saya hanya diam sambil tersenyum tawar. Tak kan tak reti-reti nak jadi pencandu rokok kat mana dan macam mana ...ikut dia je !

Sejak dari itu saya dapati room mate saya itu jarang berada di bilik saya kecuali waktu hendak tidur. Lantaklah dia !

Saya teringat kawan saya pernah berkata ,"Orang yang menghisap rokok tidak pernah memikirkan sensitiviti (terasa hati) orang yang tidak merokok, sedangkan orang tidak menghisap rokok seringkali memikirkan sensitiviti orang yang merokok. Nak tegur orang yang merokok pun takut terasa hati".

Saya tidak ....dalam keadaan nyawa saya terancam !!!

Monday, May 03, 2010

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali R.A


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, May 02, 2010

Rojak...rojak lagi !!

Rojak memang enak dimakan!

Rojak buah, rojak petis, rojak mee, rojak ayam, rojak India, rojak Singapura dan pelbagai lagi bangsa rojak. Cuma yang tiada didengari rojak bernama rojak Malaysia walaupun ada yang bernama rojak India, rojak Singapura !! Memang begitulah kita !

Kalau rojak enak di makan, namun bahasa rojak sangat menyakitkan ! Menjadi isu sudah 52 tahun tapi tetap begitu dan memilu !

Orang Melayu, pemimpin Melayu, Menteri-menteri Melayu kecuali Rais Yatim, Timbalan Menteri Melayu, Pentadbir Melayu, Pegawai melayu, Pengurus Melayu, lagilah CEO Melayu, artis Melayu tak usah cakap...semuanya tidak kisah berbahasa rojak (bahasa Melayu bergaul bahasa Inggeris)!

Sambil berbahasa rojak tidak berhenti-henti bercakap tentang usaha memajukan bangsa Melayu atau konon kehebatan bangsa Melayu! Dalam keadaan mabuk kemodenan, hilang atau pupus jati diri, konon hendak memperkasakan tamadun bangsa Melayu...tahi kucing !

Sedih...bahasa kaum lain terus kukuh menjulang tamadun budaya kaum, bahasa Melayu yang didokong oleh pemimpin yang berjiwa kerdil terus terperuk, terperosok dan terperap di paling bawah pentas dunia !!

Tiada bangsa Melayu yang mempunyai kuasa, memahami bahawa 'Bahasa Jiwa Bangsa' kecuali banyak berlabun, songar dan songel !

Nampaknya kemajuan mengkagumkan bagi pemimpin bangsa Melayu kerana ramai Melayu pandai ber-internet dan ber-FB dan macam-macam di maya. Kalau itu menjadi ukuran, orang asal ulu Amazon pun reti !

Benar...malu kita kepada Lee Lam Thye !!