Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan penigkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc datuh tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya.
Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama peningkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.
Impak Rumah Hijau:
# Kenaikan suhu bumi.
# Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh dan lain-lain)
# Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global.
# Kemarau.
# Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera.
# Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
# Penipisan lapisan ozon.
Dalam hal ini manusia harus banyak muhabah diri terhadap setiap perlakuan mereka dalam mengurus alam yang diamanahkan ini. Sehubungan
itu, Allah memberi peringatan kepada manusia melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah
kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia,
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan
buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Berkenaan
tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai
pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).
Antara ketamakan nafsu dan keinsafan jiwa yang mana menjadi pilihan ?
No comments:
Post a Comment