Minggu ini para pelajar sedang sibuk dengan peperiksaan SPM dan STPM masing-masing. Takziah kepada keluarga seorang sahabat kita di Kelantan yang telah meninggal dunia sewaktu sedang menduduki peperiksaan SPM. Kita berdoa semoga arwah sahabat kita itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Alfatihah!
Kepada para pelajar diharap sentiasa bertenang sewaktu menduduki peperiksaan. Selama ini anda semua telah membuat persediaan yang terbaik, justru itu tugas anda dalam dewan atau bilik peperiksaan hanya buat yang terbaik yang anda mampu lakukan. Segala keputusan daripada usaha anda itu, serahkah sahaja kepada Allah SWT. Jangan lagi fikir yang bukan-bukan sehingga mendatangkan mudarat kepada diri anda sendiri.
Ingat, memang anda memerlukan keputusan yang cemerlang dalam SPM dan STPM tetapi anda perlu menginsafi realiti bahawa SPM dan STPM bukan segala-gala dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan masa depan anda. Apa yang penting anda perlu menjadi seorang yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri anda.
Dengan sebab itu jangan terlalu takut, panik dan fikir yang bukan-bukan mengenai apakah keputusan yang bakal anda terima nanti. Yakinlah anda mampu menjadi orang yang berjaya melalui banyak cara dan gaya asalkan cara itu sah dan halal.
Yang pasti anda hanya perlu buat sehabis baik dan terbaik setiap kali menjawab soalan peperiksaan!
1 comment:
Salaam Cikgu,
Saya mencari blog seorang furu dalam Google. Entah macam mana saya tertekan satu butang keluar blog cikgu ini.Saya mencari Profile page tak jumpa. Dari apa yang dapat baca saya berandaian ini blog seorang guru. Biarlah saya tinggalkan komen ini dan kalaulah cikgu ingin mengenal diri sila lah email - almanar@pd.jaring.my.
Yang menjadi lebih tertarik bila saya nampak pula tentang pucukpaku merah dan buat bubur lambuk. Ini diTerengganu, kata hati. Saya sendiri dengan isteri kenelukar mencari pucuk ini bila terasa hendak makan bubur lambuk!
Jadi- seprang cikgu di Terengganu adalah satu kemunkinan.
Buat kali ini saya berhenti dahulu.
Post a Comment