Monday, October 31, 2011

Bagaimana kita menggunakan masa


Masa adalah kehidupan. Sekiranya kita tidak mampu menguasai masa, maka ia bererti kita tidak mampu menguasai kehidupan kita. Setelah kita menerima hakikat bahawa masa tidak boleh diurus tetapi hanya boleh digunakan, maka kita akan dapat menggunakan masa dengan lebih baik.

Fokuskan kepada hasil serta keberkesanan dan bukannya kepada proses dan kecekapan. Sekiranya kita sering menggunakan masa kita untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang maka kita telah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Keberkesanan bererti melakukan sesuatu kerja itu dengan tepat. kebanyakan kita sangat cekap melakukan kerja yang silap untuk diri sendiri.

Tidak kiralah bagaimana pendapat kita tentang pengurusan masa, isu sebenarnya ialah bagaimana kita menggunakan masa kita. Andainya kita selalu memberi tumpuan kepada menggunakannya bagi isu-isu yang paling penting untuk kita, maka kita menang. Sebaliknya, sekiranya kita memberi tumpuan kepada isu-isu yang tidak penting dan remeh, maka kita kalah!

2 comments:

Aida Ali said...

Salam Aidiladha

Cikgu Sazili said...

Terima kasih puan,

Semoga Aidil Adha tahun ini menguatkan terus keazaman kita untuk melakukan yang terbaik dalam kerjaya dan kehidupan ini. Insya Allah!