Thursday, March 04, 2010

La Tour de Langkawi melintasi SMK Seri Rompin

Konvoi La Tour de Langkawi melintasi SMK Seri Rompin lebih kurang pada pukul 11.15 pagi semalam.
Pelumba-pelumba mengayuh basikal melintasi kami hanya mengambil masa tidak sampai seminit sahaja tapi kami menunggu hampir satu jam.

Sebahagian pelajar yang menunggu seronok tengok kenderaan mewah dan motosikal berkuasa besar yang melintas di hadapan mereka satu demi satu.

Pelumba berkayuh di jalanraya, mereka melambai helikopter kat atas...huhuhu..!!

Pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan berada di tepi jalan kerana ada peperiksaan hanya mampu mengintai di tingkap kelas masing-masing. Haru-lah menjawab soalan !!

4 comments:

Faris said...

Wah, dah cantik jalan raya di Sembayan tu.

sazili said...

Haha...boleh tahanlah tapi yang tak tahannya kereta laju-laju kat depan ni. Nasib baik pelajar-pelajar tinggal di asrama.

Anonymous said...

salam...
Sir, nak tnya blh tak?
madam yat skrg ada dkt mana?

Aida Ali said...

Salam. Cuti sekolah pi mana, cikgu?