Thursday, October 20, 2011

Terus melangkah untuk mencapai matlamat

Dunia sekarang menuntut kepakaran. Ilmu pengetahuan berkembang pada kadar yang menjadikan tidak mungkin bagi kita untuk mempelajari dan menguasai pelbagai ilmu.

Pilihan yang kita ada di dunia yang mempunyai masa, tugas dan ilmu yang terhad ini ialah memberi tumpuan kepada apa yang menjadi keutamaan kita iaitu dengan memilih perkara-perkara yang paling penting ke arah merealitikan matlamat kita.

Kita menyalurkan semua masa yang kita ada kepada satu arah yang positif dan seterusnya menjadikannya matlamat kita. Berilah keutamaan kepada matlamat kita dan kemudian kita terus mengatur langkah demi langkah dengan keyakinan dan tanpa rasa takut untuk mencapainya dengan segala kemahiran yang kita miliki.

2 comments:

Aida Ali said...

Semuanya memerlukan kepada kesabaran dan pengalaman. Kadang-kadang kita silap membuat perhitungan tapi langkah perlu diteruskan walaupun sebak menghimpit..

Sazili said...

Benar puan,

Tidak mudah untuk sabar tapi sabar itulah tanda kuat. Sebak yang menghimpit adalah lumrah kepada manusia yang berperasaan cuma jangan tertewas dengan sebak kerana hidup ini perlu realistik dan perjalanan kita masih jauh!