Sunday, November 30, 2008

Renungan Sejenak

Pagi tadi selepas bersarapan, saya terbaca satu rencana dalam Mingguan Wasilah keluaran beberapa minggu yang lalu. Tulisan untuk menjadi renungan cukup menarik sekali antaranya saya petik kembali:

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan hawa nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita membuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana kita dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita ada dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada tanyakan iman.

Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang yang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak sahaja berjaya sampai ke mercu.

Saturday, November 29, 2008

Baby Hana

Malam tadi lebih kurang pukul 11.45 malam, sedang saya asyik membaca buku-buku di bilik study saya, tersentak saya kerana ada sms masuk. Serta-merta saya membaca sms tersebut "Salam Sazili. Kau bz k? Ada kt mane? Baby Hana ni dmm, dh 4 klinik blm sembuh lg. Ingtkan nk mntk tlg buat air penawar. Blh ke ?". Sms dari sahabat lama Rusyati.
Termenung juga saya memikirkannya. Teruk agaknya baby Hana tu demam, mesti suhu badannya terlampau tinggi. Kalau tidak tak kanlah ibunya sms minta tolong. Tanpa fikir panjang saya segera mengambil wudhu dan mula berdoa kepada Allah agar menyembuhkan baby Hana yang comel, yang belum setahun usianya.


Baby Hana adalah anak sahabat baik saya Cikgu Rosli dan isterinya Cikgu Rusyati Manas. Mereka kini mengajar di Kelantan dan dulu sama-sama mengajar di SMK Seri Rompin. Di Seri Rompin dulu, Cikgu Rosli di panggil walid oleh pelajar-pelajar manakala Cikgu Rusyati di panggil Madam Yat. Baby Hana dilahirkan di Hirosima Jepun ketika ibunya melanjutkan pelajaran di sana dan baru sahaja pulang ke tanah air. Mereka berada di Rompin hanya seketika kerana menziarahi rumah kepunyaan mereka yang tidak sempat mereka duduk lama kerana Yat berangkat ke Jepun dan Rosli pindah ke Kelantan.


Setelah siap semuanya saya telefon Rusyati bertanya keadaan Baby Hana dan perlukah saya hantar air tawar itu malam ini. Kalau perlu saya akan hantar walaupun jarak rumah ialah lebih kurang 15 kilometer. Yat kata tak payah, hantar pagi esok sahaja. Malam ni katanya, dia dan suami akan jaga supaya suhu badan Baby Hana tidak terlalu panas.


Sebenarnya saya tidak pandai apa-apa, kerana bukan bomoh atau dukun pun. Tapi kerap juga saya diterjah dengan permintaan kecemasan seperti itu yang saya tidak tergamak hendak menolaknya. Tergamakkah saya menolak dari berikhtiar apabila diminta tolong oleh ibubapanya dan apabila membayangkan baby Hana yang pernah saya timang, dukung dan begitu manja dengan saya ? Prinsip saya mudah sahaja, memohon doa kepada Allah dengan seikhlas hati adalah jampi yang paling mustajab sekali.


Sewaktu saya menghantar air penawar bersama isteri ke rumah Rosli dan Yat tadi, baby Hana begitu manja dengan isteri saya. Suhu badannya siang tadi nampaknya sudah semakin turun. Malam ini saya tidak pasti kerana baby Hana bersama ibu dan walidnya berada di Kuala Lumpur. Semoga baby Hana cepat sembuh, Amin Ya Allah.

Kenduri

Malam tadi menghadiri kenduri, dihidangkan laksa. Berselera juga makan laksa. Tuan Haji Mokhtar yang makan sehidang dengan saya, begitu berselera sekali. Melihat dia meramas-ramas dan mengaul laksa dengan sambal lada, belacan dan garam yang penuh kuah lemak cukup menghiburkan. "Ini makanan kegemaran saya ni " kata Tn Hj Mokhtar tak payah ditanya.

"Payahlah orang keturunan Trengganu tak suka laksa" usik saya.

Tn Hj Mokhtar dan Ahmad De kawan sedarjah saya tak kisah orang kiri kanan lagi, terus meramas-ramas laksa dalam pinggannya. Saya makan juga dan suka juga makan laksa, tetapi di rumah kenduri orang, saya menggunakan sudu segan nak guna tangan. Lagi pun ada disediakan sudu.

"Heh...orang tak kata makan laksa kalau guna sudu", perli Tn Hj Mokhtar.

"A'ah!" bersetuju Ahmad De dengan Hj Mokhtar. Saya tidak mengulas apa-apa, terus makan sambil mendengar usikan mereka yang menghiburkan.

Saya juga sempat melihat Tok Bilal Zoher sebelah Ahmad De, siap menghirup kuah lagi. Tn Hj Mokhtar nampaknya menambah lagi. Wau.... berselera sungguh. Saya bimbang juga melihat Tn Hj Mokhtar makan, maklumlah usia dia sudah hampir 80 tahun. Lagipun baru sebentar sebelum masuk ke rumah dia merungut seminggu tak dapat datang ke masjid kerana sakit-sakit badan dan sendi.

"Beringat sekit (maksud saya kesihatan dia) " usik saya kepada Tn Hj Mokhtar.

"Masa ada selera cikgu, rasa nak makan, makan ! Esok tak ada selera, pakai tengok orang makan je lah" begitu prinsip Tn Hj Mokhtar.

Tok Penghulu yang duduk sebelah kiri saya sehidang dengan Tuan Imam, kelihatan berhenti awal. Agaknya Tok Penghulu tidak berapa gemar makan laksa. Agaknyalah !

"Tambah lagi Tok Penghulu" pelawa saya.

"Cukuplah cikgu, kenyang dah".

Begitulah orang kampung saya kalau dengan laksa. Kebanyakannya memang gemar makan laksa. Tambah pula memang jarang orang buat kenduri menghidang laksa. Mungkin tuan rumah mahu alih rasa dan cara. Agak-agaknya laksa memang makanan kegemaran orang pantai timur kerana kelihatannya semua berselera.

Begitulah kenduri laksa yang saya hadiri malam tadi.

Hari ini, baru sebentar tadi saya bersama isteri baru balik dari 2 jemputan kenduri kahwin. Di rumah pertama berjumpa dengan sayur lemak nangka, ikan masin dan sambal belacan ada pula beranika ulam. Lauk ayam dan daging tolak tepi.

Di rumah kedua berjumpa pula dengan acar umbut kelapa, kus semangat..sedap ! Kalau ikut hati makin berselera makan tapi kena kawal. Bimbang pula darah naik ! Selepas juadah utama, ada pula disediakan bubur kacang !! Wau....padanlah orang Malaysia ramai yang mati kerana makan.
Darah tinggi, kencing manis, lemah jantung semua ada.

Tapi hendak buat macam mana, itulah budaya kita dan kitalah kena kawal kita sendiri. Demikian kisah kenduri.

Friday, November 28, 2008

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

Seluruh warga SMK Seri Rompin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail. Al-fatihah.

Seperti dilaporkan oleh mStar Online:

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama, hari ini. Difahamkan Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alimuddin berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang. Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.

Sementara itu, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.

"Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi," katanya. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pula berkata kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.

"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.

Nostalgia SMK Seri Rompin 2002


Semalam saya hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan mentee saya yang telah tamat SPM mereka dan akan meninggalkan sekolah ini jika tidak ke Tingkatan Enam dalam bulan Mei 2009 nanti. Pontensi mereka untuk mendapat kejayaan cemerlang amat cerah. Ini menguatkan keyakinan saya bahawa Junaidah, Amanina, Shakila, Mijai dan Amran akan meninggalkan sekolah ini untuk ke peringkat yang lebih tinggi dalam perjuangan menghadapi dan membina masa depan mereka. Semua mereka kelihatan ceria sebaik keluar dari bilik peperiksaan dan semua kelihatan positif apabila ditanya tentang prestasi mereka sepanjang SPM ini.

"Okay, balik nanti sampaikan salam sir kepada semua mak dah abah masing-masing. Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi", saya memberi uacapan ringkas.

"Akan jumpa lagilah sir!" jawab nina sambil melihat ke arah saya.

"Bila ?" tanya saya.

"Masa ambil keputusan nanti", jawab nina dan mijai serentak.

"Sir, saya sekolah kat sini lagi tahun depan", jawab amran selamba. Kadang-kadang saya tak faham apa yang dimaksudkan Amran.

Begitulah, sebenarnya saya cukup mesra dengan semua mentee saya. Semoga mereka semua akan berjaya dengan cemerlang.

SMK Seri Rompin akan sunyi seketika untuk kembali riuh pada bulan Januari nanti. Sudah hampir 8 tahun saya di sini. Masih saya ingat sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2002 dengan menumpang bangunan SK Leban Chondong yang jaraknya 5 kilometer dari sekolah ini. Pada waktu itu kami beroperasi pada sesi petang dengan pelajar seramai 106 orang, 10 orang tenaga pengajar dan 1 orang staff pejabat.
Daripada 10 orang guru dan 1 staff pejabat pada tahun 2002, hanya tiga orang guru dan 1 staff yang masih berada di sini pada ketika ini. Cikgu Bustami Haji Ahmad kini menjawat jawatan GPK 1. Para pelajar panggil dia sir Bush dan ada juga yang panggil Mr Bush. Orangnya pendiam tetapi sangat komited dengan tugas. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, bekas PPD Rompin, Puan Hajjah Rokiah Mat Yaman memberitahu saya agar SMK Seri Rompin melahirkan 10 Bustami di sekolah ini. Termenung saya memikirkan " Masya Allah...macam mana nak melahirkan 10 Bustami !". Jika itulah kata-kata PPD, renungkanlah siapa dan bagaimana Mr Bush sebenarnya !

Cikgu Norhalina Mohamed kini menjawat jawatan Ketua Bidang Bahasa. Seorang guru yang paling tergamak mengutuk saya di sekolah ini. Cikgu Norhalina inilah yang tersalah penerangan kepada cikgu Wan Ruzaimah mengenai petua menjarangkan kelahiran. Dia yang tersalah memberi penerangan, saya yang dipersalahkan. Satu yang istimewa dengan Cikgu Norhalina ialah apabila dia mengandung, mesti atas mejanya penuh dengan jajan, asam boi, asam masin, asam kecut, asam janggut, gambir, jeruk, kulit limau, asam kelubi dan entah apa-apa lagi hinggakan saya pernah mengumpulkan semuanya dan melabelkan atas mejanya dengan "Pameran Jajan 2002".

Dan yang ketiga, guru yang masih menjadi penunggu di sini ialah saya sendiri.
Manakala seorang staff pejabat yang masih ada hingga kini ialah Ida anak arwah Pak Haron. Baik dan lemah lembut orangnya dan sangat disayangi oleh Kak Lah. Ida ni orang yang pernah tengok saya marah kat sekolah ni dan dia pun selalu juga kena marah. Saya pula kalau nak marah sesiapa, Idalah yang akan kena marah. Kesian Ida ! Sampai sekarang kalau dia nampak, macam saya nak marah, dia akan cakap cepat-cepat " Ha...nak marah oranglah tu !". Tak jadi saya nak marah.

Mengenai Ida ni ada satu cerita 4 tahun yang lalu. Cerita yang saya jodolkan "Ha..ha.. Ida Tersilap". Satu waktu saya berkursus di Kuantan dan saya ada keperluan membuat rujukan di pejabat sekolah. Saya telefon sekolah. Sebaik telefon sekolah diangkat serta merta terdengar suara " Ha..hello, abang ! Abang ?".

Terkelu saya seketika. " Ida, biar betul !" kata saya.

Ida senyap sekejap. " Eh sapa ni ? Eh... Cikgu Saziliii!!" katanya sambil tergelak sendiri.

"Sori...sori...tersilap...tersilap.... Ida ingat suami Ida !" Beria-ia dia memberi penjelasan. Begitulah Ida, kelam kabut tak habis-habis. Rupa-rupanya dalam lima minit sebelum itu suaminya ada menelefon, dan atas urusan mereka berdua suaminya akan menelefon semula pada bila-bila masa. Terkebetulan panggilan saya masuk, apa lagi, abang terus. Satu pengajaran buat Ida, lain kali pastikan dulu siapa di sana tu, tau ?!

Manakala guru-guru yang sudah meninggal, bukan meninggal dunia, meninggalkan SMK Seri Rompin ialah Cikgu Ab Razak Majid sekarang sebagai Pegawai Hal Ehwal Guru Simpanan PPD Rompin (PPDR), Cikgu Azmi Muhamad sekarang Ketua Unit Pengurusan Kemanusiaan PPDR dan Puan Hajah Fazilah Muda sekarang Pengetua SMK Selendang.

Cikgu Safri kini mengajar di Temerloh. Sempat mengajar di sini selama satu tahun. Ustazah Jumeah kini mengikut suami di Kluang Johor. Cikgu paling baik di sekolah ini pada waktu itu ialah Cikgu Wan Ruzaimah. Tak ada ketika dia tak senyum. Kena marahpun dia senyum. Mana ada orang boleh buat macam dia ! Bahagia !!

Seorang lagi antara guru yang pertama sekolah ini ialah Cikgu Ismail Hashim. Orangnya sentiasa kemas dan tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Seorang guru Bahasa Melayu yang mempunyai tulisan tangan yang cukup cantik dan amat senang dibaca, tidak seperti tulisan saya, kalah tulisan doktor sampai kadang-kadang saya sendiri tidak boleh membacanya. Kini cikgu Mail aktif memeriksa kertas PMR dan sedang mengajar di SMART Kuantan. Waah...cikgu mail mengajar di SMAAART !!

Inilah coretan kisah petugas-petugas pertama SMK Seri Rompin pada tahun 2002. 11 orang di bawah pimpinan Kak Lah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tetapi kami bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dan penuh kemesraan.

Kini menjelang 2009 SMK Seri Rompin terus mara dengan megah di bawah teraju Tuan Haji Aidun bin Talib seorang Pengetua yang berjiwa kebapaan dan sangat wara' dalam kepimpinannya, dengan pelajar sekitar 420 orang, tenaga pengajar seramai 53 orang dan staff pejabat dan makmal seramai 10 orang.

SMK Seri Rompin Cemerlang Dunia dan Akhirat.

Thursday, November 27, 2008

Allahu Akbar !



SubhanAllah !


AlhamdulIllah !


Allahu Akbar !


Engkau Maha Hebat ya Allah !

Wednesday, November 26, 2008

Banyaknya duit.....

Atas meja saya, ada 7 keping kad undangan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan sekitar dua minggu ke hadapan ini. Jauh dan dekat. Paling jauh di Kelantan ! Bilalah nak pegi tu, musim banjir pula !


Kesemua kad-kad tersebut cantik-cantik belaka kecuali sekeping menggunakan kertas berwarna kuning kertas biasa tetapi maklumatnya lengkap seperti juga kad-kad yang lain. Kad-kad yang cantik, kelihatannya menggunakan kertas-kertas yang berkualiti, ada yang berbau wangi lagi. Lima enam kali rasa hendak menciumnya, sampaikan malu sendiri pula! Cantik, wangi dan berkualitinya dan sudah pasti berharga mahal kad-kad tersebut menjadikan hati ini terasa sayang atau ralat hendak membuangnya apabila habis majlis. Tapi kalau tidak juga dibuang hendak dibuat apa pula ? Adakah perlu ada hobi baru, mengumpul kad-kad undangan kahwin ? Kelakar bunyinya. Orang lain yang kahwin kita sibuk kumpul kad undangan kahwin.


Kadang-kadang saya terfikir, banyaknya duit orang Melayu ni ! Buat kad cantik-cantik, wangi-wangi dan mahal-mahal akhirnya ke dalam tong sampah juga tempatnya. Tapi apa yang kita hendak kata, masing-masing ada alasan sendiri, duit aku bukan duit engkau, duit kita bukan duit awak. Awak sibuk apasal ? Ya lah....Betullah tu.


Tapi tidakkah itu membazir ?? Enam keping kad yang cantik-cantik dan wangi-wangi akan saya humbankan dalam tong sampah di bawah meja saya !


Tuesday, November 25, 2008

Kita sebenarnya ditakluki

Senario 1

Waktu rehat kursus. Berkenalan dengan seseorang yang belum dikenali sebelum ini. Banyak yang diborakkan. Tiba-tiba dia meraba ke tali pinggangnya. "Excuse me, ada call" katanya lalu minta izin ke suatu sudut. Seorang diri dia di sudut itu, saya perhati dia bercakap cukup ceria dengan henfonnya, sambil menggerak-gerakkan tangannya ke atas ke bawah dan ke mana-mana. Tinggallah saya dengan kenalan lain pula.

Senario 2

Ada beberapa perkara mengenai urusan kursus yang saya tidak berapa jelas lalu pergi bertanya dengan seorang pegawai penyelaras kursus. Dalam asyik saya bertanya dan beria-ia dia menerangkan, tiba-tiba henfon di atas mejanya berbunyi. "Maaf encik, sekejap ya", katanya ringkas. Dia bangun dari kerusinya dan bergerak ke belakang dan membelakangkan saya. Dia kelihatan bercakap sendirian.Sekejap katanya tapi lebih kutang 10 minit juga saya menunggu.

Senario 3

Seorang penceramah sedang menyampaikan ceramahnya dengan cara yang cukup santai. Dia menerang pelbagai perkara mengenai topik yang dibentangkan. Tiba-tiba henfon berbunyi dan microphone terganggu. Dia segera menutup henfonnya. Dia teruskan ceramahnya dengan penuh minat, tiba-tiba henfon berbunyi lagi, dia tutup lagi. Ceramahnya mulai seperti terganggu momentumnya. Khalayak sudah semacam hilang fokus, tiba-tiba henfon berbunyi lagi. Akhirnya dia tewas. Penceramah minta izin " maaf, saya jawab sekejap". Pergi dia ke sudut pentas dan bercakap sendirian. Katanya sekejap, khalayak sempat memerhatinya menerangkan sesuatu di henfon dalam lebih kurang 1 minit.

Senario 4

Singgah di hentian lebuhraya untuk menikmati seteguk kopi. Di sebalik pokok bunga terdengar suara orang bercakap. Saya menjenguk di sebalik pokok bunga tersebut ternampak di bawah bangsal rehat seseorang sedang menyandar di tiang bangsal sambil memeluk kedua lututnya. Cakapnya kedengaran agak jelas, kadang-kadang gelak, kadang-kadang beria-ia melahirkan pendapat. Pada ketika-ketika tertentu, kedua-dua tangannya sibuk menggayakan apa yang dicakapkan. Dia bercakap dengan siapa ? Tiada orang di depannya dan mana henfonnya, dia tak pegang apa-apapun ? Saya terus memerhati borak keseorangan orang itu, mencari siapakah pasangan sembangnya. Memang jelas tidak ada, dia seorang diri di situ. Saya menghampiri dan baru saya ternampak henfonnya berada di dalam poket baju dan dari henfonnya berselirat wayar masuk ke telinganya. Macam-macam, kata hati saya.

Senario 5

Terlihat seorang gadis sambil berjalan dan menundukkan kepala . Kedua-dua tangannya memegang henfon yang tidak berat mana pun. Dia seperti menaip sesuatu pada henfonnya. Saya tersenyum dari dalam kereta melihat si gadis itu tersenyum-senyum tersengih-sengih sendirian.

Demikian antara senario yang sempat saya perhatikan sepanjang hujung minggu lepas. Tanpa kita sedari budaya kita dan kehidupan kita telah ditakluki. Kemesraan terputus, fokus terganggu, kelancaran urusan terlengah, bercakap sendirian bukan masalah dan senyum seorang diri tidak anih lagi. Telefon bimbit menakluki kita di mana-mana dan apakah ia benar-benar akan atau telah mengubah budaya hidup kita ?

Monday, November 24, 2008

Hari ini menziarahi sahabat lama.

Hari ini demam semakin kebah. Sudah mula rasa bertenaga berbanding semalam. Siang tadi sebaik isteri pulang dari sekolah telah memberitahu bahawa sahabat lama saya Cikgu Amran Abdullah (di Rompin ni orang panggil Meran wartawan) berada di hospital Kuantan kerana penyakit kencing manis. Ketika itu juga saya membuat keputusan untuk ke Kuantan menziarahi Amran di hospital. Tetapi sebelum kami pergi, isteri saya telah menelefon isteri cikgu Amran, Huda untuk bertanya keadaan cikgu Amran.
Mujur kami tidak bertolak segera kerana cikgu Amran telah pulang ke rumahnya. Kami membuat keputusan untuk ke rumah cikgu Amran selepas asar.
c
Lebih kurang pukul 5.30 petang kami sampai di rumah cikgu Amran. Besar dan cantik rumahnya ! Dulu semasa kenduri menduduki rumah baru, cikgu Amran menelefon saya menjemput hadir. Seminggu sebelum itu ketika berjumpa di bandar pun jemput juga. Isterinya pun menjemput, tapi malangnya saya tidak dapat hadir kerana tiada di Rompin pada waktu itu. Baru tadi saya dapat hadir ke rumah barunya. Memang cantik.
c
Walaubagaimana pun, saya menziarahi rumah cikgu Amran petang tadi bukan kerana cantik rumahnya tetapi kerana menziarahi sahabat saya yang sedang keuzuran. Kami pernah sama-sama mengajar di SK Leban Chondong dulu. Di situlah saya mula (1988) kenal cikgu Amran Abdullah, seorang sahabat yang baik, lemah lembut tutur katanya dan sangat 'sastera' orangnya tetapi sangat berprinsip dalam kerjanya.
Dulu cikgu Amran agak gempal tapi kini agak susut sedikit. Dia dimasukkan ke hospital Kuantan kerana penglihatan yang kabur akibat penyakit kencing manis yang agak serius. Sebelah mata kanannya masih kabur tetapi mata kirinya sudah mula nampak penglihatan. Katanya dia perlu ke HTAA Kuantan untuk rawatan dan pemantauan berkala. Begitu juga dia dikehandaki hadir ke Poliklinik Rompin.
Melihat keadaan cikgu Aman saya berdoakan kepada Allah semoga penyakitnya akan cepat sembuh dan kembali sihat, insya Allah . Sebelum pulang saya menasihati, mengingat dan cuba memotivasi cikgu Amran agar mengambil ubat dan mengikuti program kawalan diabetis anjuran Jabatan Kesihatan secara konsisten. Dia mengangguk dan tersenyum. Itulah cikgu Amran sentiasa tersenyum dan memberi senyuman walaupun apa dan bagaimanapun keadaannya.

Hujung minggu yang padat dan mencabar kesihatan

Petang Jumaat saya berlepas ke Kuala Lumpur ditemani isteri. Badan mulai terasa panas, tekak semakin perit dan batuk semakin menjadi-jadi. Singgah di farmasi Bandar Tasik Puteri Rawang membeli ubat yang berkaitan. Makan ubat, tidur. Harap-harap esok kesihatan lebih baik.

Pagi Sabtu badan terasa agak segar, semacam demam sudah hendak kebah. 6.45 pagi terus sahaja bertolak ke Shah Alam melalui lebuhraya Gurtrie. Masya Allah, melalui empat tol, 0.80 sen, 1.40 sen, 1.40 sen dan 1.40 sen, untuk perjalanan dalam tempoh lebih kurang 20 minit sahaja.

Pukul 8.00 pagi masuk dewan kuliah untuk mengikuti Kursus Asas Anotomi, Fisiologi dan CPR yang dikendalikan oleh para pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sungguh seronok menimba ilmu dalam kursus ini. Walaupun badan semakin demam kerana air-cond terlaku sejuk tetapi ianya tidak menghilangkan fokus kepada ilmu yang disampaikan. Kejap-kejap isteri disebelah meletakkan tangan dileher saya, " panaslah bang !" katanya. Saya hanya mendiamkan diri menahan kesejukan tetapi isteri saya rasa suhu badan saya semakin panas. Kcami boleh terlupa membawa blazer atau apa-apa baju menahan sejuk. Jadual hari itu tamat pukul 5.30 petang untuk bersambung semula pagi esoknya, Ahad.

Demam dan selsema saya masih tidak berubah. Saya menggagahkan diri untuk menghabiskan kursus pada hari Ahad. Pada pukul 1.00 petang kursus tamat dengan makan tengahari. Terus ke masjid negeri solat, berehat dan tidur sekejap di situ. Pukul 3.00 petang kami segera bertolak balik. Oleh kerana kami masih ada urusan di Rawang kami terpaksa balik melalui Lebuh Raya Pantai Timur.

Sesampai di tol Karak saya sudah rasa tidak tahan lagi memandu dan minta isteri saya mengambil alih. Sebenarnya dia sudah lama menawar diri untuk memandu, tapi saya rasa macam tak percaya pula dia memandu, dalam keadaan kenderaan yang cukup sibuk sebelum ini. Dari tol Karak dia memandu sampai ke tol Temerloh. Sebelum masuk tol Temerloh saya bertanya isteri saya "kita hendak lalu ikut mana, Gambang atau Bera ?"

"Dengan abang, ikut manapun boleh", ringkas isteri saya menjawab tetapi satu jawapan yang begitu memotivasikan saya.

Saya mengambil keputusan melalui Bera untuk lebih cepat sampai walaupun waktu itu sudah pukul 06.00 petang. Semakin menghampiri bandar Bera cuaca semakin gelap, gelap hendak malam bersekali dengan gelap hendak hujan. Awan hitam di atas dengan sekali sekala kelihatan dari jauh panahan petir di mana-mana.

Sebaik masuk jalanraya melalui Felda Sebertak menuju ke Bera Selatan dan simpang ke Keratong, hujan yang sangat lebat telah mulai turun mencurah-curah. Azan manghrib dari Pahang fm sudah mula dikumandangkan. Saya membuat keputusan dan niat untuk solat Jamak Takhir maghrib di R & R Muadzam. Pemanduan yang cukup mencabar. Saya tidak mampu memandu lebih dcari 40 kilometer sejam, kadang 30 dan ada ketikanya 20 km sahaja. Terlalu perlahan! Tak nampak apa satu kat depan.

Pada satu selekoh, saya memandu dengan pemanduan 40 km sejam, saya membrekkan kereta saya dengan agak kuat kerana terasa kereta saya meluncur laju, kami cemas terhumban ke dalam longkang jalan. Jantung saya mula berdegup kencang. Waktu inilah saya mula rasa kesilapan, membuat keputusan melalui jalan ini. Tapi kami semakin jauh ke dalam. Bayangkan saya memandu di dalam hujan yang terlalu lebat sepanjang jalan yang garisan putihnya kelabu dan ada tempat yang tiada garisan putih langsung, dari Felda Sebertak hingga lebih kurang ke simpang ke Keratong pada waktu malam di jalanraya yang sempit, gelap dan sunyi . Ya Allah penat sungguh rasanya! Saya terpaksa memberi fokus lebih dari 100% kepada pemanduan.

Sudah 26 tahun saya menjadi pemandu berlesen saya tidak pernah merasai pengalaman mamandu seperti ini. Biasanya kalau keadaan yang seperti ini saya akan mengelak dan tidak akan memulakan perjalanan. Isteri saya hanya mendiamkan diri, sekali sekala mengingatkan saya agar tidak memandu laju dan tanya saya okay atau tidak. Ikutkan daya mahu sahaja saya memberhentikan kereta saya di tepi jalan, tunggu hujan reda. Tetapi waktu-waktu begini jugalah saya teringat cerita filem "Jangan Pandang Belakang". Pernah terfikir di fikiran panik saya mahu pusing balik ke Bandar Bera.

Jalanraya penuh dengan air di kiri kanan. Ada sebuah kereta dari laluan bertentangan kelihatan berhenti ke bahagian tepi jalan. Saya tidak pasti sama ada kereta itu rosak, lekat atau sahaja berhenti kerana tidak mampu memandu. Saya juga tidak pasti sama ada orang itu bersendirian, bersama kawan atau berkeluarga. Saya bayangkan jika orang itu berkeluarga dengan anak kecil dalam kereta! Kalau dia sahaja-sahaja berhenti, saya kagum dengan orang itu kerana berhenti betul-betul tepi hutan dalam keadaan hujan terlalu lebat, ribut petir dan di malam gelap pekat! Kalau saya, minta ampun, saya tidak berhenti kat situ. Jangan Pandang Belakang !!

Jadi pada malam itu, kaedah pemanduan saya ialah tidak perlu cepat, yang penting kereta yang saya pandu selamat, tidak pancit, tidak rosak, tidak terjun lubang dan sentiasa bergerak ke hadapan. Sampai di lebuhraya Segamat-Kuantan keadaan cuaca boleh dikatakan kering kontang. Tidak hujan langsung. Dan isteri saya bersuara " Hee....macam lalu dalam gua !". Saya faham kenapa isteri saya kata begitu.
Kesimpulan yang saya buat, berhati-hatilah kita kerana hujan kini sedang melanda di kawasan-kawasan pedalaman yang akan memenuhkan air sungai di kawasan-kawasan hulu. Dan air sungai yang terlampau banyak ini, tidak mustahil akan melimpah ke kawasan pantai. Banjir akan berlaku bila-bila masa. Jadi bersiap sedia dan berhati-hatilah.

Pemanduan yang dijangka akan lebih cepat sampai telah menjadi lambat hampir 2 jam. Sesampai di rumah, badan terasa panas kembali. Sekali lagi telan ubat dan tidur. 5.45 pagi tadi bangun solat subuh untuk kemudiannya sambung tidur kembali. Waktu ini baru terasa mampu buat posting baru untuk blog. Kepada yang masih sudi menjengah blog saya, terima kasih banyak-banyak !

Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson peluk Islam !?

Betul atau tidak, itulah saya terbaca dalam Berita Harian Online hari ini. Kalau betul, untuk mencari ketenangan yang abadi akhirnya Michael Jackson mencari Islam tidak mencari yoga. Syukur kepada Allah, akhirnya dia memperolehi hidayah daripada Allah.

Seperti dilaporkan Berita Harian Online:

Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini. Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips. "Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru. Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu. Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi

Senaman Yoga Haram

Tak payahlah lagi kita sebagai orang Islam mengikuti budaya orang lain. Kita ikut sahaja ajaran Islam yang telah Allah tetapkan untuk kita demi mencari ketenangan. Budayakan solat dalam kehidupan seharian kita. Perbanyakkan solat-solat sunat, solat tahajjud, solat dhuha dan seumpamanya untuk mendapat ketenangan yang sejati dan suci.

Beberapa minggu yang lalu telah keluar dalam akhbar mengenai tiga orang saintis dari universiti tempatan telah membuat kajian dan mendapati Terapi Solat mampu merawat pelbagai penyakit khususnya kanser.

Sesungguhnya budaya hidup Islam penuh dengan terapi kesihatan tetapi malangnya kita masih bersikap rendah diri lalu menghilangkan jati diri kita sebagai penganut Islam sejati .

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online hari ini:

Senaman yoga haram: Majlis Fatwa Kebangsaan

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam daripada melakukan senaman yoga secara sistematik kerana boleh memesongkan akidah. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga yang sistematik mengandungi tiga perkara iaitu amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam menjauhi dan menghentikan amalan itu kerana tujuan dan matlamat untuk mendapatkan ketenangan serta kemuncaknya konon memperoleh penyatuan diri dengan tuhan boleh merosakkan akidah muslim.

Biodata Iblis


Berikut cebisan yang dipetik daripada nur-addin.blogspot.com tentang biodata musuh utama umat Islam, Iblis:-

Pengenalan diri

Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Cita-Cita

Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Tempat Operasi & Rakan setugas

Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,b/ air tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia buat kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Pengalaman & Kenangan

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan

Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Saat mendukacitakan

Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Friday, November 21, 2008

Risau membawa stress

Pernah berasa stress ? Punca utama stress adalah risau.

Kajian mendapati:

* 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak pernah akan terjadi.

* 30% orang risau kepada perkara-perkara yang lepas yang sudah tidak boleh diubah pun.

* 12% orang risau tentang kesihatan.

* 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil.

* 04% orang risau tentang perkara yang akan datang yang tidak boleh dibuat apa-apa.

* 04% orang risau kepada perkara yang boleh dilakukan.

Thursday, November 20, 2008

Ular oh ular....


Minta tolong sepupu bersihkan pagar belakang rumah. Dalam lebih kurang 20 minit dia bekerja, lintang pukang dia berlari ke laman rumah. Saya bertanya "Kenapa?".

"Ular tedung", jawabnya tenang. " Tunggu dulu, biar dia lari dulu."

Teringat pasal ular, saya teringat juga kepada seorang sahabat baik saya, cikgu Jamaluddin Idris. Dia seorang guru yang boleh tahanlah besar badannya dan perkasalah kira-kira orangnya. Waktu itulah ! Dan terkenal sebagai seorang guru yang paling garanglah agaknya di sekolah. Tapi sekarang rasanya tak garang dah, anak dah ramai. Dulu tu masa bujang. Tapi dalam banyak-banyak garangnya dia, ularlah dia paling-paling takut. Pendekkata ularlah pelemah dia. Tak payah ular betul, ular plastik sudah memadai. Tunjukkan dia ular plastik, tak payah bersilatlah kita, larilah dia. Itulah cikgu Jamaluddin Idris.

Saya pun boleh tahan juga geli dengan ular ni. Tapi tidaklah seteruk cikgu Jamal, ular plastikpun takut !!

Sesunggunya patukan ular sememangnya menakutkan dan boleh membawa maut. Antara tindakan perlu diambil untuk selamatkan mangsa patukan ular, suruh dia berdiam diri kerana dengan berdiam diri, pergerakan racun atau bisa akan tergendala. Pasikan mangsa atau sesiapa yang ada disekeliling tahu jenis atau dapat gambarkan rupa bentuk ular yang mematuk itu. Penting untuk maklumat hospital.

Tenangkan mangsa dan baringkan dia dan anda harus bersegera menghubungi ambulans atau cepat-cepat dapatkan pertolongan lain untuk di bawa ke hospital. Jangan buat keutusan sendiri kerana kadang-kadang mangsa selepas dipatuk tidak terasa apa lagi, berepa jam lepas itu baru terasa bisa. Jadi tidak kira ular bisa atau tidak bisa segera bawa ke hospital.
Jika pertolongan agak lambat sampai, basuhkan luka bekas patukan dan lap luka sehingga kering. Tekan dengan mampat tempat yang terkena patukan dengan embalut bergulung. Jangan sekali-kali cuba mengoyakkan luka dengan pisau atau menyedut keluar bisa kerana ini akan membahayakan mangsa dan juga penyelamat.

Jika mangsa sesak nafas, berikan bantuan pernafasan dan tekan dada jika perlu.

Pengecaman penting, terdapat sepasang tanda patukan. Mangsa rasa teramat sakit. Mangsa juga boleh rasa mual dan muntah. Penglihatan terganggu dan peluh serta air liur yang banyak.

Jadi berhati-hatilah ular tapi bukan dengan ular plastik !!

Main lumba-lumba, kini dan dulu-dulu

Untuk ke bilik study, saya akan melalui ruang komputer anak-anak. Terhenti saya melihat anak bungsu dan sepupunya bermain "computer games". Dari belakang mereka, ralit juga melihat kelincahan jari mereka bermain lumba kereta sambil badan mereka tergoyang ke kanan dan kadang-kadang ke kiri untuk mengayakan laluan kereta lumba yang mencabar. Terasa juga seronoknya dan terasa juga macam hendak main sama.

Mencuba! Aah...boring, asyik terlanggar tembuk dan kereta berputar. Terasa membuang masa. Tapi bagi anak-anak zaman sekarang itulah permainan mereka. Duduk dan mengadap komputer yang hanya jari jemari halus sahaja yang bergerak.

Teringat saya zaman kanak-kanak dahulu. Kalau hendak main kereta lumba, pasti akan cari tong drum ( orang kampung saya panggil 'tong leger' ). Naik atas tong itu dan gerakkannya. Berlumba tu ! Kalau tak ada tong drum, akan cari rel basikal, berlumba juga.



Dan yang paling seronok ialah lumba upih pinang. Orang yang duduk atas upih bergeleke'k suka. Orang yang tarik upih, hah engkau, lelah tercungap. Tapi bergilir, pusingan kedua, orang yang duduk pula yang tarik

Namun sekarang permainan seperti tarik upih ini sudah semakin pupus. Ini adalah kerana budaya hidup hari ini. Lagipun pokok pinang semakin sukar didapati sekarang disebabkan kebanyakan orang sekarang sudah tidak makan sirih lagi. Generasi akan datang agaknya harap tengok gambar je lah kalau hendak kenal upih pinang. Alahai...

Pendek kata permainan kanak-kanak zaman dahulu memang bagus sebagai satu bentuk senaman berbanding permainan kanak-kanak hari ini yang duduk sehari suntuk mengadap komputer.

Kebakaran di bumi Amerika Syarikat

Di Timur Tengah tenteranya mengidap penyakit 'Gulf War' yang tidak dapat ditemui penawarnya hingga kini, di Amerika Syarikat sendiri, rakyatnya menghadapi serangan kemusnahan ekonomi, ribut taufan dan kebakaran seperti Carlifornia Wildfire seperti di bawah ini:







Inilah agaknya kesan doa memohon kepada Allah daripada manusia-manusia yang dizalimi. Semoga Obama tahu mengambil iktibar dari trauma yang diwujudkan oleh Bush the butcher itu . Allahu Akbar !

Wednesday, November 19, 2008

Amerika Syarikat akui penyakit "Gulf War" itu benar - TRANUNGKITE ONLINE

Lihatlah kebiadaban tentera Amerika Syarikat di dalam masjid


"Kerajaan Amerika Syarikat dilaporkan oleh CNN telah pada Isnin, 17 November 2008 mengeluarkan laporan rasmi terbaru yang mengakui satu dari setiap empat orang atau lebihkurang 180,000 dari jumlah 697,000 tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam Perang Teluk (Gulf War 1990-91) sedang mengidap penyakit Gulf War Illness. Panel pakar sains yang telah ditubuhkan masih gagal menemui ubat atau kaedah rawatan.

Pesakit Gulf War illness itu secara ‘consistent’ (berlarutan) mengalami hilang ingatan dan daya konsentrasi, sakit kepala, kesakitan pada keseluruhan badan, sakit perut dan bermacam lagi kesakitan yang chronic serta menghairankan. (Laporan CNN dalam bahasa Inggeris disiarkan di bawah).Mungkin penyakit ini adalah antara berbagai bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas Amerika Syarikat yang memusuhi Islam dan telah terang-terangan berbohong untuk memerangi Islam atas nama memerangi terorisma.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini bermacam bencana alam seperti ribut taufan dan kebakaran yang memusnahkan nyawa dan harta benda telah menimpa Amerika Syarikat dengan bertubi-tubi. Dan sekarang ini pula kegawatan ekonomi bersamaan krisis kewangan yang chronic sedang melanda Amerika Syarikat, dan kegawatan ekonomi ini telah menular ke seluruh dunia mungkin kerana majoriti negara-negara telah samada hanya berdiam diri atau pun menyokong Amerika Syarikat secara aktif dalam memerangi Islam.Berikut laporan CNN.

“CNN 17.11.08 updated 1 hour, 54 minutes ago

Gulf War illness is real, new federal report says

By Alan Silverleib

WASHINGTON (CNN) -- An extensive federal report released Monday concludes that roughly one in four of the 697,000 U.S. veterans of the 1990-91 Gulf War suffer from Gulf War illness.

That illness is a condition now identified as the likely consequence of exposure to toxic chemicals, including pesticides and a drug administered to protect troops against nerve gas. The 452-page report states that "scientific evidence leaves no question that Gulf War illness is a real condition with real causes and serious consequences for affected veterans.

"The report, compiled by a panel of scientific experts and veterans serving on the congressionally mandated Research Advisory Committee on Gulf War Veterans' Illnesses, fails to identify any cure for the malady.It also notes that few veterans afflicted with Gulf War illness have recovered over time. The report, titled "Gulf War Illness and the Health of Gulf War Veterans," was officially presented Monday to Secretary of Veterans Affairs, James Peak. Noting that overall funding for research into Gulf War illness has declined dramatically since 2001, it calls for a "renewed federal research commitment" to "identify effective treatments for Gulf War illness and address other priority Gulf War health issues." According to the report, Gulf War illness is a "complex of multiple concurrent symptoms" that "typically includes persistent memory and concentration problems, chronic headaches, widespread pain, gastrointestinal problems, and other chronic abnormalities.

"The illness is identified as the consequence of multiple "biological alterations" affecting the brain and nervous system.While it is sometimes difficult to issue a specific diagnosis of the disease, it is, according to the report, no longer difficult to identify a cause. The report identifies two Gulf War "neurotoxic" exposures that "are causally associated with Gulf War illness." The first is the ingestion of pyridostigmine bromide (PB) pills, given to protect troops from effects of nerve agents. The second is exposure to dangerous pesticides used during the conflict.

The report does not rule out other possible contributors to Gulf War illness -- including low-level exposure to nerve agents and close proximity to oil well fires -- though it fails to establish any clear link. The report concludes there is no clear linkage between the illness and a veteran's exposure to factors such as depleted uranium or an anthrax vaccine administered at the time.” "
Ulasan saya:
Sesungguhnya Amerika Syarikat terlalu banyak membuat zalim dan membunuh manusia yang tidak berdosa. Apakah ini antara balasan Allah terhadap Amerika Syarikat yang kejam itu ? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Allahu Akbar !

Taak jemu-jemu !

Keropok, makanan yang mengandungi banyak ikan menjadikannya sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi antara makanan kegemaran budak-budak sekolah.






Jom sarapan !!

Tuesday, November 18, 2008

Boleh makan besar bang !

Untuk perjalanan jauh kita perlu memastikan kenderaan yang kita gunakan berada di dalam keadaan baik. Seperti pemandu-pemandu lain, itulah juga yang saya lakukan sebagai seorang yang tidak tahu dan tidak kisah sangat tentang enjin kereta.

Petang Jumaat yang lalu 14 November 2008, seorang sahabat telah datang ke rumah. Kami bersembang tentang banyak perkara termasuk hal betapa pentingnya servis kereta untuk memastikan jangka hayat kereta agar lebih panjang. Memang setiap lebih kurang 5000 km saya akan pastikan tukar minyak pelincir dan penapisnya sekali. Saya jaga betul perkara ini.

Pada hari Sabtu keesokannya, saya teringat akan minyak gear dan power streering yang belum ditukar. Saya bersama keluarga terus ke Kuantan untuk tujuan tukar minyak-minyak tersebut. Sesampai di bengkel di Padang Lalang Kuantan, seorang pekerja bengkel bertanya tujuan saya. Dan saya menceritakan semuanya sekali akan tujuan saya itu.

"Abang tak pernah tukar minyak gear dan minyak power streering?"
"Tak pernah," jawab saya ikhlas.
"Berapa tahun dah abang guna kereta ni bang?"
"Empat tahun dah"
"171,000 kilometer empat tahun...boleh tahan perjalanan abang".
"Timing belt dah berapa kali abang tukar ?"
"Timing belt ? Timing belt tu benda yang dekat mana ?" teruk bunyi soalan saya. Pekerja muda itu menunjukkannya kepada saya tempat timing belt tersebut.
"Tak pernah" saya jawab ringkas.
"Abang tak pernah tukar timing belt 171,000 kilometer ? Woaah !!" dia macam terkejut sambil mengeleng kepala.
Saya ccterkejut juga, kerana tengok dia yang macam terkejut dan pelik benar itu.
"Bang, bahaya bang. kalau abang kena, besar modal abang kena keluar, 4 -5 ribu abang!!." dia memberi nasihat sambil berusaha memberi kefahaman kepada saya yang kelihatan jahil benar pasal timing belt itu. Dia ambil buku panduan kereta saya ditunjukkannya jadual-jadual pertukaran yang dicadangkan apabila sampai masanya. Waktu itu barulah saya faham bahawa yang dikatakan timing belt itu perlu ditukar dalam setiap 60,000 kilometer perjalanan.

"Abang pandu laju tak kereta abang ni ?" tanya pekerja tu sambil melakukan kerja-kerjanya.
"Kadang-kadang mencecah juga 160, kalau di lebuhrayalah. 140 tu biasa ! Ada tiga saman laju yang belum bayar ni." beria-ia saya memberitahu.
"Wah, kalau macam tu baguslah kereta abang ni".
"Kenapa ?"
"Sama ada dia sayang kepada abang atau abang memang bernasib baik, belum nak kena. Lima tahun dah saya bekerja di sini, banyak kereta jenis kereta abang ni datang ke sini kerana putus timing belt, tak ada pun yang sempat sampai 171,000 kilometer macam abang ni. Kira abang boleh makan besarlah selepas ni", dia gelak mengenangkan nasib baik saya.
Saya yang innocence ni, kecut perut mendengarnya. Terasa Rm680.00 keluar hari itu berbaloi benar. Terngiang-ngiang kata isteri saya " good luck will never come twice for the same thing!"

Santai sekejap...

Kisah Posmen

Seorang posmen datang menghantar surat.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam."
"Ni rumah Encik Sameon ye?"
"A'ah ye!"
"Poning kepalo den cari alamat rumah encik ni."
"Buat susah aje encik ni, apsal tak pos aje !?"

Monday, November 17, 2008

Tolong tafsirkan mimpi saya...!

Sambil-sambil berehat di rumah, tiba-tiba terdengar bunyi sms. Saya mencapai telefon dan membaca kandungan sms yang dihantar. Bunyinya agak menarik, “ Salam. sir nak tanya boleh tak ? Apa maknanya kalau saya bermimpi memelihara sekandang babi ? Tolong tafsirkan mimpi saya”. Terkejut saya membacanya.

Kadang-kadang saya terfikir, pelajar aku ni melihat aku ni siapa agaknya ?. Siapalah saya untuk mentafsir mimpi kerana saya bukan pakar mimpi. Lagipun saya sendiri dari jenis orang yang tidak pernah kisah kepada mimpi. Mimpi apapun yang saya alami, saya terlalu jarang ambil kisah.

Ziana (bukan nama sebenar) telah tamat bersekolah di sini tiga tahun yang lalu. Masa zaman bersekolah di sini memang dia salah seorang pelajar yang agak baik dengan saya. Tetapi selepas meninggalkan sekolah ini dia jarang menghubungi saya kecuali sekali-sekala bertanya khabar saya. Itu sahaja.

Spontan saya membalas sms Ziana dengan gurauan “ Hah, itu maknanya kamu sedang merindui dan mulai jatuh cinta kepada seseorang”.

Selang beberapa minit Ziana membalas kembali dengan nada yang saya rasa tegas dan serius larasnya “ Saya serius sir, tolonglah, jangan main-main sir”. Bila saya mengamati ayat tersebut, saya sedar budak ini benar-benar serius dengan mimpinya dan dia benar-benar bukan main-main. Saya kenal Ziana dia seorang pelajar yang memang boleh bergurau, seorang yang sangat sporting, tapi saya tahu kali ini tidak.

Saya bagi tahu Ziana secara ikhlas bahawa saya sebenarnya tidak tahu apakah tafsiran mimpi yang Ziana alami. Saya nasihati Ziana jangan terlalu susah hati, mimpi hanya mainan tidur . Mimpi tidak mampu menentukan kehidupan dan masa depan manusia melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Walaupun saya boleh menyemak tafsiran mimpi Ziana dalam beberapa buah kitab tafsiran mimpi yang terdapat di perpustakaan peribadi saya tapi saya bukanlah seorang yang layak untuk menafsir mimpi. Lagipun sebagai seorang guru, dalam melayani pelajar yang masih mentah dalam hidup, saya tidak mahu mengajarnya menjadi orang yang tersalah menerima ajaran saya. Saya bimbang pelajar saya menjadi orang yang bersikap negatif terlalu terpengaruh dengan mimpi yang dialami, sehingga memberi implikasi terhadap kehidupan dan masa depannya sedangkan semua urusan kehidupan manusia tidak terkeluar dari ketentuan Ilahi berdasar sebab musababnya.

Mengikut pakar, mimpi adalah sumber informasi yang kaya tentang diri seseorang dan merupakan maklumat di bawah sedar yang bernilai. Mimpi selalunya datang waktu seseorang itu cuba memikir semula atau memikirkan mendalam kehidupannya dan semakin seseorang itu meneroka mimpinya, semakin mimpi itu memberi kefahaman tentang siapa dirinya sebenar, kata Jennifer Parker, seorang Psikologist di Persatuan Kajian Mimpi UK.

Mimpi yang jelas gambarannya, berlaku berulang-ulang selalunya terjadi apabila seseorang itu dalam keadaan tekanan atau peralihan, apabila seseorang itu serius memikirkan kehidupannya seperti sedang mengandung, bercerai, bertukar kerja, terpaksa menghadapi kehilangan orang yang bererti dalam hidup dan mimpi mampu menghubung antara trauma yang pernah dialami dengan keadaan semasa.

Manakala dalam pandangan Islam, umumnya mimpi boleh dibahagi kepada 3 jenis. Pertama, mimpi daripada Allah iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat. Kedua, mimpi daripada syaitan iaitu mimpi yang buruk yang tidak menyenangkan. Ketiga, mimpi yang dipengaruhi keadaan diri seseorang contohnya seseorang yang lapar bermimpi makan makanan yang lazat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu bermimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan” (Hadith riwayat Muslim)

Sebenarnya menurut kajian, bukan orang dewasa sahaja yang bermimpi, bayi yang baru lahir juga bermimpi. Malah 50 peratus dari masa tidur bayi dihabiskan dengan bermimpi. Ia berkurangan menjadi lebih kurang 25 peratus apabila mencecah umur 10 tahun sehingga mencapai usia 60 tahun. Selepas itu kadar kekerapan mimpi akan berkurangan. Bagi orang dewasa, mereka boleh bermimpi antara 3 hingga 5 kali dalam tempoh tidur 5 hingga 8 jam. Setiap kali bermimpi boleh mencapai had masa antara 5 hingga 30 minit.

Demikian serba sedikit tentang mimpi adanya dan semoga Ziana tidak kisahkan sangat mimpi yang dialaminya itu. Dalam sms balas saya, sempat saya mengusik Ziana, lain kali kalau nak tidur, basuh kaki dulu !

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telas berputus-asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka jaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perjara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita amu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorangpun lebih mulia dari yang lain kecuali dengan taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang tedlah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Sunday, November 16, 2008

Lama tak makannya...."Cleome Gynandra L."



Apa tu ayah ? Itulah pertanyaan anak bungsu sewaktu sedang menikmati makan tengahari. "Rumpai", jawab saya ringkas.
"Rumpai macam tu ke ?" sambil mulutnya menunjuk keluar tingkap ke arah kebun sawit belakang rumah.
"Hah...mengarut!", kata abangnya sebelah.

Jeruk maman, pembuka selera hidangan makan tengahari. Melihat saya menikmatinya, dia bertanya "sedap ke ?"
"Rasalah" jawab saya tengah sibuk menggumpal jeruk maman dalam pinggan. Dia mengambil sedikit dan merasainya.
"Tak sedap, pahit !" katanya.

Itulah generasi baru, makanan tradisi masyarakat kita sudah tidak menjadi kegemaran lagi. Generasi baru seleranya sudah berubah atau mungkin sudah banyak pilihan makanan hari ini.

Daun maman boleh dibuat sayur atau sup sayur. Rasanya memang pahit. Tetapi proses memasak atau menjeruk akan mengurangkan pahit maman. Maman mengandungi 90 % air, 3.9% protein, 3.6% karbohidrat. 0.3% lemak dan 0.8% serat. Mana juga mengandungi mineral besi, kalsium, karotena dan vitamin C.

Mengikut kajian saintis sayur-sayuran Ong Hean Chooi, biji dan daun maman boleh dijadikan ubat untuk kegunaan luaran dan dalaman. Bijinya jika ditumbuk lumat dan ditelan boleh mengeluarkan angin dalam perut dan usus tetapi jangan ambil banyak sangat. Daun yang direbus dan diminum dapat membantu penghadaman, meransang pengeluaran kahak, ubat penyakit hati (bukan 'sakit hati') dan hempedu. Ianya juga boleh dijadikan ubat sakit kulit seperti gatal-gatal kulit, reumatisme dan juga sakit kepala.

Demikian antara keistimewaan tumbuhan herba yang tumbuhnya menegak, berukuran hingga 1 m tinggi, batangnya mempunyai banyak ranting yang diseliputi banyak rerambut; Maman ( Cleome Gynandra L).

Saturday, November 15, 2008

Santai Pagi Ini

Guru dan Murid.

Guru : Budin, Kamu cari di mana letaknya Australia ? (Sambil memaparkan peta besar)

Budin : Di sini cikgu.

Guru : Bagus. Abu, Siapakah yang mula-mula menjumpai Autralia?

Abu : Budin cikgu !

Guru : ?@?%^?.

Friday, November 14, 2008

Secebis Kisah Benar 6 : Razi 'colourful' kampung boy.

Satu hari dalam tahun 2007. Dia memberi salam yang cukup ringkas, terus masuk dan duduk. Cepatnya dia, tidak sempat saya menjawab salam.

"sir, saya datang ni, nak minta maaf banyak-banyak dengan sir," itulah yang terkeluar dari mulutnya. Saya tercengang dan terus bertanya " minta maaf kenapa ?."

" Saya sudah pindah sekolah," katanya ringkas, tenang dan kelihatan tegas.
Hai...hari semalamnya, saya mengajar "Speaking Component" kelas dia. Dia kelihatan ceria dan berusaha gigih berbahasa Inggeris. Sampai giliran dia untuk membuat public speaking. Susah payah dia mengusahakan dirinya berbahasa Inggeris. Gamat satu kelas kerana keselambaannya. Dia sungguh menghiburkan kawan-kawannya. Dalam MUET usahanya berbaloi. Saya terkejut dia dapat Band 2.

Saya bertanya Razi (bukan nama sebenar), tukar sekolah mana, bila tukar, siapa uruskan pertukaran, bila hari terakhirnya dia di sini ? Semua soalan saya dijawab dengan tenang.

Apabila saya bertanya mengapa dia tukar sekolah, dia menjawab seperti mengomel bunyinya. Dia kata dia sudah menyampah dan bosan. Salah sikit pun orang tidak boleh terima. Itupun kalau salah. Kita bagi tahu yang kita tidak sengaja, tak percaya. Ingat kita ni tipu ke?

Dia berleter dihadapan saya. Saya termangu seketika sambil berfikir, "teruk benar sekolah aku.."

'Razi siapa yang awak marah ni? Apa yang dah berlaku ni ?" tanya saya 'still confuse.'

Ayah saya tu sir. Saya terlewat bangun pagi tadi, saya minta tolonglah dia hantar saya ke sekolah, memang saya hendak ke sekolah, tapi dia tak nak hantar. Dia kata saya tipu. Dia kata saya nak ponteng. Saya minta tolong mak hantar, ayah marah mak, tak bagi mak hantar. Dia suruh saya jalan kaki sendiri ke sekolah. Jauh sir !! Sebab tu saya tukar sekolah.

Habis, sekolah baru nanti dekat ke dengan rumah awak? 20 kilometer! Saya nampak makin jauh, lagi susah awak hendak ke sekolah.

Tak ada masalah sir, saya sewa rumah. Rumah tu dekat dengan sekolah.

Oo...sapa nanti yang nak bagi duit bayar sewa rumah, duit makan, duit bill eletrik, duit yuran, dan macam-macam keperluan? Razi terdiam. Lama jugak. Tiba-tiba dia kelihatan lembik leher dan tunduk. Kesian juga saya tengok dia.

Tapi sir, duduk dekat rumahpun tak guna jugak. Ayah bukan suka sangat dekat saya. Hari-hari marah dan maki hamun saya. Salah sikit hendak dibelasahnya saya. Saya je yang salah. Serba tak kena saya dekat rumah tu! Sebab ni semualah saya tukar sekolah.

Mendengar keluhan Razi saya menjadi sesak fikiran," Razi, ayah awak tu 'gila'. Kalau ayah awak tu 'gila', awak perlu jadi 'gila' sama ke ? ", kasarnya ayat saya. Tapi saya rasa saya sudah bertanggungjawab dengan apa yang saya cakapkan. Saya kenal sangat ayah Razi tu! Zaman dia bersekolah dulupun saya sudah kenal.

Saya bagi tahu kepada Razi, saya sama sekali tidak bersetuju dia bertukar sekolah. Satu tindakan yang tidak bijak kerana dia hanya bersekolah setahun setengah sahaja lagi. Saya nasihatkan Razi agar dia menjadi orang yang kuat emosi untuk menghadapi setiap cabaran dalam hidupnya. Saya yakin, saya bersama guru-guru di sekolah ini boleh membantu dan mengawal Razi.

Esoknya saya terjumpa Razi di kantin sekolah. Saya saja-saja bertanya, kenapa tidak tukar sekolah dan hari ini datang ke sekolah macam mana ? Razi kata dia dengar nasihat saya semalam dan hari ini dia datang tumpang orang, katanya.
Waktu sekolah tadi, Jumaat, 14 November, lebih kurang pukul 12.oo tengahari, hari terakhir persekolahan sesi 2008, Razi masuk ke bilik saya. Dia memohon maaf dengan saya dan merayu saya memaafkan dia kerana katanya dia akan menduduki STPM minggu depan. Dia takut tidak berkesempatan berjumpa saya lagi kerana sekolah sudah mula bercuti. Saya buat tegas dan tidak melayan Razi kerana menahan perasaan marah dan sakit hati. Minggu lepas ustaz ternampak dia merokok di hadapan sebuah bank di bandar dengan pakaian sekolah. Inilah yang membengangkan saya terhadapnya. Dia terus berada dihadapan saya dengan muka sedih dan kelihatan hiba.
Tiba-tiba dia bertanya saya, "sir tak datang ke rumah saya ?"

"Nak datang buat apa rumah awak?" tegas saya. Dia diam, tunduk macam orang kesedihan.

"Kenapa awak tak datang sekolah dua tiga hari lepas?" sergah saya.

"Mak sakit."

"Macam mana keadaan mak sekarang ?".

"Mak dah tak ada sir! Kelmarin !", tergenang airmata Razi. Pertama kali dalam hidup saya semenjak saya mengenali budak ini saya melihat dia begitu. Terkejut besar saya.....rasa bersalah, menyesal, tidak berperikamanusiaan berbaur dalam emosi saya. Saya tidak melayani emosi hiba seorang pelajar saya, yang telah kehilangan seorang ibu, yang hanya manusia itulah dunianya, tempat dia bermanja dan meluahkan emosi remajanya, dengan sopan sepanjang dia berada di hadapan saya. Ada juga ketikanya aku menjadi begitu zalim, bentak hati saya sendiri. Saya tidak tahu ibunya baru meninggal dunia dan sangat kecewa kerana tiada orang yang memberitahu saya. Razi kata dia telefon kawan-kawan minta bagi tahu saya.

Itulah antara secebis kisah Razi yang sangat berwarna warni di sekolah ini. Dia satu-satunya pelajar lelaki yang bersekolah paling lama di sekolah ini dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Enam. Tiada seorang guru dan pelajar pun yang tidak kenal siapa Razi di sekolah ini. Pada waktu dia akan menduduki STPM minggu depan , Razi ada 9 kes disiplin yang membolehkan pihak Pengetua menghukum dia. Tapi saya dan kaunselor sekolah dengan susah payah menjaga Razi. Banyak kesnya saya pendamkan dan saya hadapi secara terbuka satu demi satu.

Pada saya dan kaunselor sekolah, kalau orang sering melihat Razi dengan kejahatan, tetapi kami melihat Razi sebagai seorang pelajar yang kuat dan hebat dalam hidupnya. Dia masih terlihat gagah dalam arus perdana pembelajaran seperti pelajar-pelajar lain sedangkan ramai sahabat-sahabat seumpamanya berada di simpang-simpang jalan, lokap-lokap polis, sekolah pemulihan akhlak, pusat serenti tetapi Razi berdiri megah di SMK Seri Rompin hingga ke hujungnya. Dan jangan terkejut jika Razi mampu ke universiti tahun hadapan.

Persoalan utama menerjah ke fikiran saya, mampukah Razi mengharungi kehidupannya dalam jagaan ayahnya tanpa ibu dunia hidupnya ?

Sebab hati mati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! (gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham) mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2 Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripada kematian mereka.

Thursday, November 13, 2008

Jering rebus yang lazat.

Malam tadi saya bersama saudara Mustafa Kamal dan Tn Hj Hanafiah bertandang menziarahi seorang sahabat, saudara Maulud yang akan berangkat menunaikan fardhu haji ke Mekah pada keesokannya.
Sesampai di rumah saudara Maulud, kami bertanya khabar dan berbual pelbagai perkara, dari hal ibadat haji hingga ke soal zaman bersekolah saudara kamal yang sesekolah dengan abang saudara Maulud.

Pada waktu kami bertandang di rumah saudara Maulud, apa yang menarik perhatian saya ialah hidangan yang disediakan buat kami. Jering rebus cicah kelapa dan kopi o. Mungkin bagi orang lain tiada apa-apa dan itu adalah perkara biasa. Tetapi bagi saya hidangan tersebut mengimbau kembali ingatan saya kepada arwah tok wan dan ibu saya. Masih saya ingat sewaktu kecil-kecil dulu kalau saya ke rumah tok wan saya akan dapat makan jering rebus. Arwah ibu saya juga pernah menyediakan juadah jering rebus untuk minum petang kami sekeluarga.

Lama sungguh saya tidak makan jering rebus cicah kelapa parut. Enak juga rasanya tapi nak makan lebih sedikit terasa segan. Maka sempatlah saya menjamah tiga keping.

Itulah istimewanya jering yang boleh dimakan sebagai ulam cicah belacan atau tempoyak. Boleh dibuat sambal tumis dan gulai. Jering juga boleh direbus dan ditumbuk halus dijadikan seperti emping atau keropok, dikeringkan untuk digoreng . Buah jering yang sudah cambah lagi enak dibuat sayur atau ulam tapi baunya kus semangat !

Antara fakta menarik tentang jering ialah buah muda, mengandungi 93% air, 3.5% protien, 1.7% karbohidrat, 0.1% lemak, besi, kalsium, fosforus, vitamin A, B, dan C. Manakala buah yang tua mengandungi, 70% kanji. Mangandungi banyak jenis asid amino dan kaya dengan sistein. Minyak dalam jering mengandungi sebatian belerang, sejenis alkaloid yang bersifat melawaskan buang air kecil dan asid jenkolik.

Dikatakan juga jering elok dimakan untuk merawat kencing manis manakala daunnya boleh ditumbuk lumat untuk ditampal pada kulit untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Begitulah menarik dan istimewanya jering dan saya cukup gemar makan nasi berulam jering cicah tempoyak. Fou Yoo.... !!