
Mencuba! Aah...boring, asyik terlanggar tembuk dan kereta berputar. Terasa membuang masa. Tapi bagi anak-anak zaman sekarang itulah permainan mereka. Duduk dan mengadap komputer yang hanya jari jemari halus sahaja yang bergerak.
Teringat saya zaman kanak-kanak dahulu. Kalau hendak main kereta lumba, pasti akan cari tong drum ( orang kampung saya panggil 'tong leger' ). Naik atas tong itu dan gerakkannya. Berlumba tu ! Kalau tak ada tong drum, akan cari rel basikal, berlumba juga.
Dan yang paling seronok ialah lumba upih pinang. Orang yang duduk atas upih bergeleke'k suka. Orang yang tarik upih, hah engkau, lelah tercungap. Tapi bergilir, pusingan kedua, orang yang duduk pula yang tarik

Pendek kata permainan kanak-kanak zaman dahulu memang bagus sebagai satu bentuk senaman berbanding permainan kanak-kanak hari ini yang duduk sehari suntuk mengadap komputer.
4 comments:
Kalau nak tengok banyak pokok pinang jemput ler datang ke sekolah saya, SK Parit Pinang Seribu yang terletak di Kampung Parit Pinang Seribu, Muar... hehe. Di sepanjang jalan masuk kampung, di tepi parit ditanam berbaris pokok pinang, tidak ler sampai seribu batang tapi banyak ler jugak...
Cikgu Nordin di SMA Rompin tu saya tak kenal. Mungkin masa dia masuk saya dah takde. Guru BI, Cikgu Norizan rasa2nya masih ada dan kami saing mula mengajar di situ.
Salam perkenalan diterima moga dapat bersua muka!
Cikguyusof,
Bagus maklumat cikgu bagi ni. Sekurang-kurangnya kalau pupus pokok pinang nanti, ramai budak-budak sekolah buat lawatan ke Kg Parit Pinang Seribu.
Tertanya-tanya juga saya, asalnya tu, seribu batang pokok pinang ke, seribu pinang pada sepohon pinang ke, seribu ringgit harga sepohon ke, atau ada sebiji pinang harga seribu ?
Cikgu sazili, cerita yg sering saya dengar dan agak sahih ialah terdapat sebatang pokok pinang yg buahnya berjumlah seribu biji. Tapi jangan nak cuba mencarinya sekarang, memang tidak akan berjumpa... malah sekarang ni banyak pulak pokok pinang yg tidak berbuah langsung!.... hehehe
Gambar upih rupanya tu. Ingatkan gambar sotong kering.
Post a Comment