Saturday, July 28, 2012

Mutiara kata Umar Al-Khattab

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai orang lain, itulah lelaki yang sebenarnya.

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut.

Barang siapa menempatkan dirinya di tempat yang boleh menimbulkan prasangka, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya.

Barang siapa yang jernih hatinya akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.

Orang yang banyak ketawa itu, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya dan barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

No comments: