
Sabda Rasulullah SAW bermaksud " Tiap-tiap kamu adalah ketua, dan tiap-tiap kamu akan disoal dengan apa yang kamu jaga", memberi maklum kepada ayah-ayah bahawa ayah-ayah tiada tempat untuk mengelak dari disoal terhadap apa yang berlaku kepada anak-anaknya sewaktu hidup di dunia ini. Sesungguhnya antara tanggungjawab utama seorang ayah ialah 'menjaga' anak-anak !
Bayangkanlah, jika ayah-ayah bersibuk dengan urusan dunia semata-mata, sehingga lupa mengurus keluarga dan anak-anak, akan terbentuklah sebuah Institusi Keluarga yang pincang yang begitu banyak kedapatan hari ini.
Ingatlah firman Alah SWT dalam Surah at-Tahrim:6 yang bermaksud," Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...".
Semoga kita semua akan terus menjadi Ayah pemangkin kecemerlangan anak-anak. Selamat Hari Ayah !
No comments:
Post a Comment