
Tiga hari berada di Segamat rasanya berat badan semakin meningkat. Tak ada kerja lain, buat kenduri mentua nak ke Mekah, makan, membaca, internet dan tidur. Rasanya perlu balik segera ke rumah. Dan balik ke rumah perlu melakukan senaman untuk mengawal berat badan. Segala basikal dan alat-alat gyms yang ada di rumah mesti digunakan semula. Petang kena turun bercangkul di belakang rumah. Senaman....senaman....senaman....senaman ....mesti !
Sudah berpakat dengan isteri, selepas ini bersenam hendaklah dijadikan amalan. Isteri sangatlah bersetuju. Tapi.... hobi isteri ialah memasak. Entahlahh ......!!!
ajak jer ani menari poco-poco..habis cerita....tentu ani suka...setengah jam pun dah berpeluh
ReplyDeleteSatu cadangan yang baik tapi di mana nak di poco-pocokan ? Pelik pulak anak -anak ; mak ok lagi, ayah ni buang tebiat apa !
ReplyDeleteSenaman poco2 kini sudah diterima umum. Di jabatan2 kerajaan pun selalu dibuat. Skrg ada mcm2 versi music. Tahun lepas pihak Puspawati buat pertandingan tarian poco2 peringkat negeri di Dewan Wisma Belia.
ReplyDeleteMasa di Upsi kami berpoco-poco kat ruang makan...alihkan meja...tapi tulaa kdg2 buat kdg2 tidak.
Di sekolah saya serapkan tempo senaman ni dalam aktiviti senamrobik beramai-ramai. Buat 2 kali sebulan setiap pagi Rabu..
Selamat bersenam-senam..jaga kesihatan.