Nampaknya ramai yang bergembira di atas kejayaan mencapai impian belajar di Universiti. Ada yang berjaya mendapat kursus yang menjadi impian selama ini dan ada yang tidak.
Namun demikian perjuangan di alam persekolahan atau matrikulasi selama ini mungkin berbaloi bagi sebahagian pelajar dan tidak bagi sebahagian yang lain. Dua kumpulan pelajar ini sudah pasti mempunyai perasaan yang berbeza-beza. Ada yang terlalu gembira, ada yang bersyukur sahaja, ada yang tidak puas hati, ada yang terpaksa menerima, ada yang menyesali tidak mengikut nasihat cikgu dahulu dan berbagai-bagai.
Itu semua sudah berlalu. Lupakan sahaja. Apa yang penting hadapilah yang dianugerahkan dengan penuh keazaman, kecekalan, dan penuh minat. Segera letakkan matlamat baru berada di kampus universiti, jangan bermula dengan sikap syok sendiri yang tidak akan membawa ke mana-mana. Ingat persaingan di univeriti pada hari ini bukan lagi untuk lulus tetapi perlu mendapat keputsan yang cemerlang. Hanya keputusan cemerlang menjamin masa depan.
Kepada semua, tahniah dan bermulalah di semester pertama nanti dengan keputusan paling cemerlang jika tidak mahu terperangkap dikemudian hari. Selamat belajar di kampus!

1 comment:
Assalmualaikum pak Su,betul tidak semua impian menjadi kenyataan tapi anggaplah ia sebagai satu anugerah.Beruntung kerana masih diberi peluang untuk belajar walaupun dlm bidang yang baru bagi mereka.Hanya galakan,doa dari ibu bapa guru dan insan-insan yang tersayang mengiringi perjalanan mereka.Setiap Allah jadikan sesuatu tersembunyi pelbagai hikmah yang menanti.Insyaallah.
Post a Comment