Wednesday, July 27, 2011

Rahsia paling besar kita


Rahsia paling besar yang tersimpan sejak zaman berzaman ialah kemampuan kita untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita. Kita bertanggungjawab dan mempunyai kawalan terhadapnya. Oleh itu, berilah arahan yang betul.

Peraturan yang terdapat dalam hidup ini termasuklah hukum mengenai keyakinan dan harapan. Yakinlah bahawa kuasa untuk mendapatkan apa yang kita inginkan terletak di dalam diri kita dan caranya ialah dengan mengarah dan mempunyai akses terhadap minda bawah sedar kita.

Ingatlah bahawa apabila kita mengubah pemikiran, kita sebenarnya mengubah nasib kita dan sekiranya kita benar-benar ingin agar hidup kita menjadi berlainan, kita perlu mengubah pemikiran kita serta tahap harapan kita.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,ini lain sikit tajuknya.Seiklhlas hati nak tanya ni :berapa masa dalam sehari seseorang guru boleh bertahan dlm P& P misalnya kelas bermula 7.45 dan berakhir 1.15?

cikgu Sazili said...

Anony 11.38pm

Waalaikumsalam. Soalan tuan/puan agak mengelirukan. 'Berapa masa' atau 'berapa lama'. Bagi saya kedua-dua itu berbeza!Yang mana satu yang dikehendaki.Umumnya soal bertahan itu, tidak timbul kepada para guru kerana masa yang diberikan kepada para guru telah ditetapkan peruntukannya untuk seminggu bergantung kepada bilangan guru yang ada di sekolah itu dan subjek apa yang diajar.Biasanya guru-guru PAI dan BI lebih banyak masa mengajarnya namun bagi subjek lain pun begitu jika ada masalah kekurangan guru. Jadi berdasarkan pengalaman, rasanya tidak pernah soal 'boleh bertahan' itu berbangkit dalam tugas P&P seorang guru!Wallahuaklam, itu yang mampu saya jawab!Harap untuk soalan seterusnya jika ada, tuan/puan kemukakan nama sebenar bukan anony lagi..ok!

Anonymous said...

ada cikgu yg jadi badak berendam...masuk kelas mengajar sambil duduk..kalau sakit atau dat tua tunggu masa nak pencen ...tak pe.... ni muda lagi..mengajar tak sampai 10 tahun dah buat laku tu....entahlah!!!!

Cikgu Sazili said...

Anony 1:29,

Mengenai guru mengajar sambil duduk tu, sebagai bukan orang pentadbiran susah saya nak jawb secara pentadbiran. Ianya berpunca dari banyak hal-hal yang berkisar kepada sikap, latihan dan pentadbiran itu sendiri. Tak dapat nak komen lebih, kerana bukan berkedudukan untuk komen lebih-lebih.

Namun sebagai seoran guru yang lahir dari latihan apa yang dipanggil latihan Bahagian Pendidikan Guru Maktab Perguruan, saya sendiri memang tidak gemar melihat keadaan itu berlaku kecualilah kepada guru-guru yang saat akhir megandung yang mungkin memerlukan duduk, agaknyalah. Tapi keadaan itu sebenarnya berpunca dari tidak memahami dan tidak aplikasi ilmu pedagogi yang ada di ajar semasa latihan dulu. Ini banyak berlaku di mana-mana sekolah dan saya tidak pelik kalau di masa-mas akan datang keadaan ini akan terus berlaku di sekolah-sekolah. Kenapa? Itu kita fikirkan lah sendiri! salah satu dari sebabnya ialah kerana pemilihan dan tahap latihan yang diperolehi oleh individu2 berkaitan.Wallahu aklam!