Tuesday, June 29, 2010

Kes jenayah membabitkan murid dan pelajar membimbangkan

Mengikut laporan akhbar hari ini, statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini (Januari-April), kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam:

1. 18 kes bunuh.
2. 198 kes rogol.
3. 2 kes rompak berkumpulan bersenjata api.
4. 185 rompak berkumpulan tanpa senjata.
5. 19 rompakan.
6. 141 kes mendatangkan kecederaan.
7. 382 kes kecurian.
8. 558 curi motosikal.
9. 26 curi kenderaan sewlain motosikal.
10. 28 kes ragut.
11. 17 kes pecah rumah siang hari.
12. kes pecah rumah malam hari.

Menurut laporan akhbat berkenaan, secara keseluruhannya, mereka yang berusia 7 hingga 18 tahun terlibat dalam 1817 kes jenayah dengan 6o4 daripadanya adalah MURID DAN PELAJAR SEKOLAH sepanjang Januari hingga April tahun 2010 ini berbanding 1343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun 2009 lalu.

Dari jumlah itu:

1. 5o kes membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
2.507 kes membabitkan pelajar 13 hingga 15 tahun.
3. 1360 kes 16 hingga 18 tahun.
4. 42 kes membabitkan pelajar perempuan.

Pandangan untuk membendung jenayah kanak-kanak dan remaja oleh TKPN Tan Sri Ismail Omar, polis memerlukan bantuan:

1. Ibubapa.
2. PENTADBIRAN SEKOLAH.
3. Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perangkaan itu memberi isyarat betapa seriusnya masalah sosial dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Pandangan Lee Lam Thye, "faktor utama yang mendorong peningkatan kadar jenayah dan salah laku remaja ialah kurangnya pengawasan dan pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan aktiviti anak, selain pengaruh filem, televisyen dan internet."

ISUnya di sini ialah: MEWUJUDKAN peranan berkesan ibubapa dan pemantauan ibubapa. Siapakah yang hendak menyedar dan MENDIDIK ibubapa agar tahu dan MAMPU menjalankan peranan keibubapaannya itu? Atau kita akan terus melahirkan ibubapa yang perlu tahu sendiri untuk MAMPU MENJADI IBU BAPA YANG BERKESAN ? Apakah Sistem Pendidikan kita yang serupa ini mampu membentuk bakal ibubapa yang mampu menjadi ibubapa yang berkesan atau kita akan terus menyanyi lagu " Bangau oh Bangau"?

No comments: