Wednesday, October 13, 2010

Kini aku tengok bas Ekpress pun aku dah takut...kecut perut !

Memang ajal maut di tangan Tuhan tetapi Tuhan tidak suruh menempah maut percuma!

Sudah berlaku kemalangan hingga mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 40 orang barulah sedar kononnya struktur bas tidak ikut Peraturan 66 (R66) PBB-Suruhanjaya Ekonomi Eropah-lah. Selagi tidak ada yang mati maka semuanya ikut peraturan? Bila dah ramai mati, baru tersedar ada yang tidak kena.

Apakah ini budaya pengurusan di Malaysia, negara kita yang tercinta ini? Sudah terhantuk baru tengadah ?

Itu, pergilah check semua bas ekpress yang ada! Mana yang tidak ikut semua peraturan tak kiralah peraturan 66 ke, 72 ke, 178, 2061 ke, tarik segera lesen operasi mereka. Bertindak segera! Jangan tunggu ada yang mati lagi baru berbunyi lagi ada yang tidak kena !

Aku yang tiada saudara mara terlibat ini pun dah rasa sakit hati, bagaimana pula dengan mereka yang saudara mereka menjadi mangsa? Tak cukup dengan datang jumpa bawa duit rm 1000 atau rm 2000 dengan mulut manis, "bersabarlah encik ya dengan musibah ini". Bas Ekspress terus menjadi kenderaan yang berbahaya ! Taik kucing betul !

Aku sangat yakin banyak bas ekspress yang sedang beroperasi di jalan raya hari ini memang banyak tidak mengikut standard antarabangsa atau peraturan dan undang-undang. Nak dibiarkan sampai bila lagi ? Tunggu ada yang mati lagi ?

Bagi aku kemalangan yang berlaku ini tetap salah syarikat bas ekpress itu, juga badan penguat kuasa kenderaan dan jalanraya. Syarikat gagal membudayakan perkhidmatan mereka dengan budaya " Bas Ekspres Selamat" sebaliknya yang diwujud "Bas Ekspress Maut". Ngeri tahu tak. Aku tengok bas ekspres pun aku kecut perut terutama apabila bas ekspress ikut belakang kereta aku...dekaatttt sangat! Kalau aku terbrek nak elak kera ke, kambing ke ...rasanya logik akal memang akan dibulldozed oleh bas ekpress yang kat belakang tu! Selalu macam tu.

Kalau bas ekpress 'memotong', bucu hadapan bas itu dekat sangat dengan belakang kereta yang 'di potong'. Buatlah terkena...tak ke terpelatun kenderaan kecil? Dah lah kalau kat lebuhraya bergegar kereta 'dipotong' bas ekpress. Ngeri !! Memanglah bas ekspress di Malaysia ni kebanyakannnya , Bas Ekspress Maut !. Tak percaya tengoklah dua tiga bulan lagi..kalau tak di pantau, dibudaya dan dikuatkuasakan peraturan dan hilang integriti pihak yang berkaitan , rasanya akan ada lagi yang mati 'percuma' dek kerana bas ekspress !


2 comments:

azhar said...

Salam Cikgu,

Apa yang saya bimbang ialah kesinambungan budaya bermusim di negara kita ini.Bila musim berita buang bayi, maka akan berturutanlah cerita yang hampir serupa berlaku disekitar kita, cerita tentang pemandu bas yang ditahan kerana dadah, juga akan berentetanlah cerita yang senada dengannya...cerita tentang orang yang dilapurkan hilang dan dibunuh, begitulah juga halnya...perhatikanlah, apabila ada sahaja cerita yang sensasi, akan ada turutan dan kesinambungannya. Apakah akhbar kita yang sengaja mensensasikan cerita sebegini atau sememangnya negara kita ini negara 'bermusim'..Semoga tiadalah lagi berita sedih sebegini dalam masa yang terdekat....Amin

sazili said...

Azhar,

Pada pendapat PokSu, soal sesuatu kejadian itu berlaku bermusim, mungkin satu kebetulan. Namun sebagai sebuah negara yang mahu mencapai tahap negara maju 2020, isu-isu integriti, ketelusan, standard kualiti, dan pemantauan sistematik menjadi suatu ciri yang munasabah ke arah mencapai tahap itu. Jika ini tidak berlaku kita sebenar lebih banak bermake-up dari merealitikan impian kita. Nampaknya sikap dan perangai kita yang sering membuat sesuatu dengan tidak mematuhi piawai, standard kualiti dan sambil lewa menjadi keadaan disekeliling kita semakin memburuk ! Wallahuaklam!