Tuesday, June 29, 2010

Kes jenayah membabitkan murid dan pelajar membimbangkan

Mengikut laporan akhbar hari ini, statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini (Januari-April), kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam:

1. 18 kes bunuh.
2. 198 kes rogol.
3. 2 kes rompak berkumpulan bersenjata api.
4. 185 rompak berkumpulan tanpa senjata.
5. 19 rompakan.
6. 141 kes mendatangkan kecederaan.
7. 382 kes kecurian.
8. 558 curi motosikal.
9. 26 curi kenderaan sewlain motosikal.
10. 28 kes ragut.
11. 17 kes pecah rumah siang hari.
12. kes pecah rumah malam hari.

Menurut laporan akhbat berkenaan, secara keseluruhannya, mereka yang berusia 7 hingga 18 tahun terlibat dalam 1817 kes jenayah dengan 6o4 daripadanya adalah MURID DAN PELAJAR SEKOLAH sepanjang Januari hingga April tahun 2010 ini berbanding 1343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun 2009 lalu.

Dari jumlah itu:

1. 5o kes membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
2.507 kes membabitkan pelajar 13 hingga 15 tahun.
3. 1360 kes 16 hingga 18 tahun.
4. 42 kes membabitkan pelajar perempuan.

Pandangan untuk membendung jenayah kanak-kanak dan remaja oleh TKPN Tan Sri Ismail Omar, polis memerlukan bantuan:

1. Ibubapa.
2. PENTADBIRAN SEKOLAH.
3. Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perangkaan itu memberi isyarat betapa seriusnya masalah sosial dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Pandangan Lee Lam Thye, "faktor utama yang mendorong peningkatan kadar jenayah dan salah laku remaja ialah kurangnya pengawasan dan pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan aktiviti anak, selain pengaruh filem, televisyen dan internet."

ISUnya di sini ialah: MEWUJUDKAN peranan berkesan ibubapa dan pemantauan ibubapa. Siapakah yang hendak menyedar dan MENDIDIK ibubapa agar tahu dan MAMPU menjalankan peranan keibubapaannya itu? Atau kita akan terus melahirkan ibubapa yang perlu tahu sendiri untuk MAMPU MENJADI IBU BAPA YANG BERKESAN ? Apakah Sistem Pendidikan kita yang serupa ini mampu membentuk bakal ibubapa yang mampu menjadi ibubapa yang berkesan atau kita akan terus menyanyi lagu " Bangau oh Bangau"?

Friday, June 25, 2010

32 kunci kejayaan.


1. Bina visi yang jelas.
2. Tinggalkan ruang keselesaan.
3. Rancang kerja
4. Ganjakkan matlamat hidup.
5. Fikirkan yang positif tentang diri.
6. Katakan tidak jika perlu.
7. Berbicara dengan diri.
8. Gunakan imajinasi.
9. Jadi Insan yang takwa.
10.Terima kekuatan dan kelemahan.
11. Bergaul dengan rakan yang berjaya.
12. Terima masalah dengan hati terbuka.
13. Jangan berhenti mencuba.
14. Jadikan masalah sebagai cabaran.
15. Belajar melakukan sumbangsaran kepada diri.
16. Sentiasa terkehadapan.
17. Gantikan kegemaran bersifat negatif kepada yang positif.
18. Jangan malu meminta bantuan.
19. Tunaikan janji kepada diri dan orang lain.
20. Lihat ke dalam diri.
21. Lakukan perubahan secara perlahan.
22. Jadikan diri sebagai agen perubahan.
23. Permudahkan segala masalah.
24. Kuatkan tujuan hidup.
25. Jangan puas dengan apa yang ada.
26. Jangan berlengah dan bertangguh kerja.
27. Jadilah seorang yang suka berjaya.
28. Raikan diri apabila berjaya.
29. Nyatakan fikiran dan perasaan.
30. Cari jawapan kepada setiap persoalan.
31. Nilaikan jawapan kepada setiap persoalan.
32. Hargai diri anda.

Wednesday, June 23, 2010

Bermulalah dengan kejayaan yang kecil.


Bagi mereka yang berjaya, setiap pencapaian, walaupun hanya kecil sahaja dijadikan motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Mereka menjadikan pencapaian yang kecil itu sebagai sesuatu yang amat dihargai untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Jadi untuk memperolehi motivasi dari dalam diri, mestilah ada pencapaian walaupun ia kecil sahaja. Ingat kata bijak pandai, "Yang sedikit akan menjadi banyak jika ada yang pertama".

Carilah kejayaan yang pertama. Syaratnya:

1. Jika berjaya, sentiasa ingati kejayaan itu walaupun kejayaan itu kecil sahaja. Anggap ia sebagai pendorong untuk kejayaan yang lebih besar.

2. Bila gagal, cari punca mengapa gagal dan pelajari punca itu untuk dijadikan panduan dan pedoman. Selepas itu lupakan sama sekali kegagalan yang dialami itu.

3. Jangan sekali-kali tersilap atau terbalik - kegagalan diingati, kejayaan walaupun kecil dilupakan!

Monday, June 21, 2010

Memototong konvoi motorsikal besar cukup mengelirukan.


Malam Sabtu yang lalu saya diundang berceramah di Masjid Al-Bukhari Nurul Aman Batu 11 Kuantan. Pagi Ahad pula saya menghadiri mesyuarat Koperasi Guru Pahang Timur di Stadium tertutup SUKPA Kuantan. Selesai mesyuarat saya bersama isteri terus bersegera bertolak pulang ke Rompin kerana lebih kurang pukul 5 perlu pula hantar anak pulang ke asrama.(Gambar sebagai hiasan)

Dalam perjalanan pulang ke Rompin, kami terserempak dengan sekumpulan konvoi motorsikal besar. Nampak dari nombor plat macam semua mereka dari Singapura. Mereka berkonvoi agak perlahan dalam 80 km sejam. Dalam banyak-banyak motosikal itu ada juga dari jenis apa yang dipanggil 'easy rider'.

Tak kisahlah mereka berkonvoi dengan motosikal apapun, cuma yang meruntun emosi marah dan kecewa saya terhadap pasukan konvoi tersebut ialah sikap segelintir penunggang-penunggang motosikal besar ini. Mereka berkonvoi panjang dan menunggang agak perlahan maka takkanlah mereka mahu kita yang memandu kereta biasa ini berjujukkan mengekori mereka sepanjang-panjang perjalanan itu. Yang kononnya si marshal itu pulak apa kuasa mereka seperti tidak mahu bagi ruang kepada kenderaan yang hendak memotong. Menunggang betul-betul atas line putih. Binawe betul !

Apabila saya hendak memotong mereka, saya tidak boleh memotong sekaligus semua motorsikal besar itu kerana banyak kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Apabila saya cuba masuk dicelah-celah konvoi mereka kerana kereta di hadapan bagi lampu, seorang dari penunggang itu tidak benarkan saya masuk. Inikah peraturannya bila berkonvoi motorsikal besar? Besar kepalalah macam tu !

Apabila saya sudah tersepit saya terpaksa menghempit dia jugak. Dia mula marah! Kalau dia memberi saya ruang apa masalahnya, bukannya lama saya berada dalam konvoi itu, tak ingin saya..! Tapi bukan itu yang berlaku sebaliknya dia tetap besar kepala macam motorsikal dia jugak. Saya tidak ambil peduli akan sikap dia itu kerana saya terpaksa masuk jugak mencelah dalam konvoi yang agak panjang itu. Yang saya tahu motorsikal besar dia bertayar dua dan kereta saya bertayar empat... terserah kepada dia! Yang penting kereta saya terselamat dari bergeser dengan kereta dari arah bertentangan.

Pengalaman kawan saya seorang ustaz yang memotong konvoi motorsikal besar dengan keretanya kerana perlu cepat bukan bertujuan hendak berlumba dengan mereka telah di potong balik oleh konvoi tersebut dan menunggang motorsikal mereka dihadapan kereta kawan saya itu. Apa makna ini kalau bukan berlagak dan sombong ?

Pada pandangan saya, mereka yang berkonvoi motosikal besar atau kecil perlu memberi laluan kepada kenderaan lain untuk mememotong dengan mudah. Kalau hendak laju biar laju betul pecutlah laju manapun kerana motorsikal kamu besar, jangan sampai mengganggu, menyusahkan dan membahayakan pemandu-pemandu kenderaan lain.

Sebenarnya saya sering rasa gerun dan kecut perut bila hendak memotong dan dipotong oleh konvoi mereka yang bergerak perlahan kerana susah dan mengelirukan!

Friday, June 18, 2010

Secebis perjalanan semalam....

Hari ini Jumaat 18 Jun 2010 bersamaan 5 Rejab 1431. Sudah semakin hampir sessi persekolahan Penggal Kedua akan dibuka semula. Ada yang dibuka hari Ahad dan ada hari Isnin. Para pelajar yang masih belum siap banyak tugasan pembelajaran yang guru-guru berikan tempoh hari perlu bersegera untuk menyiapkannya. Jika tidak kelancaran proses pembelajaran di asrama dan di sekolah nanti akan terganggu. Dan peperiksaan semakin hampir.

Semalam saya bersama isteri sempat ke Kuantan selepas menghantar anak sulong untuk pulang ke Sabah. Kembali ke Sabah untuk meneruskan tugas mendidik di sana. Sampai di Kuantan tengah hari dan singgah sebentar di Tanjung Lumpur untuk makan sata dan pelbagai jenis kuih tradisional yang teragak nak dimakan. Di gerai yang ramai orang itu banyak sungguh kuih muih antaranya kuih koci, akok, kuih bakar, bengker, baulu, tepung talam, tepung bungkus, pulut manis, tepung kapur, pak aji serban, lompat tikam, buah melaka (tapi orang tg lumpur buat), dodol, sagu gumpal, dan macam-macam....semuanya nampak menyelerakan dan jugaksemuanya bagus untuk di buat 'ubat'....ubat kencing manis...huhuhu...

Bertolak dari gerai itu kami terus ke LHDN Kuantan kerana kami belum hantar lagi borang taksiran cukai 2009. Sampai di sana terus kami jumpa pegawai yang bertugas dan berhasrat mahu menyempurnakan urusan online taksisan kami. Dengan dibimbing oleh seorang pegawai di situ dalam masa 15 minit kerja kami selesai. Dari situ kami terus ke CIMB Bank untuk membuat pembayaran cukai terbabit.

Dari bank kami terus ke masjid dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pasaraya Bermajujaya. Entah kenapa isteri saya suka sangat membeli di situ kalau kami ke Kuantan. Dalam pasaraya itu jenuh pula saya menunggu kerana isteri sempat bersembang dengan kawan lamanya Cikgu Rohani Somdar yang ditemuinya di situ. Alahai boleh tahan lama bersembangnya...

Selepas membeli tapi tidak sampai membelah di Bermajujaya kami terus pulang tapi singgah pulak sekejap di Pekan untuk menikmati Cendol Hameed di tepi jalan tu. Nampak orang ramai di situ maka singgah jugaklah !

Kami sampai lebih kurang pukul 7 malam.

Itulah cerita semalam dan pagi ini saya sempat membaca sebuah buku yang berjodol "365 Tip Sihat Gaya Rasulullah' tulisan Dr Mohammad Ali Toha. Antara yang seharusnya menjadi renungan semua terutama yang berselera makan ialah antara tulisan dalam buku itu ...:

"Nabi SAW berkata," Perut adalah tempat letaknya penyakit dan menahan nafsu daripada makan berlebihan adalah asas perubatan. Maka jadikanlah ini kebiasaanmu".

Tuesday, June 15, 2010

TEPUNG TALAANGG....TEPUNG TALAANNGG !!


Petang semalam, sambil memandu di 'bandaraya' Kuala Rompin bersama isteri, saya terlihat sebuah gerai yang rasanya, nampak dari jauh macam gerai jual kuih. Saya bertanya kepada isteri, " jual apa tu?".

"Kuih" jawab isteri ringkas.

"Kuih apa agaknya?", tanya saya lagi.

"Macam-macam kuih ada, lompat tikam, bubur kacang, tepung talam, kalau abang nak, singgah je beli," jawab isteri.

Mendengar cadangan itu sayapun kelilinglah 'bandaraya' Rompin ini untuk kembali ke gerai kuih itu. Maka sesampai di hadapan gerai, isteri saya turun membeli dua tiga jenis kuih antaranya tepung talam.

Balik ke rumah saya pun makanlah tepung talam. Lama tak makan tepung talam. Sedap jugak ...tapi tak cukup sebab... ek eleh, sikit sangat seringgit separuh bekas plastik kecil je.

Waktu itu saya teringat akan arwah mak saya dulu. Arwah mak kerap buat kuih ni dan dia buat dalam bekas yang dipanggil loyang. Eerm...kalau anak-anaknya makan seloyang hingga menjilat jari. Nampaknya sedap yang dibeli tidak sesedap yang dibuat sendiri apatah lagi dari hasil air tangan seorang ibu.

Tepung talaaang....tepung talaang ! Tepung talaaang...tepung talaaang !!

Masa kecil-lecil dahulu terdengar kuih itu dilagukan oleh makcik yang menjajanya di kampung saya.

Thursday, June 10, 2010

Rahsia keperibadian di sebalik Email seseorang


Guna Nama Penuh:

Sekiranya dia menggunakan nama alamat email dengan nama penuhnya, contohnya sakura_alias@gmail.com., ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya !

Nama Depan dan Tengah:

Contoh: Ahmad Abdullah Sani. Dia menggunakan alamat emailnya sebagai Ahmad Abdullah@yahoo.com, iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama dan Tahun:

Contoh: Siti2010@gmail.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini (kalau nak ajak kahwin...heh...lambat, banyak songeynya..). Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia menunjukkanpegangan yang mudah berubah-rubah.

Nama Samaran:

Huhuhu....ramai yang suka buat email guna nama samaran. Contohnya, jerangkonggirz @yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khayalan sehingga kadangkala menyusahkan malah menakutkan orang lain. Namun dia disukai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri atau setidak-tidaknya boleh menjadi partner kepada raja lawak ...!!

Nombor dan Abjad:

Contoh: WNK9789@yahoo.com. Nama diwakili nombor dan abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak....kirim salam...!!

Thursday, June 03, 2010

Musnahkan rejim Zionis Yahudi dan yang bersekongkol dengan rejim laknatullah itu .



Bahasa apa yang kita hendak gunakan kepada bangsa ini ? Bahasa apa? Mereka tidak kenal perdamaian, mereka tidak kenal pertimbangan dan mereka tidak kenal perundingan, mereka tidak kenal erti kemanusiaan. Bagi mereka bangsa lain lebih hina dari seekor anjing justru boleh diperlaku dan dibunuh sesuka hati. Itulah rejim ganas kejam zionis Israel.

Konvoi kemanusiaan Gaza hanyalah konvoi orang awam yang mewakili ihsan penduduk antarabangsa membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang dikepung selama 3 tahun oleh rejim laknat itu dengan sekongkol sebuah negara sekular yang dipimpin oleh pemimpin yang jahat negara Mesir. Konvoi itu dilanun dan diperang oleh komando rejim laknat Israel itu tanpa hati perut.

Mengetahui pengalaman dahsyat dan ngeri yang diceritakan oleh Ashwad wartawan Astro Awani dan Dr Syed seorang doktor dalam konvoi ini dan yang lain-lain yang berada di kapal Mavi Marmara, membuktikan bahawa bangsa rejim Zionis Israel ini memang jahat. Justru itu sebarang apa hubungan negara Malaysia dengan apa-apa yang ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan rejim laknat ini wajib ditamatkan. Jika tidak tidak ada ertinya kita berdemonstrasi, tidak ada ertinya kita mengutuk di parlimen dan tidak ada ertinya kita memaki-hamun rejim laknat ini.

Kita rakyat Malaysia wajar terus-terusan menyatakan pendirian dan meluahkan kutukan dan kecaman serta melakukan pelbagai cara yang kita mampu untuk bersama-sama penduduk dunia mengutuk rejim laknat Israel dan memohon Allah Yang Maha Besar memusnahkan rejim laknat ini dan menyelamatkan sebuah lagi kapal konvoi bantuan kemanusiaan kapal Rachel Corrie yang sedang menuju ke Gaza serta menyelamatkan penduduk Gaza dari kepungan laknat Yahudi Israel.

Kita juga wajar memohon agar Allah memusnahkan pemimpin Mesir yang celaka yang menutup sempadan dengan Gaza bagi bersekongkol menjayakan kejahatan dan kezaliman rejim Yahudi Laknatullah itu. Pembukaan sempadan Mesir-Gaza yang selama ini ditutup rapat, hanya lakunan politik Mesir yang mana lakunan itu boleh dihentikan bila-bila masa.

Musnahkan Rejim Ganas Yahudi Israel dan yang bersekongkol dengan laknat itu !