
Keadaan yang sebaliknya juga telah terbukti kebenarannya iaitu sekiranya setiap hari dalam hidup ini kita menghadapi kegagalan maka minda bawah sedar kita akan menerima keadaan itu sebagai apa yang kita mahu amalkan dalam hidup ini dan oleh itu kegagalan akan menjadi cara hidup kita.
Kejayaan dan kegagalan hanya muncul melalui permikiran kegagalan atau pemikiran berjaya. Oleh yang demikian kita perlu menerima hakikat bahawa mereka yang sering mendapat kejayaan adalah terdiri daripada mereka yang berjaya mendisiplinkan minda mereka untuk sentiasa berfikir tentang kejayaan.
2 comments:
Biarpun kita tak berjaya, disiplin tetap perlu kita amalkan
Betul sangat puan lagipun mengamalkan disiplin itu sendiri sudah merupakan kejayaan.
Post a Comment