Wednesday, June 23, 2010

Bermulalah dengan kejayaan yang kecil.


Bagi mereka yang berjaya, setiap pencapaian, walaupun hanya kecil sahaja dijadikan motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Mereka menjadikan pencapaian yang kecil itu sebagai sesuatu yang amat dihargai untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Jadi untuk memperolehi motivasi dari dalam diri, mestilah ada pencapaian walaupun ia kecil sahaja. Ingat kata bijak pandai, "Yang sedikit akan menjadi banyak jika ada yang pertama".

Carilah kejayaan yang pertama. Syaratnya:

1. Jika berjaya, sentiasa ingati kejayaan itu walaupun kejayaan itu kecil sahaja. Anggap ia sebagai pendorong untuk kejayaan yang lebih besar.

2. Bila gagal, cari punca mengapa gagal dan pelajari punca itu untuk dijadikan panduan dan pedoman. Selepas itu lupakan sama sekali kegagalan yang dialami itu.

3. Jangan sekali-kali tersilap atau terbalik - kegagalan diingati, kejayaan walaupun kecil dilupakan!

2 comments:

Faris said...

Salam Li,
For your info, KPM sedang merancang untuk menempatkan guru-guru yg akan posting bulan Julai ini ke Sabah dan Sarawak kerana mereka terdiri daripada orang2 tempatan. Oleh itu tawaran akan diberikan kepada guru2 Semenanjung yang berada di pendalaman Sabah dan Sarawak untuk pulang ke Semenanjung. Anggaran seramai 650 orang guru dari Sabah dan hampir 200 orang dari Sarawak.
Kalau anak kau nak balik ke Semenanjung, pastikan dia ambil surat tawaran dan isi segera. Atau apa2 kau boleh hubungi aku. TK.

sazili said...

Salam Faris,

Thanks for the info. Aku akan hubungi anak aku untuk tujuan itu dan akur akan ikut apa keputusan dia; to stay or to come back to Semenanjung.

Apa-apapun terima kasih di atas maklumat penting ini. Tq Faris.