Thursday, July 02, 2009

Tingkatan Enam sains di kalangan anak-anak Melayu

Dalam perjalanan menuju ke Tingkatan 6 Bawah Sains 2 tadi , saya memikirkan berapakah jumlah pelajar Tingkatan Enam Bawah yang tinggal. Mula-mula dahulu jumlahnya mencecah lebih 70 orang, kini hanya tinggal 20 lebih orang sahaja. Seseorang demi seorang keluar menuju ke destinasi masa depan mereka. Paling akhir hari ini dua orang keluar menuju ke Institut Pendidikan Guru.

Begitulah fenomena di Tingkatan Enam saban tahun terutama Tingkatan Enam aliran sains. Nampaknya takut dan gerun sungguh anak-anak Melayu untuk berada di Tingkatan Enam aliran sains. Ada di antara mereka yang sanggup menerima kursus yang entah apa-apa kerana takut berada di Tingkatan Enam aliran sains.

Persepsi dan realiti bahawa Tingkatan Enam aliran sains sungguh mencabar berbanding matrikulasi dan lain-lain mendominasi pemikiran anak-anak Melayu menjadikan mereka lari 'mencicit' meninggalkan Tingkatan Enam aliran sains ini jika ada peluang.

Diharap dengan penstrukturan semula Tingkatan Enam yang sedang berlangsung sekarang keadaan ini akan segera berubah di tahun-tahun akan datang. Pihak Kementerian Pelajaran perlu memikirkan elemen penarik kepada Tingkatan Enam untuk bersaing dengan institusi pra-universiti yang lain.

Semoga selepas ini tidak akan ada lagi kedengaran Tingkatan Enam di kalangan anak-anak Melayu ditutup atau pengurangan pelajar tidak separah sekarang. Mudah-mudahan !

Jiwa Remaja Sentiasa Bergelora

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

LUMRAH remaja mempunyai banyak keinginan terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana terhalang oleh batas agama dan budaya.

Kebanyakan remaja memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa dan meniru untuk bertindak seperti orang dewasa.

Pertentangan sifat itu semakin ketara jika remaja membuat sesuatu menurut kata hati tanpa berfikir semasak-masaknya.

Keinginan mencuba sesuatu yang baru adalah lumrah bagi mereka yang baru ‘mengecap nikmat hidup’ terutama jika sebelum ini keinginan kerap dihalang keluarga.

Kemodenan era globalisasi yang ditunjangi Barat turut membawa bersama pengaruh dan gaya hidup mereka dalam masyarakat kita.

Bagi remaja, gaya hidup masyarakat Barat yang moden, kelakuan dan cara berpakaian tidak senonoh perlu bagi menunjukkan kemodenan mereka biarpun semua itu berlawanan syariat agama.

Jika remaja pandai mengambil kelebihan berkenaan untuk digunakan pada jalan yang betul, ia mampu memberi manfaat tersendiri.

Pertentangan antara keinginan remaja dengan perintah agama menyebabkan jiwa mereka memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurut kata hati.

Remaja yang mempunyai pegangan agama yang tinggi dan lingkungan keluarga yang tidak mengabaikan perintah agama pastinya dapat menangani masalah ini dengan mudah.

Gejolak jiwa remaja sukar untuk dibendung kerana pada umur sebegitu, mereka mudah dipengaruhi unsur negatif yang berada di sekeliling mereka.

Namun, bagi remaja yang terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri supaya tidak sentiasa terlena dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat sementara itu.

Remaja perlu lebih memahami diri sendiri dan tidak mengabaikan peranan terhadap keluarga. Perhatian yang keluarga berikan sewajarnya tidak disalah erti kerana tiada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka hanyut dibuai mimpi.

Sementara itu, setiap remaja perlu mempersiapkan diri sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan Allah.

Remaja perlu ada matlamat dan kesungguhan sebagai insan kerana manusia saja dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna berbanding ciptaan Allah yang lain.

Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang serta diberkati.

Untuk itu, remaja harus pandai membawa diri dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba dan elak mengikut kehendak hati.

Akal fikiran yang ada perlu digunakan sebaik mungkin kerana remaja adalah tonggak masa depan dan maju atau mundurnya sebuah negara bergantung kepada mereka.

Zaman remaja hanya sekali dan jika terlepas, ia tidak mungkin kembali lagi. Nikmati masa remaja sebaik mungkin pada jalan yang betul kerana ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

5 etika mengkritik



1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan memalukan dirinya, dan dianggap tidak profesional, malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.


2. Cuba mulakan teguran anda dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu.


3. Ciptakan suasana ‘bersahabat’ sebelum anda memulakan ’serangan’.


4. Kritik hanya pada tindakan/perbuatan/perangai, bukan orangnya.


5. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan untuk menunjukkan kuasa atau siapa lebih pandai.


Friday, June 26, 2009

Michael Jackson meninggal


LOS ANGELES 26 Jun -Michael Jackson (50 Tahun) meninggalkan dunia di hospital Los Angeles. Michael Jackson yang baru-baru ini dikatakan telah memeluk Islam telah menghembuskan nafas terakhir dirumahnya di Los Angeles.

Sekiranya benar berita yang mengatakan beliau telahpun memeluk Islam, Al-Fatihah buatnya.

Thursday, June 25, 2009

Selsema babi virus H1N1: Sekolah diarah tubuh unit khas

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Setiap sekolah di seluruh negara diarah menubuhkan unit khas untuk mencegah pandemik Influenza A(H1N1), kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Menurutnya, unit tersebut akan dapat mengurangkan penularan virus A(H1N1) di sekolah dengan mengadakan kempen pencegahan seperti ceramah tentang kebersihan diri, mengedarkan risalah dan poster.

"Pihak kementerian juga mewujudkan satu bilik gerakan di Bahagian Pengurusan Sekolah-sekolah Harian untuk tujuan yang sama," katanya sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dalam masa yang sama Wee berkata semua program yang melibatkan penyertaan negara-negara lain di luar negara seperti Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN di Thailand akan ditunda.

"Setelah berbincang dengan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai), beliau kata jangan lagi buat sementara waktu, kita pun tak mahu ambil risiko, jadi kita akur," katanya.

Beliau berkata para pelajar dan guru yang baru pulang dari mengikuti program di luar negara akan diperiksa di lapangan terbang dan dikehendaki menjalani kuarantin selama seminggu.

Sumber : mStar

Wednesday, June 24, 2009

Dulu Influenza A H1N1 sekarang merata dalam media dan khalayak, Selsema Babi H1N1 !!


Walaupun babi dan spesisnya agak sukar memasuki sekolah-sekolah di Lembah Kelang tetapi nampaknya selsema babi telah mulai memasuki beberapa buah sekolah di sana. Sehingga hari ini bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat buah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasnya.

Dalam negara sehingga hari ini jumlah selesema babi keseluruhan sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan. Boleh tahan besar jumlah kes rupanya ! Kenapa agaknya selsema babi ini terus merebak ? Adakah kerana dulu diminta sebut Influenza A H1N1 masyarakat tetap nak sebut Selsema Babi H1N1 ! Ya tak ya juga, adakah patut selesema babi di bagi A, influenza A ? Kalau dibagi B munasabah, influenza B = influenza babi sama juga selsema babi !

Seorang kawan mulut celupar telah bergurau dalam sembang-sembang kami, "Bagus juga masuk selesema babi ke sekolah boleh cuti seminggu !".

"Ah...kau jangan nak beragam, aku kalau selesema lain tak apa, kalau selesema babi tak payah, tak nak aku cuti kerana selesema babi !" pintas saya pantas. Sepatah kata arwah tok wan saya , "minta sisih malaikat 44 !". ( Malaikat apa entah malaikat 44 tu )

Sunday, June 21, 2009

Ayah, asrama tak ada air !

"Ayah asrama tak ada air. Warden bagi balik !".

Memang menyusahkan ! Asrama putera dan asrama puteri tiada air, memang menyusahkan! Kesian penghuni asrama terutama di asrama puteri.

Setiap kali menghadapi kesukaran ini, pihak sekolah pening kepala. Tiada jalan lain hanya mampu benarkan pelajar pulang hujung minggu.

Saya sendiri pelik, bangunan yang baru dihuni 8 tahun, sistem paip rosak sana rosak sini. Bocor sana bocor sini, dalam tanah lah, dalam beamlah, merata-rata. Menyusahkan betul! Elektrik pun begitu juga. Para pelajar asyik duduk dalam gelap saja.

Mohon baiki, kos bukan sikit duit katanya, dan bukan segera macam mee segera. Itupun belum tentu setelah dibaiki tidak akan timbul masalah.

Entahlah zaman kini zaman pelik, barang baru lebih mudah dan cepat jahanam berbanding barang lama ! Macam mana barang lama masih hebat, barang baru cepat kondem?