Monday, November 03, 2008

Inilah realitinya kita...

Malam tadi saya bertugas selaku pengacara majlis Malam Jamuan Mesra Konvoi Bermotor Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BAKSU) dan Kesatuan Pembantu Tadbir Jabatan Pelajaran Pahang (KEPTAN) di Kem Bestari PPD Rompin. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Hurmat Dato Abdul Aziz Abdul Latif Pengarah Pelajaran Pahang, ADUN Tioman, Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua-ketua Sektor JPNP, Pegawai Pelajaran Daerah dan ramai jemputan khas.
Pengalaman saya, untuk menjadi pengacara majlis dalam event yang begitu besar saya mesti menyediakan teks pengacaraan majlis. Dan teks itu telah saya bincangkan dengan pegawai-pegawai tertentu di PPD untuk menyemak susunan yang membabitkan protokol. Semuanya telah disusun atur dengan sempurna.
Tiba-tiba, setengah jam sebelum majlis bermula saya didatangi oleh seorang pegawai atasan BAKSU menghulurkan kepada saya satu senarai penerima cenderahati dan siapa-siapa penyampainya. Saya tidak kisah penyampaian cenderahati itu tetapi yang saya kisah ialah susunannya tidak betul mengikut protokol majlis besar seperti itu. Saya dengan penuh sopan memberi pandangan saya mengenai sususan. Malangnya padangan saya disanggah dan dengan suara yang keras dan tegas bunyinya, saya diarah, " awak ikut saya...awak, kena ikut saya...". Dalam hati saya, masih ada lagi pegawai yang macam ini kat JPN ? Nak ikut macam mana kalau ianya salah dan pasti akan mengundang teguran VVIP nanti ?
Saya merujuk kembali arahan itu kepada Pegawai PPD sama ada saya hendak ikut atau hendak ubah susunan dan penyampainya. Saya cukup bersedia untuk mengubahnya tetapi saya dinasihatkan ikut saja.
Semasa bahagian penyampaian cenderahati, saya yang tidak puas hati, terpaksa ikut arahan yang diberi satu persatu tadi. Yang paling kelakar dan mengarut ialah asalnya dia suruh saya panggil B untuk menerima cenderahati dari A, tetapi apa yang berlaku dihadapan jemputan yang hadir, dia mengubahnya sendiri-sendiri dengan meminta B menyampaikan kepada A. Maknanya pengacara jemput lain, jadinya lain. Terlopong saya dan beberapa orang lain melihatnya !!!
Benar dugaan saya, selepas selesai majlis seorang Pegawai PPD datang membisikkan kepada saya, Timbalan Pengarah tegur kenapa penyampaian cenderahati begitu bercelaru susunannya!
Implikasnya ialah, kerja saya dilihat mengecewakan. Satu pengajaran yang besar yang saya pelajari dari peristiwa itu untuk panduan di masa akan datang. Sesungguhnya profesionalisma hanya bermain di bibir mulut bukan dalam penghayatan dan pelaksanaan.
Maaf di atas rungutan ini, jadikanlah ikhtibar, walaupun kita adalah boss tetapi bab pandangan dengar dan nilai dulu pandangan "subordinate". Jangan main nak sergah je taunye. Kita bukan zaman Jepun lagi !!!
Saya tidak bimbang jika teguran saya ini dibaca oleh pegawai tersebut kerana perkara ini perlu diambil ikhtibar oleh semua pihak khususnya boss-boss. Jangan buat kerja mengarut !

Pelik tapi tak heran pun....


Perhatikan lembu di atas betul-betul. Coraknya peta dunia !

Sunday, November 02, 2008

Cara-cara Menambat Hati Isteri - Bahagian Terakhir

Disini saya memetik tulisan Azhar bin Hj Sarun untuk pengetahuan dan kepentingan semua sebagai sumber ilmu yang mulia. Segala penghurmatan adalah buat penulis asalnya:


1. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.

2. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

3. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

4. Belai isteri sebelum pergi kerja.

5. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

6. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.

7. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

8. Lakukan riadhah bersama isteri.

9. Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.

10. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

11. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

12. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

13. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

14. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

15. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Secebis kisah benar 3 : Mulianya jiwa seorang Puteri

Pada masa ini pelajar-pelajar Tingkatan Tiga sedang sibuk melaksanakan pelbagai aktiviti selepas PMR.

Sedang saya menyiapkan kerja-kerja saya, tiba-tiba muncul dua orang pelajar Tingkatan Tiga, seorang berwajah serius dan seorang lagi kelihatan sedih, memberi salam untuk masuk ke bilik saya. Sebaik masuk, seorang pelajar yang bernama Puteri menyuakan seekur burung pipit yang kelihatan seperti tercokoh di atas tapak tangannya. Dalam keadaan yang seperti panik dan sedih, Puteri merenget memberitahu saya bahawa burung pipit itu sakit dan akan mati kalau tidak ditolong. Dia sibuk menggesa saya memberitahunya macam mana nak tolong burung yang dipegangnya tu.

Saya membelek-belek burung pipit yang terletak di atas tapak tangan Puteri sambil menguis-nguis berkali-kali. Keras, kaku, kejur, mata tertutup, itulah keadaan burung itu. Saya memberitahu Puteri burung itu telah mati, baru mati dan dipersetujui oleh Zamira kawan Puteri. Terkejut saya apabila Puteri membentak saya sambil menangis menafikan burung itu mati. Saya cuba meyakinkan dia tetapi dia tetap tidak mahu menerima hakikat tu dan terus memberi tahu burung itu supaya jangan mati ! Manalah tak mati, saya terlentangkan burung itupun, dia tetap keras, kaku dan kejur !

Melihat keadaan Puteri yang beria-ia itu spontan saya mengarahkan Puteri menadahkan tapak tangannya yang terdapat burung yang kelihatan kejur itu. Saya menjiruskan sedikit air mineral minuman saya ke tapak tangan Puteri sambil meminta Puteri menyapukan air itu ke seluruh anggota burung itu sambil selawat tiga kali dengan niat Allah sembuhkan sakit burung itu.

Saya dan Zamira terkebil-kebil melihat Puteri sambil menitis air mata melakukan sungguh apa yang saya ajar sambil mulutnya kumat-kamit. Sah berselawat lah tu ! Saya bukan tok bomoh dan saya tak pandai berbomoh tapi saya ajar Puteri menjadi bomoh. Saya suruh Puteri melakukan seperti itu hanya suatu tindakan psikologi supaya Puteri menerima hakikat burung yang tercokoh di atas tapak tangannya itu.

Melihat Puteri beria-ia, saya mengambil air mineral lagi, saya isikan sedikit dalam tudung botol tersebut sambil menghulurkan kepada Puteri “ Letakkan air ni kat paruh dia, bagi kena air tu dengan paruh dia”. Puteri melakukannya. Kami memerhati.

“Yeeee….sir dia dah minum…haha…dia dah minum”, sukanya hati Puteri apabila kami melihat burung itu meneguk-neguk air yang Puteri suakan.

Terkejut dan terpegun saya dan Zamira melihat burung itu meneguk-neguk air beberapa kali sebelum senyap kaku kembali. Saya menghulurkan sebuah kotak seluas sekeping buku tulis. Puteri membuat hamparan tisu dan meletakkan burung itu di dalam kotak tersebut sambil dia terus menyapu-nyapu air ke seluruh anggota burung tesebut dengan mulut yang kumat-kamit. Saya dan Zamira hanya memerhati telatah Puteri yang elok je bertimpuh atas lantai sejak dari tadi dalam bilik saya itu. Tiba-tiba burung itu mengibas-mengibas kepak dan seluruh badannya lalu terbang keluar, “ Yee…dia dah boleh terbang. Sir, kejap sir, nak pergi tengok dia terbang kat mana ?” kata Puteri berlalu pergi dengan Zamira.

Tidak lama selepas itu mereka datang kembali ke bilik saya dengan membawa burung tersebut. Puteri memberitahu burung itu jatuh tersungkur kerana kakinya cedera. Sibuk pulak dia bertanya saya apa hendak buat untuk merawat kaki burung itu. Susahnya saya dengan keletah Puteri. Dia buat saya macam doktor haiwan pula. Dengan aura seorang guru saya tetap memberi harapan kepada Puteri dan menyuruh Puteri sapukan minyak urut ke kaki burung tersebut. Saya suruh Puteri pergi ke bilik guru minta dengan mana-mana cikgu minyak urut yang terdapat dalam kotak kecemasan. Tanpa berlengah mereka berdua bergegas ke bilik guru pula. Cikgu mana pula yang akan digesanya...

Mereka meninggalkan saya dan saya termenung seketika memikirkan apa yang belaku sebentar tadi. Hari ini seorang pelajar saya bernama Puteri Zubaidah (nama sebenarnya) telah mengajar saya banyak perkara yang memerlukan saya memuhasabah diri saya sendiri. Saya dengan sikap mengambil mudah mungkin akan mencampakkan burung itu ke dalam tong sampah kerana yakin burung itu telah mati. Tetapi Puteri diizinkan Allah untuk mengajar gurunya erti sebuah kesabaran, keikhlasan tindakan, keikhlasan amalan, keikhlasan penghargaan dan nilai terhadap nyawa dan erti kasih sayang yang sebenar terhadap sesama mahkluk Allah. Masya Allah murni sungguh jiwa budak ini!

Esoknya saya terserempak dengan Puteri di hadapan bilik guru. Dia tak sabar-sabar menceritakan kepada saya sambil tersenyum riang, “Sir, burung semalam tu sihaatt, dia dah terbang dah!”.

“Puteri nampak ke dia pergi mana ? Kot-kot kena makan dek kucing”, saya cuba menduga Puteri.

“Tak adalah, orang nampak dia terbang, orang tengok. Dia terbang ke atas pokok kat semak belakang sekolah tu.” Jelas Puteri beria-ia.

Saya kagum dengan jiwa keperimanusiaan anak murid saya ini. Burung yang kalau mengikut hukum akalnya akan mati telah berjaya diselamatkan oleh jiwa Puteri mulia, yang berperikemanusiaan dan prihatin. “Puteri budak baik, banyak pahala Puteri dapat. Percayalah Puteri, burung tu akan bermohon kepada Allah semoga Puteri mencapai kecemerlangan dalam PMR nanti dan semoga Puteri akan cemerlang dan berjaya dalam hidup sebagai muslimah yang solehah.”.

“Tak adalah…” Puteri terus berlalu sambil tersipu-sipu tetapi kelihatan puas kerana telah dapat memberikan keikhlasan jiwanya kepada sejenis makhluk Allah yang lain yang memerlukan keprihatinan kemanusiaan seorang manusia. Saya terasa malu kepada Puteri!

Saturday, November 01, 2008

Cara-cara menambat hati isteri - Bahagian 2

Di sini saya petik tulisan Azhar Hj Sarun mengenai cara-cara menambat hati isteri . Terima kasih kepada penulis asal kerana usaha yang mulai ini. Saya kemukakan untuk renungan, muhasabah diri, pengetahuan dan amalan dalam membina atau menambah-baik kebahagian keluarga khususnya dalam hubungan suami-isteri:


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu “I love you”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

6. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan oranglain.

9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.

12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

16. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri dari anak-anak.

20. Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa—minyak wangi, jamu atauseumpamanya.

Elakkan sakit mental


Menurut Majalah i-sihat Oktober 2008, 10.8 peratus orang dewasa mengalami masalah sakit mental di Malaysia. Di kalangan kanak-kanak dan remaja 13 peratus. Dibimbangi peratusan ini akan meningkat pada masa akan datang dalam suasana kehidupan seperti yang ada kini.

Antara tanda-tanda sakit mental ialah :
1. Hilang minat kepada aktiviti harian (suka menyendiri)

2. Hilang tumpuan

3. Alami masalah dan gangguan tidur

4. Perubahan selera makan.
5. Kepenatan keterlaluan

6. Rasa bersalah yang keterlaluan
7. Hilang harga diri

8. Putus harapan

9. dan memikirkan tentang kematian

Santai sekejap....

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke pantai tanah besar. Untuk sampai ke tanah besar, ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relek je!

Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai terlebih dahulu dari anjing A. Sempat makan lagi anjing B sementara menunggu anjing A sampai. Anjing A tidak puas hati tapi anjing B kata, " Relek aa, aku kan anjing laut !"