Masalah besar yang kita hadapi dalam menjalani kehidupan, bukanlah kerana tidak mempunyai matlamat, sebaliknya kita mempunyai terlalu banyak matlamat, tetapi tanpa arah yang tepat. Kebanyakan kita tidak mempunyai arah yang pasti dalam hidup ini. Kita bergegas ke sana ke mari untuk cuba mendapatkan itu dan ini, tetapi kita lupa bahawa apabila kita terlalu banyak menumpukan perhatian terhadap semua perkara, kita sebenarnya tidak menumpukan perhatian terhadap apa-apa juga perkara pun.
Kita tidak mampu membuat semua perkara dalam hidup ini. Apa yang perlu kita lakukan ialah mengenal pasti matlamat yang benar-benar penting bagi kita. Berilah keutamaan kepadanya dan kemudian kejarlah ia dengan segala tenaga serta kepakaran yang mampu kita kuasai.
Tanamkan harapan yang ia akan menjelma dalam kehidupan kita. Nescaya ia akan menjadi kenyataan.
3 comments:
بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum,
Semoga ayahanda sentiasa berada di dlm keadaan baik hendak-Nya.
Selamat Hari Bapa, buat ayahanda.
Mengenali ayahanda adlh satu anugerah buat anakanda,meskipun hanya sekadar waktu shj.
Wassalam.
Assalamualaikum...
Selamat Hari bapa,Tahniah kerana dah konvo.Semuga jadi pendorong untuk anak didik terutama dismksr.
Anony 8:09pm,
Waalaikumsalam
Syukur setakat hari ini ayahanda sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. terima kasih di atas ucapan Hari Bapa dari anakanda. 2 baris terakhir anakanda itu membuatkan ayahanda tertanya sendirian siapakah anakanda ini atau yang mana satu anakanda ini? Anyway TQ!
Anony 12:56PM,
Waalaikumsalam,
Terima kasih di atas ucapan tersebut. Terima kasih juga di atas ucapan tahniah. Insya Allah harapannya semua itu mampu menjadi pendorong kepada anak-anak didik yang berfikir dan berwawasan sama ada di SMKSR mahupun di mana-mana!
Post a Comment