Saturday, January 31, 2009

Diajaknya berlawan siapa anak ramai....

Satu pagi saya pergi ke pasar. Sebelum masuk ke pasar saya terserempak dengan seorang perempuan sedang mendukung dan memimpin kanak-kanak yang masih kecil. Di belakangnya diikuti oleh seorang lelaki juga memimpin seorang kanak-kanak yang agak besar sedikit. Dari jauh perempuan ini senyum pada saya, saya senyum kembali.

"Cikgu apa khabar, sihat ke ? Lama tak jumpa cikgu." sapa perempuan itu mesra.

"Baik...sihat ! Eh awak rupanya", saya kenal dia kerana dia bekas murid saya sewaktu di sekolah rendah dahulu.

"Ini anak-anak awak ke ?" tanya saya.

"A'ah..cikgu, ini semua anak-anak saya. Ini suami saya cikgu", jawabnya mesra sambil memperkenalkan suaminya kepada saya. Kami bersalam.

Melihatkan kanak-kanak yang bersama mereka saya pun bertanya lagi " Berapa orang anak-anak awak ?"

"Enam orang , cikgu pulak berapa orang anak ?" jawab dan tanyanya.

"Anak saya lima orang', jawab saya ringkas.

Sambil tergelak kecil dia menjawab, "Hahah...cikgu kalah dengan saya !!'.

Aftaghfirullahil azim....dia ajak saya berlawan anak ramai pulak dengan dia !! Suka hati bebenar dia, anak dia lebih ramai dari anak cikgu dia ! Budak-budak....dulu koro je kau yee!!!

Kawan-kawan jom makan ketam rebus!! Sedaap!!

Seedapnyee !!! Tapi kalau gaut.... jangaannn !!



Friday, January 30, 2009

Aik...ye ke ? Macam ngam je !

Satu hari dalam tahun 2008, dalam perjalanan pulang dari sekolah tiba-tiba saya menerima satu panggilan.

”Hello, assalamualaikum Li ? Apa khabar..sihat ke ?” tanya suara itu.

”Salam. Alhamdulillah sihat. Minta maaf sapa ni ?” tanya saya kepada suara yang kedengaran cukup mesra sekali.

” Akulah Yusuf...alah kita kursus sama kat Kuantan dua tahun lepas. Dulu aku masih mengajar di Kuantan sekarang aku dah pindah Kuala Trengganulah. Kau lupa dah ke ?”, kata si Yusof.

Bimbang takut kawan kata saya sombong maka dalam keadaan entah ya entah tidak, saya menjawab “ Ooo.. Yusof. Ingat..ingaat !! Apa cerita Yusof ?”.

” Li, aku dalam perjalanan ke Seri Malaysia Tanjung Gemuk. Kami guru kaunselor Trengganu ada buat kursus dua hari kat situ. Li, tak kan aku ke Kuala Rompin tak merasa udang galah barang sekilo dua ?” usik Yusof mesra.

”No problem Sop, petang esok aku jumpa engkau dekat Seri Malaysia, pastu kita pergi cari udang galah! Malam ni aku minta maaf ada urusan penting, tak dapat jumpa engkau” jawab saya.

”Okay...okay Li ! Aku tunggu esok.” jawab Yusof ringkas.

Sebaik selesai perbualan telefon, dengan bersungguh hati saya cuba bayangkan wajah Yusof. Yusof mana satu ni !!? Bertindan-tindan wajah kawan-kawan yang bernama Yusof tergambar difikiran namun saya tetap gagal mengecam Yusof yang called saya tadi .

”Ahh...tak kisahlah, esok aku mesti jumpa Yusof dan pasti aku akan cam dan kenal dia”, fikir saya sendirian.

Petang itu saya pula telefon Yusof untuk pastikan dia sudah sampai atau belum dan untuk mempastikan sekali lagi Yusof mana. Kami sekali lagi bersembang dengan mesra. Kebanyakan kawan-kawan yang dia ceritakan, semua saya kenal. Jadi komunikasi saya dengan Yusof langsung tiada cacat celanya. Namun satu dua perkara dalam perbualan kami itu saya rasa pelik. Tapi saya buat tak tahu saja. Kursus yang dikatakan saya hadir bersama dia sebenarnya saya tidak hadir. Saya tetap tak cam Yusof mana satu. Saya hendak bagi tahu dia saya tak ingat dia Yusof yang mana satu, saya bimbang dia kecil hati kerana dia seperti kenal dan mesra sangat bunyinya. Saya juga bimbang dikatakan sombong jika memberitahu saya tak kenal dia dalam keadaan dia begitu mengenali saya. Pelik ! Namun saya tidak kisah...biarkan saya berjumpa Yusof esok.

Esok sebaik pulang dari sekolah saya terus ke Hotel Seri Malaysia Rompin. Saya bercadang mahu ambil Yusof untuk mencari udang galah. Saya telefon, Yusof tak respon. Berkali-kali saya telefon, tetap Yusof tak respon. Andaian saya mungkin Yusof tengah berkursus maka telefon ditinggal di mana-mana atau disilentkan. Setelah satu jam setengah saya menunggu akhirnya saya gagal berjumpa Yusof dan membuat keputusan pulang ke rumah.

Menjelang maghrib tiba-tiba saya mendapat panggilan dari Yusof. Yusof mungkin melihat miss called saya begitu banyak dalam henfon dia. Dan kami berjanji untuk berjumpa. Malam itu selepas solat isyak saya mengajak seorang sahabat, Samad Duhalit menemani saya berjumpa Yusof.

Sebaik sampai di Hotel Seri Malaysia saya called Yusof dan menunggu beberapa minit di luar. Sedang saya bersembang dengan Samad, saya menerima panggilan dari Yusof . Saya jawab dan melihat ke arah pintu masuk hotel. Saya melihat Yusof dan Yusof melihat saya.

Yusof menuju ke arah saya seperti teragak-agak. Saya melihat Yusof memandang lama dan semacam pelik melihat saya. Saya pun begitu. Kami bersalam dan berpeluk-pelukan semacam lama tidak berjumpa? Saya ajak Yusof naik kereta saya bersama Samad untuk ke Restoran Nusantara. Sepanjang perjalanan dan di Nusantara kami bersembang mesra, bercerita hal-hal lama dan macam-macam yang semuanya macam iya-iya sahaja. Gelak ketawa senyum riang semuanya ada. Walaupun kami kelihatan begitu mesra tapi kadang-kadang saya terasa ada beberapa perkara pelik dalam kemesraan kami itu. Saya rasa Yusof pun begitu agaknya! Tapi kami semacam tidak fokus kepada perbincangan yang semacam agak pelik dan celaru itu.

Lebih kurang pukul 10.30 malam saya menghantar Yusof balik ke Hotel Seri Malaysia. Sekali lagi saya memohon maaf kepada Yusof kerana tidak dapat melayaninya terutama permintaan udang galah kerana petang tadi saya gagal berjumpa dengan Yusuf. Yusof pun begitu, mengucapkan terima kasih di atas layanan dan makan malam itu dan memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan saya petang tadi kerana dia ke Mersing dan henfon tertinggal katanya.

Dari cermin kereta saya sempat melihat dengan jelas Yusof yang menuju ke arah kawan-kawannya, tergelak sambil kedua-dua tapak tangannya menekup pipinya. Apakah yang menggelikan hatinya? Kenapa Yusof buat begitu ?

Saya yakin Yusof tergelak kerana selama ini Yusof tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan saya. Yusof tersilap orang ! Orang yang dipanggil ‘Li’ itu sebenarnya bukan saya tapi orang lain ! Tapi bagaimana Yusof dapat nombor telefon saya ? Saya syak Yusuf mungkin mempunyai seorang kawan yang juga kawan saya. Mungkin Yusof merujuk kepada kawannya yang dia tidak begitu ingat nama yang tinggal di Rompin ini, dan mungkin kawan Yusof yang mengenali saya menganggap kawan yang Yusof kenal itu adalah saya lalu diberikannya nombor henfon saya.

Tapi saya pelik dalam pertemuan singkat itu, Yusof dan saya tidak pernah sampai ke titik pengakuan yang menunjukkan kami sebenarnya tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Apabila saya memberitahu Samad bahawa saya sebenarnya tidak kenal Yusof dan Yusof tidak kenal saya, Samad terkejut dan hairan “ Aik….ye ke cikgu Li tak kenal dia. Yang bersembang beria-ia tadi macam mana ? Ngam je nampak apa yang dibincangkan. ”

Entahlah….ego kot !. Atau masing-masing cuba jaga hati kawan atau ….. Atau apa ye ?

Thursday, January 29, 2009

Jom, mandik kitak cikgu !

Pengawal keselamatan sekolah saya sentiasa berubah-ubah. Kecuali si Yahya dengan pasangannya. Yang lain-lain tu sentiasa bertukar-tukar hinggakan sukar saya hendak mengenali mereka.

Satu hari sewaktu saya sampai di sekolah untuk program kuliah maghrib saya, seorang pengawal keselamatan membuka pintu pagar sekolah dan senyum kepada saya sambil mengangkat tangan. Melihat aksinya yang begitu bersopan terhadap saya, saya memberhentikan kereta saya dihadapannya. Saya membuka cermin kereta untuk bertanya khabar.

Belum sempat saya bertanya, pengawal keselamatan itu terlebih dahulu bertanya saya " Cikgu, apa khabar ? Cikgu kenal saya tak ?".

Saya memohon maaf kepadanya kerana saya tak ingat dia kalau benar kami pernah berjumpa. "Di mana kita berjumpa ya ", tanya saya sambil menghulur tangan, bersalam.

"Alah.....cikgu mengajar saya masa darjah tiga dulu. Dulu cikgu ingat tak...cikgu selalu suruh saya pergi mandi tiap-tiap pagi. Ada sembilan orang cikgu suruh mandi, sayalah salah seorangnya".

"Astaghfirullah....saya dah lupa....lama sangat. Saya minta maaflah sebab suruh awak mandi dulu tu. Awak marah ke ?" tanya saya serba salah.

"Tak ada marah-marahnya cikgu, memang itu dah kerja cikgu mendidik dan mengajar kami", mantap hujah dia. Terpegun saya.

Saya bercerita ini tidak langsung bertujuan untuk memalukan bekas pelajar saya yang sembilan orang itu. Tapi oleh kerana salah seorang dari mereka beria-ria mengimbas kembali kisah itu dan menganggap sebagai salah satu proses mendidik, maka saya bersyukur.

Pada waktu itu setiap kali masuk kelas saya sentiasa mencium bau yang tidak menyenangkan. Saya tak tahu apa yang saya hendak laku. Marahkan murid-murid dari kalangan anak-anak orang Asli ini bukan satu cara menyelesaikan masalah pada waktu itu. Akhirnya selepas seminggu lebih mencium bau yang tidak enak itu saya terfikir satu idea. Saya berjumpa dengan guru besar Puan Rabiah Wahab. Saya memohon dengan guru besar agar belikan saya 9 tuala mandi, satu botol besar shampoo, satu botol besar shower cream dan berus gigi secukupnya. Pada mulanya Puan Rabiah agak pelik dengan permintaan saya. Tapi setelah saya terangkan akhirnya dia faham dan rupanya dia sangat-sangat tertarik dan bersetuju.

Setelah dapat keperluan tersebut mulalah saya menjalankan operasi menyuruh mandi budak-budak tersebut. Pada mulanya terpaksa memujuk. Memang sukar untuk dua tiga hari permulaan. Tapi lama kelamaan aktiviti mandi pagi bagi 9 pelajar asli itu menjadi perkara biasa.
Harum semerbak kelas saya. Cukup kondusif untuk prose P & P. Setelah dua minggu saya mula rasa hilang fokus dan renyah dengan rogram tersebut. Pada saya sampailah masanya untuk mereka memahami pendidikan yang diajar itu.

Saya mula kurangkan pemantauan. Satu hari " cikgu, bila lagi kami nak mandi ?', tanya salah serorang dari mereka.

"Kamu mandi sendirilah pulak....tak kan saya nak uruskan selamanya', bentak saya tension! Terkebil-kebil budak-budak itu. Yang geramnya ada juga murid-murid Melayu nak tumpang mandi, " Cikgu, nak mandi jugek!."

"Tak payah... kamu mandi kat rumah...sebook je !!" jerkah saya. Selepas itu saya tak tahu apa yang berlaku dengan program mandi pagi itu kerana saya telah berpindah ke sekolah lain.

Itulah kisahnya, seorang pengawal keselamatan sekolah, bekas pelajar saya mengingatkan kembali kisah saya memandikan 9 orang pelajar-pelajar asli di sekolah itu. Pertemuan itu sebenarnya memberitakan kepada saya rupa-rupanya apa yang dilakukan itu sangat dihargai oleh mereka yang bekenaan.

Antara kisah dulu-dulu. Sesungguhnya kita, cikgu adalah segala-galanya kepada anak-anak didik kita.

Tuesday, January 27, 2009

Dilema Pasukan Bolasepak Malaysia berpanjangan - Malaysiakini

Menyaksikan permainan pasukan bolasepak kebangsaan sepanjang Pestabola 2008 dan prestasi awal 2009 ini, dapatlah dirumuskan bahawa pasukan tersebut belum meningkat tarafnya. Pasukan kebangsaan masih berada dalam zaman kejatuhan yang sangat kritikal. Nampaknya usaha menempat pasukan bola sepak kebangsaan berada di dalam kumpulan pasukan bertaraf dunia masih jauh dari tercapai.

Pertamanya, sekali-sekala apabila berpeluang menonton permainan pasukan kebangsaan seringkali dapat ditonton pemain-pemain pasukan kebangsaan yang kelihatannya seperti tidak berstamina. Pergerakan pemain kelihatan lembik lutut, tidak kelihatan sasa, mudah jatuh apabila diasak secara fizikal oleh pemain lawan, larian yang tidak kelihatan bertenaga. Kenapa tiada yang mempunyai larian seaggresif dan secantik larian Jamal Nasir , Mokhtar Dahari, Abdullah Ali, Syukur Salleh atau Hamidon Abdullah. Bukan sahaja pantas tetapi keras, tegap dan tidak lembik. Pemain-pemain dahulu tidak mudah jatuh, lasak dan sangat aggresif dalam pergerakan walaupun serendah Wan Zawawi. Ini bermakna gaya pergerakan ini sebenarnya adalah aspek stamina yang boleh dibentuk. Pemain-pemain Malaysia yang ada hari ini masih jelas tidak terbentuk dari segi ini.

Realiti yang tidak boleh ditolak ialah untuk bermain di pertandingan bertaraf dunia pemain-pemain Malaysia mesti mampu bermain selama 180 minit atau lebih secara bertenaga dan aggresif seperti pemain Korea Selatan, Cina dan Jepun. Jika tidak mampu mencapai standard tersebut, lebih baik tak usah bermimpi untuk menjadi pasukan bertaraf dunia.

Kelemahan kedua nampaknya ialah faktor kemahiran. Dari apa yang dapat lihat beberapa tahun kebelakangan ini pemain-pemain Malaysia sangat lemah dari segi kemahiran permainan bolasepak. Hantaran yang tidak tepat. Kawalan bola yang longgar. Tendangan yang sering tidak menepati sasaran dan paling utama kemahiran berfikir yang cukup lemah. Lemah dalam membuat keputusan dalam permainan akhirnya permainan menjadi hilang fokus. Kelemahan ini seringkali dimanipulasi oleh pasukan lawan. Nampaknya pemain-pemain kini bermain " asal kejar bola dan asal dapat sentuh bola" maka itulah bermain bolasepak!

Pelik kenapa Pengurus dan Jurulatih tidak nampak perkara ini ? Atau sudah berkemahirankah pemain-pemain yang mereka bimbing itu sebenarnya? Kalau mereka kata pemain-pemain mereka sudah berkemahiran, maka percayalah, tahap itulah mereka selama-lamanya, merudum lagi mungkin! Perkara kemahiran pemain ini, peminat-peminat dan pengulas bolasepak sudah nampak 10 - 15 tahun yang lalu dan hari ini keadaan tetap macam itu juga.

Faktor ketiga ialah disiplin. Pemain-pemain Malaysia sebenar tidak mempunyai disiplin permainan yang berkualiti. Mereka lebih mementingkan glamour dari disiplin permainan. Malas mengejar bola, malas merebut bola, malas berfikir dalam permainan, lebih kepada mahu menunjuk lagak dari menunjukkan cara bermain yang berdisiplin. Jika hendak mencari glamour lebih baik menjadi artis. Bersikap ego dan tidak boleh ditegur secara aggresif. Teguran mesti dengan lembut jika tidak pemain akan merajuk. Bayangkan pemain Korea Selatan ditampar oleh jurulatih ! Memang tiada siapa yang minta pemain Malaysia ditampar tetapi itulah hendak tunjukkan sikap pemain yang profesional dan berdisiplin. Sanggup baiki mutu permainan walau ditegur dengan apa cara sekali pun. Bagi pemain Korea Selatan dan Jepun, jurulatih dan pengurus pasukan tetap pembimbing dan penunjuk ajar utama yang perlu dihurmati walau dengan apa cara dan keadaan sekali pun.

Faktor keempat pengurusan pasukan iaitu pengurus pasukan dan jurulatih yang sambil lewa, tidak kreatif dan tidak berintegriti dan pengurusan yang tidak profesional. Sudah berapa kali kita terdengar sukan bolasepak negara terbabit dengan rasuah bolasepak dan pengurusan yang pilih kasih. Apakah FAM sudah melata mencari pemain berbakat atau masih ada unsur pilih kasih dalam pemilihan pemain ? Standard dan sistem kerujulatihan juga agaknya seperti masih ditakuk lama.

Faktor kelima, pengendali FAM itu sendiri mesti berubah. Pengurusan yang seringkali melanggar etika profesionalisma pengurusan bolasepak perlu ditiadakan di FAM. Pemberian mata kepada pasukan yang bertanding pun masih kelam kabut !

Jika lima faktor ini tidak diatasi segera, janganlah kita berharap Malaysia akan menjadi antara pasukan terbaik dunia seperti Korea Selatan, Iran, Jepun, Turki dan China. Kita mungkin hanya setaraf atau akan lebih rendah dari pasukan Mali dan Sierrra Leone!

Ramuan dan penambah makanan dari sumber binatang - Malaysiakini

Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati, bahan ramuan dan penambah makanan yang berikut adalah diperolehi dari sumber binatang:

Bahan Ramuan

Sumber

Kegunaannya

Lelemak binatang

Campuran pelbagai jenis lemak –seperti lemak babi

Biskut, kraker, kerak pai-sedia dimakan

Kalsium stearat

Galian yang biasanya diperolehi daripada lembu atau babi

Garam berperisa, vanilla, pelembut daging, campuran hiasan salad

Asid kaprik (asid dekanoik

Lemak binatang

Dicampur dalam aiskrim, kandi, makanan bakar dan gula-gula getah

Gelatin

Protin daripada tulang rawan, tendon, kulit binatang, banyak gelatin komersial adalah hasil sampingan kulit babi

Gula-gula marshmallow, dadih dan makanan pencuci mulut bergeletin

Gliserida (monody dan trgliserida )

Gliserol daripada lemak binatang atau tumbuhan

Makanan yang diproses kosmetik, haruman dan losen. Digunakan sebagai pengemulsi

Lemak babi

Lemak yang diproses, selalunya lemak daripada perut babi atau lemak di sekeliling buah pinggang) Fosfilipid daripada tisu binatang

Makanan bakar

Lesitin

Tumbuhan, kacang dan kuning telur bagi mengawet, mengemulsi dan melembap makanan

Bijiran, kandi, coklat makanan bakar, majerin dan kosmetik

Asid miristik (asid tetradekanoik)

Lemak binatang

Dicampur dalam aiskrim, kandi, makanan bakar dan gula-gula getah

Asid palmitik

Pankreatin

(ekstrak pankreatik)

Lemak binatang atau lemak sayur (lembu atau babi)

Gula-gula marshmallow, dadih dan makanan pencuci mulut bergeletin

Pepsin

Enzim perut babi

Dicampur bersama rennet untuk membuat keju

Renin (renet )

Enzim pengumpal yang diperolehi daripada perut binatang (biasanya anak lembu)

Renin digunakan untuk mengental

Sodium stearoyl lactylate

Mungkin sumber lembu, babi, susu binatang atau sumber galian sayuran

Digunakan dalam kek puding atau adunan penkek dan makanan bakar

Asid stearik

(octadecenoic asid )

Lemak binatang atau lemak-lemak daripada sumber lain seperti tumbuhan atau galian

Perisa vanilla, gula-gula getah, makanan bakar, minuman, kandi, supositori dan pembalut pil

Suet

Tallow

Wei

Lemak binatang

Lemak daging lembu

Cecair yang dipisahkan daripada pepejal susu dalam penghasulan keju

Daging cincang dan pastri

Sabun, krayon, lilin dan kosmetik, kraker, roti, kek, keju, makanan diproses yang ditambah perisa

Asid Oleik

(asid olienik)

Lemak binatang

Perisa berempah untuk makanan bakar, kandi, aiskrim dan minuman.

SUMBER: PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG

Mat rempit, seks di atas motosikal ? - Malaysiakini


Hari ini saya membaca satu kajian dalam Berita Harian oleh Prof Madya Dr Rozimi Ismail dari UKM mengenai kegiatan mat rempit. Pada pandangan orang awam secara kasarnya memang mat rempit dewasa ini sebagai satu masalah yang begitu mengancam. Aktiviti merempit wujud di mana-mana baik di kota, bandar mahupun di ceruk kampung. Maka tidak keterlaluan jika kajian itu mendapati mat rempit antara menyumbang besar kepada indeks jenayah negara.

Kajian itu mendapati pembabitan remaja Melayu dalam merempit semakin meningkat kepada 95 peratus berbanding 80 peratus pada tahun 2002 . Kebanyakan yang merempit ini berusia antara 14 hingga 25 tahun dan majoritinya berusia lingkungan 21 ke atas. Tidak menghairankan jika dikaji latar belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Logiknya mereka juga mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada pengajian sekolah.

Hasil kajian mendapati, 97 peratus daripada mereka disifatkan sebagai ‘kepala angin’ atau sanggup melakukan apa saja untuk mencari keseronokan manakala bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai mat motor iaitu individu yang benar-benar sukakan motosikal.

Kebanyakan mat rempit adalah penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pekerja kilang (bahagian am), mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT).

Kajian yang dijalankan oleh Prof Madya Dr Rozimi Ismail dari UKM itu dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, 85 peratus daripada mat rempit tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh sah. Kebanyakan mat rempit sering menggunakan motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba.

Lebih menggusarkan ramai antara mat rempit mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah, dan ini menjadikan golongan ini antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas.

Paling liar dan biadap, kajian itu mendapati antara aktiviti mat rempit adalah melakukan seks di atas motosikal sebagai satu kebanggaan kerana melambangkan kehebatan sesama mereka.

Sungguh menyedihkan, apabila saya mengenang remaja Palestin bertungkus-lumus, berguguran darah tumpah ke bumi berjihad menentang Zionis Israel untuk menegakkan panji-panji Islam, sebaliknya ada remaja kita, ramainya berbangsa Melayu bergelimpangan mati sia-sia dalam keadaan terus-terusan melakukan dosa, merempit.

Monday, January 26, 2009

Harga gula akan dinaikkan ? - Malaysiakini

Datuk Shahril berkata ada kemungkinan harga gula akan dinaikkan walau bagaimanapun hal itu dalam kajian kerajaan. Dan pasti ada yang akan memberi nasihat supaya kurangkan mengambil gula supaya dapat menghindari penyakit kencing manis dan seumpamanya.

Isunya adalah apabila harga gula benar-benar dinaikkan apakah pelajar-pelajar saya akan makan kuih yang tawar ? Apakah boleh dipanggil kuih jika ianya tawar ? Atau apakah para pelajar sekolah akan membeli kuih atau minuman yang lebih mahal harganya di kantin sekolah ? Atau kerana gula semakin mahal maka saiz kuih akan dikecilkan ? Nampaknya para pelajar juga akan menghadapi cabaran yang lebih getir di ambang 2009 ini.

Isu yang kedua, sudah pasti harga kuih dan minuman di pasaran akan bertambah mahal atau saiz kuih akan mengecil. Maka itu bagaimanakah keadaan minuman dan kuih muih di kafeteria universiti dan kolej ? Kos makan para pelajar akan pasti bertambah. Sekarang makan dan minum sudah mahal maka selepas ini makanan dan minuman akan bertambah mahal lagi.

Maka marilah kita berlatih dan amalkan dari sekarang makan kuih dan minum air tawar. Bolehkah ?

Saturday, January 24, 2009

Kes 'cheered'

Semalam dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya sempat singgah sebentar di sekolah pertama saya bertugas, sebaik saya bergelar guru. SK Leban Chondong. Dalam persingahan yang sebentar itu untuk bertemu seorang sahabat lama di kantin sekolah, tiba-tiba saya teringat satu pengalaman mengajar apabila saya terpandang ke arah sebuah kelas yang masih ada lagi. Dalam kelas itulah kisah ini berlaku.

Waktu itu adalah tahun kedua saya menjadi seorang guru. Saya mengajar bahasa Inggeris darjah 5B. Hanya ada dua darjah lima iaitu 5A dan 5B. Pada waktu itu terasa sungguh kesukaran mengajar bahasa Inggeris di kampung traditional ini. Habis ikhtiar dan cara saya lakukan untuk mengatasi kelemahan membaca murid-murid darjah 5B.

Bayangkan kalau dalam bahasa Melayu pun mereka 'salah-habah', inikan pula dalam bahasa Inggeris. Sukarnya saya. Namun sebagai guru muda yang kata ceritanya, bersemangat kental untuk berbakti kepada anak-anak bangsa, saya cuba berinovasi dalam pengajaran saya. Apa yang saya fikir sebagai guru muda yang masih terlalu banyak idea, tak salah kalau aku berinovasi. Maka dengan penuh semangat berinovasilah saya.

Jenuh saya mengajar mereka membaca, tetap tidak menjadi. Hendak menyebut satu-satu perkataan terlalu sukar. Jika mereka menyebut mesti sakit telinga saya mendengarnya. Satu hari saya terlampau hendak marah, lantas saya memberitahu pelajar yang sedang saya suruh membaca itu " Hey kamu, apa susah sangat niii? Kamu eja...kamu eja...kamu batangkan dan sebut...sebut kuat-kuat, retiii!!! " tempik saya dengan penuh kegeraman.

Melihat keadaan saya yang sudah macam 'gajah naik minyak', budak ini dalam keadaan terketar-ketar terus cekalkan hatinya membaca tersangkut-sangkut dengan kuatnya " wehen de playe kik de bo into de gol, oll de sepektato ciirit (cheered disebutnya cirit).

Ya Allah....'ciirit' disebutnya, pulak tu habis semua spectators cirit!! Bayangkanlah 'pecah perut' satu kelas. Saya lemah longlai terduduk di kerusi saya sambil menekup muka saya, berusaha menahan ketawa yang berbaur dengan keadaan hendak marah yang teramat sangat " apalah nasib akuu !".

Selepas dari itu 'tobat lahum' saya tidak lagi berinovasi dengan menyuruh mengeja dan membatang macam bahasa Melayu dalam pengajaran bahasa Inggeris saya. Itulah kisah 24 tahun yang lampau di kelas itu di SK Leban Chondong !!! Kah..kah..kahh !

Rusydiah

Rusydiah. Begitulah nama dia. Sepanjang menjadi guru ini baru tiga kali berjumpa dia secara bersemuka. Kali pertama terperasan yang dia ini adalah pelajar baru dalam kelas saya, Tingkatan 6 Atas Sains Satu. Tiba-tiba sahaja muncul, akhir tahun lepas.

Kali kedua berjumpa dia, sewaktu dia datang dengan wajah susah hati ke bilik saya untuk mohon pandangan dan nasihat mengenai masa depannya. Kami berbincang dalam lebih kurang 45 minit rasanya. Sempatlah dia termenung dan menitiskan beberapa titisan airmata di hadapan saya. Namun wajah dia tenang walaupun saya tahu hatinya cukup berserabut dan penuh kebimbangan. Tapi saya juga tahu dia juga seorang yang sangat cekal.

Masuk sesi 2009, tiba-tiba Rusydiah hilang. Hilang entah ke mana. Tertanya-tanya saya sendirian ke mana Rusydiah ? Hilang ? Saya tidak pulak bertanya rakan-rakan sekelasnya yang lain. Mungkin saya rasa Ruysdiah menghilangkan diri dari sekolah ini kerana ingin teruskan pengembaraannya ke planet 'Pluto' !? Tak kisahlah kerana dari raut wajahnya, Rusydiah seorang yang cekal, tenang tetapi sangat ambitious !

Dan tiba-tiba pada minggu lepas saya berjumpa Rusydiah buat kali ketiga di sebuah sekolah yang lain. Dari jauh saya ternampak kelibat macam Rusydiah dicelah-celah pelajar yang ramai tapi saya tak sempat untuk memberi fokus kerana terlalu asyik memberi ceramah. Namun pada satu ketika sempat juga saya memperli Rusydiah, jelas dari reaksinya semacam dia faham saya perli dia.

Sebaik selepas selesai tugas saya, Rusydiah datang dengan senyum yang jernih dari wajahnya dan menyapa " sir, apa khabar?!". Sambil menuju ke kantin sementara menunggu Cikgu Tora saya sempat bersembang dan bertanya khabar akan periha Rusydiah. Yang jelas kini Rusydiah seorang pelajar yang cukup tenang, gembira dan mempunyai kecekalan dan keazaman serta semangat yang cukup tinggi untuk memberitakan kepada saya nanti yang dia telah benar-benar menakluki planet "Pluto"nya. Saya mendoakan kecemerlangan buat Rusydiah. I'm proud proud you !

Dan pagi ini sebaik membuka blog ini saya terbaca komen dari Rusydiah tetapi entah apa yang saya lakukan, akhirnya saya tak tahu ke mana komen itu pergi, puas saya mencari! Oh Rusydiah....macam-macam hal engko ni !!!

Thursday, January 22, 2009

Muka

Manusia mempunyai berbagai rupa muka. Kadang-kadang orang menilai seseorang itu berdasarkan muka. Dengan melihat muka maka ternampaklah air muka. Maka kita pun menilailah seseorang berdasarkan muka. Itulah muka sebenarnya.

Muka ini boleh menghasilkan berbagai tafsiran orang. Muka senyum atau orang putih kata 'smiling face'. Ada juga muka redup. Yang ini saya tak tahu macam mana hendak terangkan jenis muka ini tapi memang kita tengok muka dia reduuup je ! Kalau ikut Kamus Dewan, redup ni maknanya kurang cahaya atau suram. Yang paling menjadi isu ialah muka menyakitkan.

Muka menyakitkan ini, orang lain tengok pun naik 'sakit'. Terutama sakit hatilah. Gara-gara muka menyakitkan cemas beberapa orang pelajar kena penampar beberapa orang guru baru. Guru-guru menyampah tak usah kiralah.

Kadang-kadang pelajar yang muka menyakitkan ini, dia tak ada apa-apa. Dia tak kata apapun kat siapa-siapa, tapi cara dia tengok orang atau cara dia tengok guru-guru dia memang menyakitkan. Kerana tak tahu yang muka dia itu muka menyakitkan, kadang-kadang pelajar-pelajar ni naik pelik sendiri agaknya, kenapalah bila mereka tengok orang, tiba-tiba tengok mereka itu menimbulkan kemarahan orang.

Dekat sekolah saya ada dua orang pelajar yang mempunyai muka yang menyakitkan ini ia itu Hairie dan Syed Nur Izz. Budak dua orang ini kalau dia melihat kawan-kawan dia atau cikgu-cikgu memang menyakitkan, menyakitkan hati ! Maka itu budak dua orang ni kerap menjadi bahan perbualan geram cikgu-cikgu.

"Saya tak boleh tengok muka Hairie tu abang Li, geram saya !" luah Azrin.

"Yo sunggoh, kawe pulok geghe tengok muko Izz tu. Aloh gedebelaa weh !" kata si Fairuz.

"Saye pung nye maghi geghang jugok...tapi sabbo je...takuk wak kok dang kang, kiter pulok kene" kata Hafiz.

Itulah hebatnya sahabat-sahabat saya di sini, geram tetap geram tapi sabar tetap ada. Guru-guru muda di sini bagusnya sering mendengar nasihat dan pandangan dari guru-guru veteran macam saya ni walaupun terpaksa berdepan dengan muka yang menyakitkan ini.

Semenjak sekolah di buka sesi ini apabila saya berjumpa dengan dua pelajar ini saya sering suruh mereka senyum, berlatih senyum agar muka mereka tidak lagi menyakitkan orang. Tapi kadang-kadang senyum mereka itupun terasa juga menyakitkan !

Kesian budak-budak ni. Mereka ini budak baik 'handsome' lagi tapi muka mereka itu menyakitkan, sama ada sewaktu dia memandang orang atau sewaktu orang pandang dia. Macam nak cari gaduh je, pada hal tak pun! Begitulah gayanya....muka...muka !!!

Wednesday, January 21, 2009

Rezeki berkat dengan sedekah

Saya kagum dengan pasangan jiran saya yang sangat suka bersedekah atau memberi rasa makanan kepada jiran. Keluarga ini bukan keluarga kaya tetapi aktiviti sedekahnya sangat istiqamah. Pasangan ini sangat suka bersedekah makanan kepada jiran-jiran. Ialah...mungkin itulah yang mereka mampu dan mungkin mereka melakukan secara ikhlas dan termampu sesuai dengan taraf sosio-ekonominya. Mereka akan sedekah apa sahaja makanan walaupun dalam kadar yang sedikit.Pendek kata bersedekah atau memberi rasa makanan telah menjadi budaya keluarga ini.


Contohnya, kami (8 orang dalam satu keluarga) pernah menerima empat biji pisang lemak manis, satu perempat tembikai, dua buku ubi kayu bersaiz sederhana, tiga hiris kuih kacang, semangkuk kecil bubur lambuk, satu biji mempelam siam, setangkai buah rambutan, lima biji cucur pisang, sebatang keropok likur saiz kecil dan seumpamanya. Pasangan ini bukan akan memberi kepada keluarga saya sahaja tetapi juga kepada jiran-jiran yang lain. Yang saya kagum ialah istiqamahnya mereka memberi sedekah makanan atau memberi rasa jiran-jiran makanan yang mereka makan. Ada lagikah ahli masyarakat kita yang seperti ini di zaman ini ?


Benarlah, kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak adamenjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.


11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.


Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' .


Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api".


Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.


Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. Wallahu aklam.

Sunday, January 18, 2009

Wahai anak-anakku bersyukurlah kamu

Beberapa kisah bekas pelajar saya yang menyentuh jiwa saya. Mereka yang saya kisahkan di sini bukan nama yang sebenarnya demi menjaga maruah dan privasi mereka:

Norazlina, seorang pelajar sebuah IPTS di Kuala Lumpur, anak seorang petani tradisional:

Sir kos hidup di Kuala Lumpur ini sungguh mencabar bagi saya sebagai seorang anak kampung. Saya bukan tidak minta duit belanja dengan ayah dan mak di kampung tetapi setiap kali saya mengadu yang saya tiada duit di sini, mak akan menangis. Saya tidak mahu mak menangis tapi kepada siapa saya nak minta duit kalau tidak pada mak dan ayah. Dan PTPTN tidak dapat lagi sir. Sebab itulah saya kerap pinjam duit sir untuk belanja saya di sini. Entah bila saya nak bayar saya tak tahu tapi insya Allah saya akan bayar.....

Nordin, seorang anak yatim yang gagal STPM aliran sains.

Saya terpaksa cari kerja sir. Hasrat hendak belajar saya terpaksa batalkan. Siapa nak tanggung belajar saya. Lagi pun mak saya sekarang ni sakit. Saya bersama seorang adik perempuan saya terpaksa jaga mak yang sudah tidak boleh berjalan lagi. Abang-abang dan kakak-kakak saya ? Entahlah sir macam mana hendak harapkan mereka tanggung saya, nak jenguk mak pun payah.

Mahana; Dua tahun lalu menamat SPM aliran sastera.

Mak saya telah meninggal dunia sir sewaktu saya berusia 13 tahun. Saya ada dua orang adik seorang lelaki dan seorang perempuan. Kami bertiga tinggal bersama ayah dan ayah tidak berkahwin semenjak mak meninggal. Tapi ayah ada masalah sedikit. Adik saya pun begitu pernah ambil arak dan ganja. Sekarang dah nampak okay tapi tak tahulah di belakang kita. Susah saya untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Saya perlu menjaga adik perempuan saya yang sekarang di Tingkatan Tiga dia akan ambil PMR. Saya pernah dapat tawaran buat kursus jururawat di kolej swasta tapi tak mampulah sir. Pinjaman terlalu besar lagi pun siapa nak jaga adik perempuan saya tu. Buat masa ni sayalah'ibu' kepada adik saya tu. Saya memang nak belajar tapi tak mampu. Datuk saya suruh saya kahwin sahaja. Entahlah sir....nampaknya masa depan saya saya perlu korbankan untuk adik saya itu.

Normala, seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Sedang menunggu keputusan SPM.

Saya anak bungsu. Abang-abang dan kakak semuanya sudah berumahtangga. Di rumah hanya tinggal saya dengan mak. Saya belum pasti boleh atau tidak melanjutkan pelajaran tahun ini kerana mak tidak ada orang jaga. Mak sering sakit-sakit dan semput-semput. Mak kata dia tetap nak duduk di rumah kalau saya pergi belajar nanti. Dia tak mahu duduk rumah abang-abang dan kakak. Dia dah bagi tahu saya begitu. Saya pening kepala bila cakap begitu sedangkan saya nak pergi belajar. Apakah saya akan tinggal mak seorang diri? Takkanlah abang saya yang berkerja jauh-jauh akan balik kampung untuk menjaga mak. Macam mana saya nak buat sir?

Rokiah sedang menuntut di IPTS di Kuala Lumpur.

Dulu saya tinggal di asrama sir, tapi bayaran asrama mahal saya tak mampu. Saya terpaksa menumpang di rumah keluarga kawan saya. Saya pun tidak pasti berapa lama keluarga kawan saya tu benarkan saya menumpang tanpa sebaran bayaran. Kawan saya tu sama kolej dengan saya. Abah terlalu jarang datang. Saya terpaksa berjimat di sini. Sir pun tahu keadaan kewangan ayah saya kan ?. Saya pernah ceritakan kat sir sewaktu saya bersekolah dahulu. Saya dapat PTPTN tapi kos belajar dan kos hidup tinggi di KL ni sir.

Jalal sedang menunggu keputusan STPM.

Sejak mak meninggal kehidupan saya dan adik-adik menjadi tidak terurus sir. Saya terasa terlalu sunyi. Saya tidak rapat dengan ayah lagi pun saya kerap berkrisis dengan ayah. Ayah agak susah sikit sir. Maki hamun semacam ' zikir' bagi ayah. Entahlah saya nampak masa depan saya gelap bila mak tiada. Ayah dah cakap dia tidak akan hantar saya masuk universiti walaupun saya mendapat keputusan yang baik dalam STPM nanti. Nampaknya cita-cita saya untuk belajar sehingga ke peringkat unversiti akan terhenti begitu sahaja. Tengoklah nanti kalau saya ada masalah dalam mencapai cita-cita ke universiti saya akan segera berjumpa sir, boleh tak sir?

Demikian saya menyedut kisah benar beberapa orang bekas pelajar saya, yang saya sering ceritakan kepada anak-anak kandung saya agak semua tahu bersyukur kepada Allah kerana masih ada mak dan ayah. Justru itu sentiasalah menjaga maruah dan nama baik mak dan ayah.

Friday, January 16, 2009

Tukar sekolah paling singkat

Katanya bulan Jun ini sebuah lagi sekolah menengah baru akan dibuka di daerah ini. Maka kedengaran di sana-sini, di sekolah sana di sekolah sini , cikgu-cikgu yang hendak bertukar ke situ untuk sama-sama menyumbang khidmat di sekolah baru. Yang berhasrat sedemikian termasuklah beberapa orang sahabat saya di sekolah ini, yang juga mengidam ke situ dengan alasan masing-masing yang mungkinnya munasabah belaka.

“Abang Li tak minta tukar ke sekolah baru. Orang lain sibuk mohon ?”, tanya seorang sahabat.

“Taak! biarlah kawan jadi ‘penunggu’ di sini”, begitulah jawapan saya apabila ditanya soal tukar.

Tak nak saya bertukar itu, bukan kerana tidak mahu turut menyumbang jasa dan bakti di sekolah baru tersebut tetapi kerana saya ini jenis cikgu yang tak pandai minta tukar. Sejak dari dulu lagi begitu.

Sepanjang berkhidmat, saya hanya tahu ditukarkan dan tidak pernah memohon tukar. Kalau majikan saya merasakan saya perlu ditukarkan, saya pergilah. Tapi kadang-kadang jika saya dapat angin-angin saya mungkin akan ditukarkan tetapi saya tidak berminat nak pergi, saya akan cepat-cepat ‘bersilat’ untuk tidak ditukarkan.

Saya pernah mengalami pertukaran yang paling pendek dalam sejarah kerjaya saya. Bukan saya sahaja yang terkejut dengan pertukaran itu, guru besar saya pada waktu itu pun terkejut. Bertukar selama satu hari ke SK Kedaik. SK Kedaik tempat saya ditukar dulu, bukan SK Kedaik sekarang yang sudah canggih manggih ! Tepi jalan lagi !

Satu petang guru besar datang ke rumah saya dan mencadangkan kepada saya agar saya pergi ke PPD (yang pada waktu itu di Pekan) untuk merayu kepada PPD Pekan/Rompin bagi membatalkan pertukaran saya. Guru besar menyertakan sekali surat sokongannya terhadap rayuan saya. Dan dia beritahu, dia juga akan buat rayuan melalui telefon kepada PPD. Walau bagaimanapun, guru besar menasihatkan saya pergi lapor diri dulu ke SK Kedaik sebelum ke Pekan. Saya tidak tahu kenapa disuruh begitu. Saya yang tak tahu apa-apa pada waktu itu hanya angguk dan akur saja.

Hari pertama persekolahan sesi 1987, subuh-subuh hari saya telah bertolak dengan Datsun 120Y menuju ke Kedaik. Yang bermasalah besar pada waktu itu ialah jalan hendak masuk ke SK Kedaik yang agak-agak saya lebih kurang 7 km dari jalan besar Rompin-Muadzam Shah. Jalan balak yang berlopak, licin dan berlendir dengan selut tanah merah! Jalan Rompin-Muadzam pada waktu itu berlubang di mana-mana. Elak ke kiri terjun lubang, elak ke kanan terjah lubang. Lubang merata-rata dan dalam-dalam pulak tu.

Melalui jalan balak yang licin itu terasa cukup menakutkan saya, kerana jalan itu diliputi hutan tebal. Patutlah kawan-kawan yang mengajar di situ pernah menceritakan terserempak dengan gajah, terjumpa tapak kaki pak belang, ternampak beruang melintas adalah lumrah. Tiada apa yang ada, hanya bunyi unggas yang bermacam-macam irama. Sejuk dan dingin menyucuk-nyucuk hingga ke tulang sum-sum.

Setelah lebih kurang 5 km memandu di jalan balak yang sempit dan teruk itu, saya terkejut besar kerana jalan terputus. Terlupa saya, rupanya waktu itu musim banjir. Jalan dan jambatan ditenggelami air. Saya memberhentikan kereta saya. Turun dan termenung melihat air yang hitam warnanya. Seberang sana tidak kelihatan keranan dilindungi hutan.

“Macam mana aku hendak ke seberang sana ?Nak hubungi siapa ni?”. Waktu itu henfon belum popular. Kalau adapun besar-besar dan mahal, coverage pun tiada.

“Hooh!" saya cuba memanggil kalau-kalau ada orang di seberang sana. Dua tiga kali saya bertempik tiada jawapan balas. Hampir putus asa akhirnya, saya terdengar jawapan, “Huoh!”. Itulah yang saya dengar. Risau juga saya dengan jawapan balas itu kerana saya berada dalam hutan !

“Siapa di sana tu ?” tempik saya.

“Tunggu !!” jawapan yang saya dengar.

Dengan sabar saya menunggu sambil kepala otak saya mengarut menduga, jin ke, hantu ke, jembalang air ke....? Ya Allah janganlah datang yang bukan-bukan . Rupa-rupanya bukan jin, bukan hantu, bukan jembalang air tapi seorang orang asli mendayung perahu kurusnya ke aras saya.

“Encik hendak ke sekolah ke ?” tahu pulak dia, tepat soalan dia. Mungkin dia tengok pakaian saya agaknya.

“ A’ah, saya hendak ke sekolah, sekolahnya di mana pakcik ?".

“Jauh encik , ke dalam lagi “ jawab orang asli itu.

“Encik naiklah penambang ni saya hantar seberang, tiga ringgit je encik !“ wah...bisnes kencang juga di tengah hutan belantara ni rupanya.

Ya Allah....saya naik perahu orang asli, yang birai perahunya hanya lebih kurang 3 inci sahaja dengan permukaan air. Saya duduk diam-diam tanpa bercakap sepatahpun. Saya takut perahu itu karam. Ikut hukum akal kalau perahu itu karam, saya confirm akan mati, tak pakai jaket keselamatan dan saya tak tahu berenang.

“Duduk diam-diam encik, sungai ni dalam !", orang asli ni gerpakkan saya atau betul-betul serius, saya tak pasti.

Dalam hati saya merungut, “Dah tahu sungai ini dalam, sediakanlah jaket keselamatan. Serabut sungguh aku dengan dia ni ."

Sungai dalam satu hal.....apakah sungai yang hitam airnya ini tidak ada buaya? “Demi berkhidmat untuk bangsa dan negara, mati dikekah buaya Sungai Kedaik’...... Wah, sensasi juga berita akhbar pagi esok! Itulah yang tertunjal-tunjal di kepala saya. Lagilah saya bertambah risau, melihatkan gelagat pakcik asli itu mengetap bibirnya sambil berkayuh dengan mata bundarnya sekejap ke kiri sekejap kanan, macam orang berawaskan sesuatu. Risau sungguh saya. Mungkin ada buaya sungguh agaknya !

Sungai yang kecil menjadi selebar lebih kurang 100 meter kerana banjir. Sampai di seberang sana bagaikan mati hidup kembali. Saya mula terasa sedih dan sayu hati, lembik lutut seketika.

“ Pakcik, sekolah ikut jalan mana ?” tanya saya lemah.

“Jauh lagi encik. Encik jalan je lurus-lurus, tak ada belok-belok, hujung sana tu sampailah ke sekolah.” jawab asli itu.

Berpegang kepada panduan yang diberikan saya menyilangkan bag ke bahu sambil menyingsing kaki seluar paras lutut, berkaki ayam menuju ke medan bakti SK Kedaik. Di tangan, terjinjing kasut bayar ansur-ansur Alfo Raldo. Alfo Raldo !!!

Dalam perjalanan menuju ke SK Kedaik saya terpaksa melintas sebuah perkampungan orang asli yang berselirat dengan ayam dan anjing. Saya terpaksa memakai kasut. Bimbang terpijak tahi anjing. Akhirnya Alfa Raldo ku tak dapat diselamatkan ! Dari warna yang hitam berkilat, menjadi berceloreng macam kasut askar Amerika.

Di setiap rumah kelihatan orang asli 'bercongok-angok' duduk atas 'lambo' rumah (beranda) berborak dan bersembang. Ada yang melihat saya, tersenyum, ada yang macam tercengang dan ada yang buat tak kisah pun!

Cabaran getir yang kedua yang terpaksa saya hadapi apabila seekor anjing yang agak besar dan sihat ’menegur’ saya. Tapi tegurannya amat tidak mesra. Saya tidak melayan tegurannya kerana dia terlalu kasar. Diekorinya saya, semakin dekat....semakin dekat. Sekali sekala dia mengerang sambil menyeringai. Cabaran ini terlalu getir kalau saya terus melangkah. Saya benar-benar mengharapkan sesiapa di kampung itu yang melihat membantu saya, tapi tiada siapa yang kisah.

Saya bimbang keting saya akan di kekah. Terselamat dari kekahan buaya, saya mungkin menjadi mangsa kekahan anjing ini. Saya memberhentikan langkah. Perlahan-lahan memusing dan mengadap anjing tersebut. Dia langsung tidak mahu berundur ! Mata saya melilau mencari batang kayu atau apa-apa yang boleh saya guna untuk pelangkong ’anjing zionis kedaik’ ini. Tak ada satu bendapun yang ada, hanya cuma daun-daun kering dan batang kemuncup. Apa yang saya boleh buat dengan daun kering dan kemuncup ? Dia terus menyeringai dan mengerang mengadap saya. Apa saya nak buat? Nak lari ? Huuuu....tak mungkin !

Anjing itu merenung dan mengerang semakin kuat dan saya semakin panik. Dalam keadaan bergitu, secepat kilat saya merangkak dengan tangan saya menyembah pasir bertalu-talu kepada anjing tersebut dan saya pulak yang ’menyalak’ macam anjing kepada anjing itu. Tak usah bayangkan.... teruuk! Tapi itulah langkah survival saya.

Alangkah terkejutnya saya, anjing besar itu rupanya lari lintang pukang, kecil kepala-kepala meninggalkan saya. Rupanya dia terkejut dan baru dia sedar, ada lagi 'anjing' yang tak serupa anjing, yang lebih gedebe dari dia. Dia ingat, dia dah cukup gedebe kat kedaik! Huh...pulih kembali semangat saya. Beberapa orang budak asli, tergelak melihat adegan yang saya tidak ingini itu. Hei...rasa nak tampar-tampar je budak-budak tu!

Tadi, kasut yang kotor, kali ini seluar pulak jadi mangsa. Susah juga nak jadi cikgu rupanya ! Ada ketikanya terpaksa beraksi sebagai 'anjing jadian'.

Alhamdulillah akhirnya saya sampai juga di SK Kedaik yang hanya mempunyai empat orang guru termasuk guru besar. Seorang guru dalam latihan sebagai GPK Satu dan dua GSTT. Guru Besar dan guru-guru menyambut saya dengan mesra dan memahami apa yang saya ceritakan mengenai usaha rayuan yang saya ikhtiarkan. Saya dijamu sarapan pagi kopi o dan beberapa keping biskut lemak krim kraker. Sedap juga makan biskut lemak krim kraker di SK Kedaik. Agaknya saya tak sarapan lagi kot dan penat tadi bertarung dengan anjing asli.

Lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi saya minta izin untuk ke Pekan. Guru Besar mengarahkan GPK 1 SK Kedaik menghantar saya ke tempat penambang tadi dengan menaiki motosikal. Sekali lagi saya terbayang wajah bengis sang buaya apabila saya bertanya GPK 1, ada buaya tak di sungai ini ? GPK 1 meletakkan jari telunjuk kanannya ke bibirnya, memberi isyarat diam. "Shhh....don’t mention that !” seolah-olah begitulah yang dia hendak katakan. Dia jugak menyakat saya ke ? Ya Allah terasa kecut perut saya dengan isyarat itu !!

Di Pekan saya berjumpa dengan PPD Pekan/Rompin pada waktu itu, Encik Abdul Hadi Shirin. Setelah mendengar rayuan dan alasan, dengan baik hatinya dia membatalkan pertukaran saya dan mengekalkan saya di sekolah lama saya. Seminggu selepas itu saya menerima surat rasmi pembatalan pertukaran saya.

Demikian sebuah kisah pertukaran paling singkat tetapi paling dramatis dalam pengalaman kerjaya saya. Sebab itu apabila kawan-kawan menyebut soal tukar sekolah, saya tetap akan teringat peristiwa pertukaran saya ke SK Kedaik pada Januari 1987 itu.

Terfikir juga di fikiran , kawan-kawan minta tukar, apakah nanti akhirnya saya yang tidak minta tukar ini akan ditukarkan. Oh..tidak, biarlah saya di sini untuk terus ’berkelahi’ dengan Ketua Bidang Bahasaku dan ’bertengkar-bertaki’ dengan Guru Cemerlang Matematik yang ’brutal’ itu !

Monday, January 12, 2009

Kereta pertama yang 'bertuah'

Sambil berjalan-jalan dan meninjau-ninjau Dewan Bestari sekolah, saya menoleh ke arah parkir kereta guru. Pada waktu itu tiba-tiba fikiran saya terfikir, 'hebat kereta cikgu-cikgu sekarang.' Mereka yang baru mengajar kelihatannya sudah mampu memiliki kereta seperti Toyata Vios, Wish, Honda Civic, Honda City, Perdana, Pesona dan macam jenis lagi. Semuanya baru-baru belaka. Syukur kepada Allah kita semua menjadi guru. Di samping kita mendidik, mengajar dan berdakwah kita juga mampu menikmati kehidupan yang cukup memberansangkan.

Teringat saya sewaktu mula-mula mengajar dahulu. Dengan pendapatan rm 300 lebih saya hanya mampu memiliki Honda Cup lampu bulat sahaja. Kapcai yang clutch tekan belakang sekali, tekan depan dua kali. Sekali tekan belakang pembonceng kena pegang kuat-kuat, kalau tidak terlentang ke belakang ! Itulah kenderaan untuk mengendung isteri dan anak-anak. Anak-anak !!

Selepas setahun menunggang Honda Cup, mampulah saya memiliki sebuah kereta. Datsun 120Y! Orang kampung saya panggil Datsun tonggek ! Ada juga orang panggil Datsun Baulu ! Itu pun yang second hand. Rasa-rasanya dah berkereta sangatlah tu !

Walau pun dia Datsun tonggek tapi tuahnya banyak. Paling 'bertuah' kereta tu, saya tidak mungkin lupa, ianya berlaku di Pantai Lanjut. Waktu itu Pantai Lanjut yang kini Seria de Lanjut Resort, sudah ada Padang Golf tetapi tidaklah seluas sekarang. Di sebelah padang golf, orang awam masih boleh ke pantai untuk berkelah.

Suatu petang saya bersama isteri pergi ke pantai membawa dua orang yang masih berusia 4 dan 3 tahun. Setelah bersantai ambil-ambil angin bersama isteri dan dua anak yang masih kecil itu tidak sedar hari semakin petang dan kami hendak pulang. Entah macam mana Datsun tonggek saya tu tiba-tiba ,lekat dalam pasir debu pantai. Makin tekan minyak, makin tenggelam. Akhirnya santak lantai kereta ke pasir. Saya dan isteri sudah mula panik. Hari sudah semakin gelap, rumah agak jauh dan tiada orang nak minta tolong. Yang ada kelihatannya dari jauh, hanya lima orang besar-besar (bukan gergasi !), agak saya VIP yang masih menghayun kayu golf. Saya kata VIP kerana mereka orang Melayu dan kereta-kereta mereka BMW dan Mercedez. Dan sebuah Isuzu Trooper. Waktu itu Isuzu memang tengah hebat. Jadi siapa ada Isuzu Trooper kira hebatlah tu.

Hendak suruh isteri pandu saya tolak, isteri tak pandai memandu. Nak suruh isteri tolak, mana daya. Anak-anak yang masih kecil memang tak boleh membantu. Walaupun panik saya tetap memperlihat ketenangan saya kepada isteri. Macam-macam saya buat, semuanya gagal. Namun saya perlu terus berusaha kerana tidak mungkin kami akan bermalam dalam kereta di pantai itu bersama anak-anak yang masih kecil.

Waktu maghrib sudah masuk, saya masih terkial-kial. Berbagai usaha saya lakukan dengan pertolongan isteri yang sibuk mengawal dan menjaga anak-anak. Tengah saya ralit berusaha tiba-tiba saya terdengar satu suara yang agak parau.

"Kenapa ni ?" tersentak saya. Maklumlah waktu maghrib. Isteri sayapun tidak perasan ada orang menghampiri.

"Lekat tuan" saya yang panik menjawab ringkas sambil tersengeh ke arah orang yang bertanya itu.

"Hah...masuk, nak tolak ni" kata lelaki yang wajahnya cukup saya kenal itu. Serba salah saya. Alah malunya aku. Tak kan dia tolak kereta aku, kata hati. Tidak sampai 1 minit ditolak oleh lima orang tu kereta saya terlepas dari lekat.

"Terima kasih tuan !"kata saya dengan perasaan yang cukup segan dan serba salah.

"Sama", orang itu menjawab tanpa menoleh lagi kepada saya terus masuk ke dalam kereta mewah masing-masing meluncur laju di jalan raya.

Dalam kereta, isteri saya berkata, "mujur ada orang-orang tu, abang. Siapa dia orang tu abang, abang kenal ke ?"

Bertuah punya Datsun tonggek, nak juga dia merasa orang-orang tu tolak dia, "Pegawai Daerah Rompin dan Penolong-penolong dia!". Hah...VVIP Rompin tolak Datsun tonggek tua saya !! Tak mungkin saya lupa .

Itulah kereta pertama saya yang tidak setanding langsung dengan kereta cikgu-cikgu baru hari ini.

Alhamdulillah semoga kemeriahan hidup peribadi kita tidak melalaikan kita dari menjadi pendidik yang dedikasi dan tidak berkira yang mampu melahirkan insan yang berkualiti buat generasi akan datang.

Sunday, January 11, 2009

Silap untuk mempercayai Yahudi laknat akan memberhentikan kekejamannya.



Demi rasa tanggungjawab sebagai umat Islam terhadap saudara seagama, bangsa Palestin yang sedang terkepung dan tersiksa, saya melanjutkan lagi memperkatakan isu kejam dan zalim bangsa Israel ini.

Kekejaman bangsa Israel ini terhadap rakyat Palestin khususnya dan umat Islam amnya, sebenarnya bukanlah perkara baru. Ia telah berlaku sejak 60 dekat yang lampau. Sudah begitu banyak kekejaman bangsa Israel laknat ini dipertontonkan kepada kita semua. Justru itu bila kita berhadapan dengan berita kezaliman dan kebejatannya, kita tidak akan berasa hairan dan pelik atas kezaliman bangsa Israel haram jadah ini.

Begitu kurang ajar dan sombongnya bangsa Israel ini kerana sentiasa merasakan dirinya mulia dan melihat orang lain hina, lebih hina dari binatang bahkan menganggap bangsa lain tidak layak untuk mendiami dan menikmati kehidupan di bumi ini sebagai manusia yang bermaruah.

Sebab itu peristiwa Perang Gaza yang dicetuskannya minggu lepas dan masih berlarutan hingga ke hari ini dan telah membunuh lebih kurang 700 orang yang tidak berdosa dan mencedera parahkan begitu ramai orang awam, merosakkan rumah-rumah kediaman dan memusnahkan masjid-masjid bukanlah perkara baru yang pelik dan menghairankan mengenai perangai dan tingkahlaku bangsa laknat yang jahat ini.

Peristiwa dan perlakuan bangsa Yahudi itu adalah perulangan dan perlanjutan dari beberapa peristiwa kejam bangsa Israel ini sejak tahun 1947 lagi.

Inilah bangsa yang paling tergamak membunuh paling ramai para nabi. Jika insan mulia seperti para nabi boleh menjadi mangsa mereka apatah lagi manusia lain. Antara nabi yang menjadi korban mereka ialah Nabi Hizrial, Nabi Asyia, Nabi Armia, Nabi Zakaria dan Nabi Yahaya. Malah mereka juga berusaha membunuh Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.

Dan antara tragedi hitam yang di cipta oleh bangsa jahat yang bangsat ini ialah:

- Pada 13 Disember 1947 perkampungan Palestin , Yahida telah diserang oleh sekumpulan tentera Yahudi laknat yang menyamar sebagai peronda British. Begitu rawai mereka yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita, dan orang tua di bunuh.

- Pada 1 Januari 1948 seramai 200 orang pelampau Yahudi telah menceroboh kampung Al-Sheikh terletak 5 km dari Haifa lalu membunuh kanak-kanak dan wanita.

- Pada 9 - 10 April 1948 pengganas Yahudi ini sekali lagi mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dan dalam tempoh dua hari itu 250 orang Arab dibunuh dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perut dan bayi mereka disembelih, manakala 52 kanak-kanak dikudungkan tangan dan kaki mereka !

- Pada 11 Julai tahun 1948 pula pengganas Yahudi yang diketuai oleh Mosye Dayan telah menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam kampung Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan kampung tersebut. Seramai 100 orang yang menerima tawaran itu yang berkumpul di masjid semua dibunuhnya.

- Pada 15 hingga 18 September 1982 seramai 3000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih hidup-hidup di kem pelarian Sabra dan Sathila di Lubnan oleh pengganas Yahudi yang diketuai oleh Aerol Sharon.

Semua rentetan peristiwa di atas menjelaskan betapa rakus dan syaitannya bangsa Israel ini. Apa yang berlaku pada waktu ini sebenarnya adalah kesinambungan kepada kejahatan dan dendam bangsa yang jahat ini.

Sesungguhnya bangsa Yahudi ini tidak akan menghentikan kezaliman mereka pada masa-masa akan datang kerana itulah mereka sebenarnya. Adalah satu kepercayaan yang karut dan satu kesilapan besar untuk mengharapkan bangsa ini mencipta keamanan bagi dunia ini buat semua manusia. Bangsa laknat ini akan hanya berhenti membuat kebejatan apabila seluruh umat Islam bersatu dan kejahatan mereka diperangi dan ditewaskan. Selagi umat Islam tidak sensitif hal-hal agama mereka seperti apa yang berlaku di Palestin dan tidak bersatu, jangan harap peristiwa seumpama Perang Gaza tidak akan diulang oleh Yahudi laknat ini dan konco-konconya di serata dunia terutama terhadap umat Islam.