Fuh...lama juga tidak menulis. Sibuk dengan tugas-tugas di Perkhemahan Akademik Tingkatan 6 pada hujung minggu. Kemudian di celah-celah itu terpaksa membawa isteri ke sekolah barunya SK Keratong 1. Berkenalan dengan sekolah...'round-round' kawasan sekolah ! Fikir-fikir tentang rumah untuk dihuni di tempat baru tanpa meninggal terus rumah sendiri. Bermacam-macam berlegar di kepala.
Mencari rumah sewa di bandar Muadzam Shah nampaknya terlalu sukar. Rupanya, katanya selagi Politeknik Muadzam Shah tidak disiap, selagi itulah rumah sewa susah diperolehi di Muadzam Shah. Menelefon kawan-kawan di Muadzam Shah semua menjawab , susah dapat dan tidak ada!
Jadinya terpaksa kami menghuni di Keratong. Ingatkan kalau menghuni di bandar Muadzam Shah, boleh aku berulang ke Seri Rompin lebih kurang 80 km lebih dan isteriku berulang ke SK Keratong 1 sejauh 30km. Dengan cara ini rumah sendiri tidak akan ditinggalkan terus. Tapi apa boleh buat, akan berhijrah ke Keratonglah kami!
Hujung minggu lepas aku dan isteri sekali lagi ke Keratong untuk melihat apartmen hinggap kami di KIP Bandar Tun Razak Keratong bukan kat Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Tingkat Tiga, kira okeylah bolehlah kami eksesais sedikit sewaktu naik tangga. Tapi satu tandas di rumah itu masya Allah, bocor ! Yang tingkat atas-atas sana meleleh ke tingkat-tingkat bawah. Orang yang membuat apartmen guru ni dulu rasanya banyak makan duit haram...buatan yang tiada kualiti langsung! Nasib baik tandas yang satu lagi tu masih okay walaupun sudah kelihatan macam nak bocor. Tak apalah cikgu....duduklah dulu sementara mendapat rumah lain! Kata Tok Penghulu apartmen itu, itulah rumah terbaik yang masih kosong.
Dalam pada sibuk itu aku pula demam dan batuk-batuk. Malam susah nak tidur. Pergi ke klinik, doktor bertanya, "Muka U nampak letih, U ada kerja apa hujung minggu?".
Aku memberitahu tugasan perkhemahan dan pergerakan ke hulu ke hilir. " Saya bagi U cuti 2 hari, U rehat jangan buat apa-apa tahu!" arah doktor itu.
Heh...pucuk dicita ulam mendatang, memang aku nak rehat!
Minggu depan kena berulang dari Keratong ke Seri Rompin sejauh 120km.....mak tuan jauh ho!! Tapi aku perlu menemani isteri buat permulaan ini barang seminggu dua sebagai sokongan moral dalam keadaan dia perlu menyesuaikan diri sebagai Guru Besar di tempat baru dalam masyarakat FELDA yang baru baginya. Nampaknya di tempat baru ini aku perlu menjadi PR isteri seketika dengan persekitaran dan masyarakat di situ. Ini pun tugas kan? Urusan sekolah itu dia punya pasal, memang dia telah dilatih untuk itu...!
Petang ini kami sekali lagi perlu ke bandar Muadzam Shah untuk sambungan elektrik dan air di rumah baru. Kemudian hujung minggu ini penuh dengan jemputan kahwin dalam keadaan aku dan isteri juga bersiap-siap untuk majlis perkahwinan anak kami. Banyak juga kerja rupanya...huhuhu...bukan senang nak dapat menantu !
Perlu juga sekejap ke rumah baru di Keratong untuk kerja-kerja pembersihan. Fikirkan juga pasal boy-boy (gambar) macam mana kalau di tinggal di rumah nanti. Isteri aku cakap, "boy-boy kena bawa ke keratong!".
Nak bawa boy-boy ke Keratong ? Ikutlah...
Setakat ini aku bercerita....nanti kalau ada masa sambung balik.
7 comments:
Li,
Tahniah kepada Ani kerana akhirnya menyahut cabaran sebagai GB. Semoga keyakinan diri mengatasi rasa takut. Juga semoga kekuatan mental akan dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan mengurus manusia kerana mengurus program sekolah tiada masalah sangat tetapi mengurus manusia adalah suatu yang sukar.
Cadangan aku gunakan pendekatan autokratik dahulu, kemudian baru ke arah demokratik. Jika tidak susah nak kawal kerana guru-guru ni sentiasa nak menguji kita.
Selamat berhijrah ke Keratong. Anak2 dah besar dan ini tak menjadi masalah. Kalau kau nak tukar atau sampai masa Ani nak tukar, pergi jumpa Razali Mustafar atau Tajudin dan cakap nama aku minta tolong.
Have a nice day in Keratong.
Assalamualaikum Pak Su,
Tahniah untuk ucu Ani.Dah tiba masanya dia terima tugasan ini.Untuk Pak Su kene hati-hatila masa memandu.maklumlah melalui lebuh raya Kuantan Segamat.Semuga semuanya dilindungi Allah.
Faris,
Bagi pihak Ani dan diri aku sendiri sebagai suami mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah tu. Insya Allah akan aku sampaikan kepada Ani segala saranan engkau dan baru Ani telefon aku tadi mengadu 'pening kepala' dengan keadaan yang tidak bersistem di sana sini. Aku rasa aku tak tukarlah faris, cuma mungkin akan berulang dari keratong sahaja.Timbalan PPD pun dah berjanji akan timbang untuk balik tahun depan. Terima kasih di atas hasrat membantu dan jika aku ada keperluan tukar aku akan jumpa 2 pegawai itu. Buat masa ni biarlah kami rasa berhijrah dulu.
Anony 5.13pm.
Terima kasih.Insya Allah akan berhati-hati nati dalam perjalanan tapi bimbang jugak...bimbang babi...pagi-pagi!!!
Tahniah buat isteri cikgu. Relax, buat pelan-pelan.
Puan Aida,
Bagi pihak isteri saya ingin mengucapkan terima kasih puan.Dia pasti baca ucapan tahniah puan kerana dia selalu membaca blog ini.Nampaknya setakat hari ini dia masih relak dan tenang walaupun sudah ada perancangan teratur yang hendak dilakukan. Saya hanya memberi sokongan.
Assalammualaikum..Kalau ada info rumah untuk disewa boleh bgtau saya yg sedang mencari rumah sewa sekitar keratong@bndr tun razak..
Post a Comment